Dagangan Forex merupakan pertukaran diantara satu mata wang dengan yang lain bagi menjana keuntungan melalui perubahan kadar pertukaran. Ini diketahui sebagai penjualan dan pembelian pasangan mata wang. Pasaran Forex ialah pasaran kewangan terbesar dunia, dengan purata nilai harian 6.6 trillion US dollar (USD).
Dagangan Forex dalam talian hanya boleh dilakukan melalui broker Forex. Ini adalah kerana pasaran Forex bukanlah pasaran fizikal, ianya merupakan pasaran maya yang dibentuk oleh rangkaian komputer di seluruh dunia. Rangkaian ini menyambungkan pedagang dengan peserta pasaran lain, seperti bank dan broker lain.
Oleh kerana pasaran Forex adalah global dan maya, ia beroperasi 24 jam sehari, 5 hari seminggu. Bermula dari pembukaan pasaran Australia pada pagi Isnin sehingga penutupan pasaran New York pada petang Jumaat.
Berdagang Forex dan CFD tidak sesuai kepada semua pelabur memandangkan ia membawa risiko tinggi terhadap modal anda: 70-90% pelabur runcit kerugian wang berdagang produk ini. Pedagang tidak patut mendeposit sebarang wang selain pendapatan boleh guna. Tidak kira berapa banyak penyelidikan yang dibuat, atau betapa yakin anda dalam berdagang, risiko kerugian masih akan tinggi.
Apakah Broker Forex?
Broker Forex adalah syarikat yang menyediakan sambungan ke pasaran Forex. Broker juga membekalkan perisian – yang dinamakan platform dagangan – yang menyambungkan pedagang ke rangkaian maya komputer yang membentuk pasaran Forex. Untuk bersambung ke pasaran Forex dengan broker, pedagang perlu membuka akaun dagangan, dan tambah dana ke akaun itu.
Membandingkan Broker Forex untuk Pemula
Apabila membandingkan broker Forex, pertimbangkan komponen berikut pada broker dan akaun.
Kawal Seliaan dalam Dagangan Forex
Kawal seliaan merupakan aspek tunggal terpenting dalam menilai broker Forex. Broker tidak terkawal selia tidak boleh dipercayai dengan wang anda dan tidak tertakluk kepada undang-undang dalam penyediaan persekitaran dagangan yang adil. Berdagang dengan broker terkawal selia bukanlah satu pilihan. Kawal seliaan memastikan keselamatan dana anda dan menawarkan perlindungan terhadap broker muflis serta memastikan pedagang Forex mempunyai saluran untuk membuat aduan dan akses kepada insuran pelabur.
Broker tidak terkawal selia kerap mendakwa mereka dikawal selia, jadi anda patut sentiasa semak kebenaran atas dakwaan mereka itu. Kita tahu bahawa broker tidak dikawal selia suka menghubungi orang di Facebook melalui apl pesanan, jadi berwaspada jika ini berlaku kepada anda. Banyak broker tidak dikawal selia akan selalu memancing pedagang pemula dengan keuntungan besar, menawarkan dua atau tiga kali ganda keuntungan dalam tempoh beberapa minggu. Ini adalah antara cara untuk ketahui bahawa broker itu tidak boleh dipercayai, dan kawal seliaan broker perlu sentiasa disahkan sendiri.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM) adalah badan kawal seliaan di Malaysia. Pelanggan Malaysia mungkin lebih cenderung untuk berdagang dengan broker dikawal selia SCM, namun hanya sedikit broker berkualiti tinggi mempunyai kawal seliaan ini, dan ianya bukanlah keperluan undang-undang. Broker berpusat dalam negara yang dikawal selia SCM tidak akan mempunyai perlindungan pelanggan atau sistem aturan tersedia bagi memastikan keselamatan dagangan. Justeru, berikut merupakan 5 broker terbaik terkawal selia antarabangsa yang mesra-pemula berdasarkan skor keseluruhan:
Tatal untuk lebih perincian
Penerangan Kos Dagangan
Semua broker akan mengkehendaki pedagang untuk membuat deposit minimum apabila membuka akaun dan kemudian akan mengenakan caj spread pada setiap dagangan. Kos biasa lain adalah caj swap yang dibayar atas pemegangan posisi dagangan semalaman. Sesetengah broker juga mengenakan komisyen atau jenis caj lain. Pemahaman yang berkenaan kos-kos ini penting untuk pedagang pemula memandangkan sesetengah broker mengenakan lebih caj berbanding yang lain.
