Dagangan Forex adalah pertukaran mata wang untuk menghasilkan keuntungan dari naik turun kadar pertukaran. Dalam perdagangan Forex, mata wang didagangkan dalam pasangan: Apabila anda menjual satu mata wang, anda sedang membeli mata wang yang lain. Mata wang pertama dalam pasangan mata wang dinamakan mata wang asas (base currency), sementara yang kedua dinamakan mata wang sebut harga (quote currency). Untuk membuka dagangan, pedagang perlu memilih pasangan mata wang, dan arah jangkaan yang mereka rasakan kadar pertukaran akan berubah. Apabila kadar pertukaran antara kedua mata wang berubah, pedagang boleh menutup dagangan untuk mengaut keuntungan/kerugian.
Sebagai contoh, harga pasangan mata wang Euro dan Dolar A.S (EURUSD) adalah 0.8100; bermaksud 1 EUR boleh membeli 0.8100 USD. Dalam contoh ini, mata wang asas adalah Euro, sementara mata wang sebut harga adalah Dolar A.S. Jika anda membeli EURUSD anda serta merta membeli EUR dan menjual USD pada masa yang sama. Apabila anda menutup posisi anda, anda menjual EUR yang telah dibeli dan menjual balik USD. Jika EUR mengukuh berbanding USD pada masa itu, anda akan membuat keuntungan – memandangkan anda akan berupaya mendapatkan lebih USD dari sebelumnya ketika anda jual. Maklumat lebih lanjut boleh didapati di bagaimana dagangan Forex berfungsi.
Pedagang novis patut bermula dengan bilangan mata wang terhad, jadi memilih pasangan Forex yang mana untuk didagangkan dan yang mana untuk dielakkan, adalah penting untuk dipelajari dari awal.
Apakah perbezaan diantara dagangan Forex dan dagangan saham?
Ramai orang selalu menyamakan dagangan Forex dengan dagangan saham pada bursa saham. Dagangan Forex berbeza dari pelaburan saham dalam beberapa segi:
- Mata wang didagangkan dalam pasangan, sebaliknya ekuiti adalah saham fizikal yang dibeli dengan wang tunai.
- Pasaran Forex adalah transaksi di kaunter tidak berpusat, dimana semua transaksi dan peserta adalah sulit, tidak seperti bursa saham, yang berpusat dan maklumat awam disimpan untuk penjual dan pembeli.
- Dagangan Forex berkos rendah untuk dimasuki. Untuk menjana keuntungan besar, pedagang ekuiti menggunakan modal yang besar, pilihan ini tidak sesuai untuk pelabur dengan pendapatan kecil.
Dagangan Forex bukanlah sebuah pelaburan memandangkan pedagang tidak mempunyai pemilikan aset keatas aset yang didagangkan. Dengan Dagangan CFD Forex, pedagang menspekulasi terhadap nilai masa hadapan aset terlibat dalam dagangan.
Bagaimana untuk berdagang Forex?
Melalui broker adalah satu-satunya cara persendirian (dikenali sebagai pedagang runcitan) untuk mengakses pasaran Forex. Bergantung kepada bagaimana broker Forex ditubuhkan, mereka sama ada mengekalkan pasaran (penggerak pasaran) atau menawarkan sambungan terus ke pasaran antarabangsa (akses terus pasaran). Kedua cara ini, memerlukan pedagang mencipta akaun dengan broker untuk bermula.
Dagangan Forex kebiasaannya dilaksanakan melalui produk bernama Kontrak atas Perbezaan (CFD) dengan broker anda. Ini adalah kontrak antara anda dan broker untuk membayar sebarang perbezaan harga dari pasangan mata wang diantara pembukaan dan penutupan dagangan. Ini adalah sangat berguna, memandangkan ia bermaksud anda dan broker tidak memegang sebarang mata wang.
Berdagang Forex dan CFD tidak sesuai untuk semua orang dan dating dengan risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 60-90% pedagang runcitan kehilangan wang berdagang produk ini. Anda patut pertimbangkan sama ada anda faham bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda boleh mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda.
Apakah Leveraj?
Dagangan CFD Forex umumnya dileveraj; ini bermaksud pedagang hanya meletakkan amaun kecil nilai dagangan dan meminjam bakinya dari pembekal kecairan (selalunya institusi kewangan atau bank yang bekerjasama dengan broker anda)
Ini akan memberikan dua kesan: Pertama, kos kemasukan ke dagangan Forex menjadi rendah. Yang kedua, semua keuntungan dan kerugian akan digandakan. Pedagang bertanggung jawab atas kerugian dari amaun penuh dagangan. Sesetengah broker menawarkan perlindungan baki negatif, jadi anda tidak akan kehilangan lebih dari baki akaun anda, namun sesetengahnya tidak – berhati-hati supaya anda tidak berakhir dengan berhutang kepada broker anda.
