Broker Forex ditaraf-tinggi kami
Mula berdagang disini
Akaun terbaik untuk pedagang Muslim
Belajar berdagang tanpa risiko
Dagangan Live tanpa deposit
Dagang dengan Akses Terus Pasaran
Spread kasar & komisyen rendah
Tambah kuasa membeli anda
Spread tetap & pelaksanaan segera
Penilaian Keseluruhan | Deposit Min. | Pengawal Selia Antarabangsa | Jenis Broker | Alat Perdagangan | Pasangan Forex | Padanan Crypto | Pro | Kontra | Pengawal Selia Antarabangsa | Keadaan Dagangan | Platform Dagangan | Deposit & Pengeluaran | Pendidikan & Penyelidikan | Aset Tersedia | Khidmat Pelanggan | %Rugi dengan broker ini | Leveraj | Spread | Lindung Nilai | Scalping | Jenis Akaun | Akaun Islamik | Platform Dagangan | Cara Memasukkan Dana | Komisyen Dagangan | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | USD 100 | STP | Bon, Mata wang Kripto, Stock CFDs, Forex, Niaga hadapan, Indices, Logam | 62 | 8 |
|
| Baca Ulasan | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | 72% | 500:1 | 0 pips | Ya | Ya | Classic, Pro, VIP | Ya | MT4, MT5 | Visa, Mastercard, Pindahan Bank, Neteller, Skrill, SticPay, Fasapay, Unionpay, NganLuong, WebMoney, Paypal | 4 USD / lot | ||
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | USD 0 | NDD | Komoditi, Mata wang Kripto, Stock CFDs, ETF, Forex, Indices, Logam | 70 | 19 |
|
| Baca Ulasan | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | 86.4% | 200:1 | 0.01 pips | Ya | Ya | cTrader Razor, MT5 Razor, MT4 Razor, Standard, Swap-free | Ya | MT4, MT5, cTrader | Neteller, Skrill, BPay, POLi, Pindahan Bank, Visa, Mastercard, Paypal | From 7 USD / lot - Razor Account |
Carta Radar dibawah memaparkan bagaimana broker-broker ini dibandingkan dengan satu sama lain merentasi beberapa metrik. Markah tertinggi yang boleh diterima untuk setiap bahagian ialah 5.
Di Forex Malaysia, kami membantu pedagang mencari broker yang sesuai dengan keperluan dagangan mereka. Dalam banyak situasi, cara terbaik mencapainya adalah dengan membandingkan sebelah-sebelah.
Untuk membandingkan Pepperstone dan Tickmill, kami menggunakan faktor yang kami gunakan apabila menilai broker: kebolehpercayaan dan kawal seliaan broker, platform dagangan, kos dan keadaan dagangan, dan tahap pendidikan dan analisis pasaran yang tersedia di broker.
Kebolehpercayaan dan kawal seliaan adalah antara faktor paling penting untuk diambil kira apabila memilih broker Forex. Kebolehpercayaan dalam perniagaan dagangan Forex hampir semuanya berdasarkan kawal seliaan. Kami memperuntukkan banyak jam menilai keselamatan setiap broker dengan mendalami kenyataan terperinci dan mengesahkan setiap lesen kawal seliaan pada daftar dalam talian. Lebih tinggi tahap keunggulan badan penguatkuasa yang mengawal selia broker, lebih tinggi rating kebolehpercayaan.
Dalam perbandingan kami, kami mendapati Pepperstone memegang dua Tingkat 1 dan tiga Tingkat 2 lesen, dan Tickmill memegang satu Tingkat 1 dan dua Tingkat 2 lesen.
Berdasarkan penemuan ini, Pepperstone mendapat rating kebolehpercayaan lebih tinggi daripada Tickmill.
Aspek lain yang kami ambil kira apabila membandingkan broker adalah kos dagangan. Apabila menilai kos dagangan, kami sentiasa ambil kira deposit minimum yang diperlukan untuk membuka akaun dan kos dagangan berterusannya, termasuk spread dan komisyen. Apabila mengira kos dagangan, kami mengukur kos untuk berdagang satu lot EUR/USD menggunakan akaun broker dengan deposit minimum paling rendah. Kos merangkumi kedua spread dan komisyen yang dikenakan.
Tidak semua broker menerbitkan kos dagangan mereka, jadi kami kerap membuka akaun dan berdagang pada platform untuk mengesahkan spread dan komisyennya. Berdasarkan penilaian kami, kami dapati Tickmill mempunyai kos dagangan keseluruhan lebih rendah daripada Pepperstone
Pedagang mahukan broker Forex menawarkan pilihan platform dagangan, jadi kami memberikan rating tinggi kepada broker yang menawarkan berbilang platform. Platform dagangan yang kami ambil kira termasuk MetaTrader4, MetaTrader5, cTrader dan platform proprietari mudah alih dan berasaskan web.
Dalam perkara ini, Pepperstone menawarkan sokongan untuk cTrader, MT4 dan MT5 dan Tickmill menawarkan sokongan untuk MT4 dan MT5.
Salin dagangan adalah pilihan hebat untuk pedagang pemula yang tidak boleh berdagang sepenuh masa atau kurang pengalaman dalam dagangan Forex.
Dalam perkara ini kedua Pepperstone dan Tickmill menawarkan salin dagangan .