Deposit Minimum
Kos pertama yang akan dihadapi pedagang pemula ialah syarat deposit minimum. Walaupun bukan sebenarnya bentuk caj – kerana ini adalah wang yang akan digunakan untuk berdagang – ia kos penting yang masih perlu dipertimbangkan pemula. Sebahagian broker meletakkan syarat deposit minimum yang tinggi, biasanya 1000 USD atau lebih, yang mungkin meletakkan akaun dagangan mereka tidak dapat dicapai oleh pemula. Umumnya, lebih tinggi deposit minimum pada akaun, lebih baik keadaan dagangan yang diberikan kepada akaun itu. Broker juga kadangkala menawarkan akses percuma ke alatan dagangan canggih, Latihan satu-dengan-satu, perkhidmatan, VPS atau sokongan pelanggan peribadi dengan deposit minimum lebih tinggi.
Spread
Caj paling biasa yang dikenakan broker ialah spread. Ini adalah perbezaan diantara harga belian dan jualan aset dagangan dan dikira dalam pip (5 titik perpuluhan harga aset). Broker akan melebarkan spread dengan sengaja dari harga pasaran asal aset. Ini bermakna apabila anda membeli atau menjual aset pada spread, anda membeli dibawah atau diatas harga pasaran sebenar – justeru memerlukan perubahan turun-naik yang lebih tinggi pasaran untuk menjana keuntungan daripada dagangan.
Sesetengah broker akan menawarkan spread tetap, yang bermaksud perbezaan harga belian dan jualan aset tidak akan berubah. Yang lainnya akan menawarkan spread terapung atau tidak tetap, yang bermakna spread akan melebar atau menyempit berdasarkan permintaan dan mudah-ubah. Banyak pemula lebih cenderung berdagang dengan spread tetap memandangkan kos dagangan lebih mudah untuk dikira.
Caj Swap
Caj biasa lain ialah caj swap atau akaun Islamik. Dagangan Forex adalah dagangan berleveraj, ini bermakna pedagang meminjam wang daripada broker bagi menggandakan posisi dagangan. Dalam kehidupan kita, peminjaman wang akan dikenakan faedah atas pinjaman. Apabila posisi dagangan dipegang semalaman, leveraj yang dipinjam daripada broker juga dipegang semalaman dan akan dikenakan caj faedah – ini dinamakan caj swap. Kos untuk caj swap akan bergantung kepada aset yang didagangkan, amaun leveraj yang digunakan dan saiz dagangan itu sendiri.
Komisyen
Sesetengah broker juga mengenakan komisyen. Komisyen umumnya dikenakan oleh broker akses terus pasaran (DMA). Broker akses terus pasaran biasanya tidak melebarkan spread (atau hanya sedikit), sebaliknya akan mengenakan komisyen tetap sebagai yuran atas penyediaan perkhidmatan akses terus pasaran. Broker akses terus pasaran lazimnya tidak menyasarkan pedagang pemula dan selalunya mempunyai deposit minimum lebih tinggi.
Broker juga akan mengenakan caj lain, meskipun ia mungkin tidak terkait langsung dengan kos dagangan. Broker mungkin mengenakan caj deposit dan pengeluaran, yuran tidak aktif atau caj penghosan VPS. Hampir semua akaun dagangan Islamik (akaun bebas swap) juga akan mempunyai caj tambahan bagi mengimbangi kos pembuangan caj faedah semalaman.
Platform Dagangan
Platform dagangan adalah perisian yang menyambungkan pedagang, melalui broker, ke pasaran Forex lalu membolehkan mereka membuka dan menutup dagangan. Pedagang pemula selalunya akan lebih suka dengan platform ringkas, dan banyak broker menawarkan platform yang mudah digunakan, berasaskan web ciptaan mereka sendiri. Pun begitu, hampir semua pedagang menggunakan platform dagangan pihak ketiga yang perlu dimuat turun ke komputer mereka.
Pertimbangan paling penting buat pemula apabila memilih platform dagangan adalah sama ada ia boleh diharapkan dan mudah difahami. Platform dagangan dengan carta besar, terperinci dengan fungsi berlabel akan membantu pemula mengelakkan kesilapan. Pedagang pemula juga mendapat manfaat daripada platform dagangan dengan suapan berita berintegrasi dan analisis pasaran, yang membolehkan pergerakan pasaran Forex difahami lebih baik.