Bagaimana pemula boleh mempelajari dagangan Forex?
Pemula sangat disarankan untuk belajar berdagang menggunakan akaun demo sebelum mendeposit wang ke dalam akaun. Baca di bahagian pendidikan kami untuk tip tentang Carta Forex, platform dagangan dan bagaimana membaca spread – kesemua ini adalah perkara penting untuk difahami sebelum and mula berdagang dengan akaun sebenar.
Kebanyakan broker akan menawarkan sekurang-kurangnya sedikit tentang pendidikan dagangan – ambil peluang darinya. Broker terbaik akan mempunyai kursus tersusun dalam kedua format video dan e-buku dan akan juga menawarkan webinar dan seminar tentang topik yang lebih sukar. Belajar seberapa banyak yang anda boleh, secepat mana yang boleh, kerana lebih banyak yang anda faham, lebih selesa anda akan rasa apabila berdagang dalam senario berbeza. Sambil anda belajar, praktikkan kemahiran baru anda dengan akaun demo untuk menguji perkembangan anda.
Ia akan mengambil sedikit masa dan kecekalan untuk mempelajari bagaimana untuk berjaya dalam dagangan CFD, memandangkan pedagang perlu mempelajari banyak aspek dan strategi untuk menjadikan dagangan mereka lebih berjaya.
Bagaimana untuk memilih strategi Forex terbaik?
Terdapat banyak strategi perdagangan Forex dan anda tidak boleh berjaya dengan hanya menggunakan satu daripadanya. Pelan dagangan terbaik akan mengambil beberapa strategi, berfungsi bersama secara bersepadu.
Pada tahap paling asas, strategi dagangan Forex akan bergantung pada sama ada analisis fundamental (menganalisa trend ekonomi umum dan peristiwa geopolitikal – cth. Brexit dan kesannya kepada GBPUSD atau dalam pelepasan senarai gaji bukan perladangan A.S dan kesannya kepada EURUSD) atau analisis teknikal (menganalisa sejarah pergerakan harga pada carta). Analisis teknikal, secara terperinci, adalah topik kajian yang luas dan terdapat banyak strategi yang bergantung kepada cara-cara penggunaan berbeza.
Faktor lain untuk dipertimbangkan apabila merancang strategi Forex adalah masa untuk sesuatu hari (di Malaysia, kebanyakan jam siang akan sekena dengan jam pasaran Jepun, namun ubah naik pasaran tertinggi berlaku dalam tempoh persilangan pasaran New York/London), jenis pesanan (seperti henti rugi belakang – berkemungkinan bahagian paling berharga dalam mana-mana strategi) dan perisian/bot dagangan automatic (yang boleh melihat pergerakan dalam pasaran yang anda tidak Nampak).
Untuk lebih perincian tentang analisis dan bagaimana menggunakannya, kami membincangkan strategi dan pembinaan pelan dagangan dalam bahagian belajar untuk berdagang kami.
Berapa yang saya perlukan untuk mula berdagang Forex?
Akaun dagangan boleh dibuka dengan serendah 5 USD, tapi deposit yang disarankan adalah sekitar 200 USD ke 500 USD. Deposit minima 200 USD disarankan kerana baki akaun anda akan menentukan berapa banyak leveraj yang anda boleh gunakan.
Apabila anda membuat dagangan yang berleveraj, sumbangan anda dipanggil sebagai margin – bergantung kepada leveraj yang anda ada dalam akaun seperti 1% (dengan 100:1 leveraj) atau 0.5% (200:1 leveraj) ataupun 0.25% (400:1 leveraj). Margin anda adalah kos dagangan awal namun broker anda mungkin juga mengenakan komisyen untuk setiap dagangan atau yuran lain (seperti yuran deposit jika anda menggunakan kad kredit atau kawat bank).
Kos utama untuk dagangan CFD adalah spread. Ini adalah perbezaan diantara harga belian dan jualan untuk pasangan mata wang dan adalah yuran broker terhadap pembukaan dagangan. Spread dinilai dengan pip (perubahan paling kecil dalam pergerakan mata wang). Jika harga jualan, atau bidaan, untuk GBP/USD adalah 1.22415 broker anda mungkin meletakkan harga jualan, atau tawaran, untuk GBP/USD pada 1.22424 – perbezaan sebanyak 9 pip – lalu spread akan menjadi 0.9. Semakin sempit spread, lebih rendah kos untuk anda.