Kepelbagaian instrumen CFD – dan julat meluas CFD untuk setiap kategori instrumen memberikan pedagang lebih peluang untuk dagangan menguntungkan. Broker terbaik akan mempunyai ribuan CFD untuk didagangkan, merangkumi semua kategori instrumen ini. Kami mendapati Pepperstone menawarkan julat dan perincian lebih baik instrumen untuk didagangkan berbanding Tickmill. Pepperstone menawarkan 70 pasangan Forex untuk didagangkan dan Tickmill menawarkan 62 pasangan Forex untuk didagangkan.
Dalam perkara ini, Pepperstone menawarkan 19 mata wang kripto sementara Tickmill menawarkan 8 mata wang kripto. Jadi, jika anda mahu berdagang mata wang kripto, kami sarankan berdagang dengan Pepperstone.
Meskipun banyak broker mempunyai caj dagangan munasabah, banyak pedagang terperangkap dengan caj tidak berdagang yang dikenakan broker, termasuk deposit dan pengeluaran. Pedagang mahukan kebolehan mendeposit dan mengeluarkan dana dengan cepat dan murah. Kebanyakan broker mempunyai berbagai cara pendanaan dengan caj sifar untuk deposit, namun sesetengah broker menjadikannya mahal dan mengambil masa lama untuk proses pengeluaran.
Kami menilai broker lebih tinggi untuk proses pengeluaran yang selesai dalam 24 jam melalui berbagai cara pengeluaran dan tanpa caj pemprosesan.
Kami mendapati itu Pepperstone dan Tickmill mengenakan caj pengeluaran tidak
Keseluruhannya, Tickmill mempunyai proses deposit dan pengeluaran yang lebih baik berbanding Pepperstone.
Kami kerap mendapati yang broker menawarkan hanya sedikit bahan pendidikan, memaksa pedagang menggunakan laman pihak ketiga atau belajar sendiri di tempat lain. Pedagang pemula perlukan bahan berstruktur baik dan diolah baik dalam berbilang format untuk bermula dagangan dengan baik. Pedagang yang lebih berpengalaman juga bermanfaat daripada webinar yang dibimbing oleh pakar dalam bidang ini dan bahagian strategi dagangan lanjutan dengan idea dagangan baru.
Tickmill mempunyai sokongan pendidikan lebih baik daripada Pepperstone. Kedua Pepperstone dan Tickmill menawarkan sokognan pendidikan untuk pedagang berpengalaman .Untuk meramal pergerakan harga instrumen dengan berjaya, pedagang perlukan akses kepada penyelidikan dan analisis pasaran. Kami mendapati bahawa penyelidikan dan analisis pasaran sentiasa lebih baik apabila dihasilkan dalaman dan dikemaskini kerap. Bahan pihak ketiga tidak menunjukkan kepakaran yang sama dalam idea dagangan, jadi kami memberatkan markah untuk kemaskini dalaman kerap. Sesetengah broker juga selalunya menawarkan webinar dimana pedagang boleh belajar daripada pakar dalam bidang ini.
Kami mendapati Pepperstone menawarkan analisis pasaran yang lebih baik daripada Tickmill dan kedua kedua Pepperstone dan Tickmill menawarkan webinar kerap .
Satu daripada broker yang ditaraf tinggi oleh kami untuk pedagang Malaysia, Pepperstone ditubuhkan di Australia pada 2010 dan terkenal di seluruh dunia untuk kos dagangan rendahnya dan pilihan platform dagangan. Pepperstone mempunyai kos yang rendah denga spread antara paling rendah yang kami pernah lihat, berpurata 0.77 pip (EUR/USD) pada Akaun Standard. Untuk mereka yang lebh sukakan dagangan ECN klasik, Akaun Razoe mempunyai komisyen rendah dan spread berpurata hanya 0.7 pip pada EUR/USD. Kedua akaun ini tiada deposit minimum. Akaun Islamik juga tersedia untuk penduduk Malaysia.
Walaupun berkos rendah, kami agak kecewa dengan struktur komisyen yang rumit Pepperstone dan kekurangan kawal seliaan FSCA. Namun pedagang lebih berpengalaman akan menyukai pilihan platform dagangan Pepperstone, termasuk MT4, MT5, dan cTrader, yang terseleras dengan lancer dengan alat TradingView. Kesemuanya tersedia pada computer meja dan peranti mudah alih. Bahagian Pendidikan Pepperstone tidaklah yang paling meluas yang kami pernah lihat, namun ianya kompeten dan berstruktur baik, menjadikannya tempat bermula yang baik untuk pedagang baru.
Sebuah broker yang dipercayai dengan sokongan MT4 dan MT5 dan dua akaun dagangan dengan kos paling rendah dalam industri, Tickmill menyediakan persekitaran dagangan sempurna untuk pemula serius dan pedagang lebih berpengalaman Walau begitu, meskipun Tickmill dikawal selia oleh FSA Labuan, pedagang Malaysia akan dimasukkan melalui entiti Tikcmill negara Seychelles, yang menawarkan kurang perlindungan.
Tickmill menawarkan dua akaun berasaskan komisyen dengan spread rendah (0.0 pip pada EUR/USD) dan dengan komisyen antara yang paling rendah dalam industri. Akaun Standard juga boleh didapati, dengan tanpa komisyen dan spread bermula dari 1.6 pip. Pada EUR/USD. Kedua pendidikan dan analisis pasarannya cemerlang dan pedagang berpengalaman akan menghargai julat meluas pasangan mata wang.
Keseluruhannya, sementara akaun Standard Tickmill adalah lebih mahal daripada broker serupa, dua akaun komisyen berkos rendahnya menjadikannya pilihan hebat untuk pengguna Metatrader yang sedang mencari broker baru.
Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.