Jangka Turun atau Jangka Naik?
Terdapat dua jenis dagangan yang anda boleh buat – jangka turun atau jangka naik. Ini adalah khusus untuk dagangan CFD dan hanya dapat dilakukan kerana pedagang Forex menspekulasi harga berbanding mendapat pemilikan aset.
Mengambil posisi jangka turun adalah menjual pasangan mata wang, anda meramal bahawa kadar pertukaran akan menurun. Walau bagaimanapun, jika pedagang menspekulasi kadar pertukaran akan naik, mereka akan membeli pasangan mata dengan membuat pesanan belian atau membuka posisi jangka naik.
Bagaimana Memilih Platform Dagangan Forex
Broker forex terkemuka menyokong berbagai platform dagangan, mempunyai pelaksanaan pantas dagangan, dan mempunyai latihan, webinar dan sumber permulaan yang baik.
Apabila memilih platform dagangan, anda perlu pertimbangkan jika anda mahu menggunakan platform dagangan pihak ketiga yang boleh dibawa bersama apabila menukar broker, atau jika anda mahu menggunakan platform khusus-broker, kebanyakan darinya adalah mesra pengguna.
MetaTrader 4, MetaTrader 5 (MT4/MT5) dan cTrader adalah contoh platfrom pihak ketiga yang disokong meluas oleh industri, platform ini membolehkan pedagang membawa bersama mereka diantara broker dalam pencarian keadaan dagangan yang lebih baik atau produk dan perkhidmatan berbeza.
Sebaliknya, broker seperti eToro mempunyai platfrom proprietor kerana mereka mempunyai kefungsian yang khusus untuk perniagaan mereka, namun dengan menggunakan platform proprietor ia akan melecehkan anda jika anda ingin bertukar broker pada masa hadapan.
Adakah Perdagangan Forex Berisiko?
Dagangan Forex adalah aktiviti yang berisiko tinggi dan kebanyakan pedagang akan kerugian duit – cara terbaik mengatasinya adalah dengan merangka strategi yang baik dan mempunyai pemahaman mendalam tentang pengurusan risiko dalam dagangan forex.
Risiko utama berdagang:
- Risiko 1: Pasaran Forex boleh menjadi mudah-ubah ekstrem pada sesuatu masa. Disebabkan mudah-ubah inilah yang kitab oleh menjana keuntungan daripada dagangan. Namun pasaran boleh bergerak dengan pantas, dan ini bermaksud suatu dagangan boleh bergerak bertentangan anda dengan sangat cepat. Jika anda berdagang, anda perlu memerhati dagangan anda dengan kerap atau tetapkan pelindung automatic untuk melindungi wang anda.
- Risk 2: Pasaran Forex bukanlah sesuatu yang anda boleh ramal. Terdapat terlalu banyak faktor dan pemain dalam pasaran untuknya boleh diramal sepenuhnya. Pedagang perlu menetapkan target nisbah menang-kalah dimana anda mengambil kira sedikit kerugian dan gunakan strategi untuk meminimumkannya.
- Risk 3: Dagangan CFD memerlukan penggunaan leveraj. Leveraj adalah alat yang digunatan dalam dagangan untuk menggandakan keuntungan anda, namun ia juga menggandakan kerugian anda yang akan ditolak daripada akaun dagangan anda secara automatic. Baki akaun anda boleh disapu bersih dengan satu dagangan salah.
- Risk 4: Dalam sesetengah situasi, bunga boleh dikenakan pada dagangan anda. Sebagai contoh, bunga boleh dikenakan apabila anda meneruskan dagangan semalaman dimana pelarasan esok-hari dikenakan, dan ini bermaksud broker anda akan mengambil dana dari akaun anda untuk membayar yuran ini.
Adakah saya mempunyai disiplin untuk menjalankan pelan dagangan saya?
Ini adalah soalan yang paling sukar untuk dijawab, dan anda hanya boleh menjawabnya sebaik mula berdagang dengan akaun sebenar. Berdagang dengan akaun demo tidak akan berupaya menghasilkan perasaan takut dan gementar yang timbul dengan dagangan sebenar – mengelak emosi negatif dari menjejaskan pelan dagangan anda adalah cubaan sebenar untuk semua pedagang Forex.
Keberkesanan dalam menjalankan pelan dagangan adalah ujian kekuatan psikologi dan disinilah ramai pedagang gagal. Anda perlu berwaspada, tegas, berdisiplin dan bijak untuk berjaya. Namun jika persiapan dan pemahaman anda cukup dan mempunyainya broker yang baik anda sudahpun mempunyai kelebihan.