Platform dagangan paling boleh diharapkan dan popular ialah MetaTrader 4, MetaTrader 5 dan cTrader. Platform-platform ini kesemuanya aplikasi pihak ketiga yang boleh dimuat turun ke komputer. Walaupun tidak seringkas kebanyakan platform kepunyaan broker, kelebihan platform-platform ini adalah ia terikat dengan akaun peribadi anda berbanding broker tertentu. Ini bermakna jika anda ingin menukar broker, platform dagangan anda, dengan sebarang penyesuaian yang telah dibuat boleh dibawa bersama.
Bahan Pendidikan untuk Pemula
Hampir semua pedagang pemula Forex perlukan walau sedikit pendidikan Forex, dan broker Forex terbaik untuk pemula menyediakan bahan pendidikan berkualiti dalam berbagai format.
Tindakan ini bukanlah atas tujuan membantu semata dari pihak broker. Pedagang Forex yang berilmu akan menjadi pedagang berjaya dan menguntungkan, dan lebih banyak pedagang berjaya dibawah broker itu, lebih berjaya perniagaan broker tersebut.
Pendidikan Forex datang dalam dua bentuk: Bahan pendidikan biasa, seperti yang dijumpai di bahagian pendidikan kami, yang menerangkan konsep dan fungsi dagangan Forex untuk pemula, dan analisis pasaran dan penyelidikan. Broker Forex kadangkala mengupah syarikat analisis pihak ketiga untuk menghasilkan dan menyampaikan analisis pasaran kepada pelanggan mereka. Analisis pasaran dan penyelidikan khususnya membantu sebaik pedagang sudah benar-benar faham asas dagangan, termasuk istilah dan tema biasa.
Pendidikan dan Kursus Dagangan Pemula
Broker Forex yang lebih unggul untuk pemula, bagus dalam penghasilan kursus dagangan Forex berstruktur. Berikut merupakan broker terkawal selia dengan kursus berstruktur berkualiti paling tinggi dalam industri.
Tatal untuk lebih perincian
Broker unggul akan menyediakan kursus berstruktur untuk tahap pengalaman dan kepakaran berbeza. Broker terbaik untuk pemula mempunyai kursus berstruktur yang melitupi perkara berikut:
- Terma/Istilah Forex: Apakah istilah yang akan ditemukan pedagang ketika berdagang? Apakah maksudnya untuk ambil posisi ‘long’ atau ‘short’? Apakah paras sokongan (support) dan rintangan (resistance)?
- Topik Asas: Apakah mata wang yang didagangkan dan apakah simbolnya? Apakah konsep yang penting seperti lot, pip, jenis pesanan (seperti henti-rugi dan ambil-untung)
- Topik Lanjutan: Apakah analisis teknikal, fundamental dan sentimen? Apakah indikator dan robot dan bagaimana ia berfungsi. Apakah strategi biasa dan cara menggunakannya?
Banyak broker juga menjalankan webinar live, yang biasanya sesi tutorial interaktif. Banyak daripada broker Forex terbaik untuk pemula menawarkan webinar mingguan dan menyimpannya di dalam arkib untuk ditonton kemudiannya. Ini khususnya sangat berguna untuk pemula, memandangkan pengalaman pembelajaran terperinci ini boleh didapati secara percuma dan tanpa perlu pendaftaran.
Analisis Pasaran dan Penyelidikan untuk Pemula
Analisis pasaran dan penyelidikan adalah batu asas lain dalam pendidikan Forex. Bagi pedagang dengan pemahaman mantap tentang bagaimana dagangan Forex berfungsi, analisis pasaran merupakan langkah seterusnya kepada dagangan menguntungkan. Berikut adalah broker terkawal selia dengan pasukan penyelidikan dan analisis pasaran terbaik dalam industri.
Tatal untuk lebih perincian
Broker-broker ini menawarkan berita pasaran dengan tinjauan mendalam pergerakan harga berbagai aset. Penganalisa juga menawarkan pendapat mereka berkenaan kemungkinan hadapan berdasarkan penyelidikan mereka. Ini ideal untuk pedagang baru yang ingin memahami pasaran Forex dengan lebih mendalam dan mencari peluang berdagang.
Sesetengah broker Forex, bekerjasama dengan syarikat spesialis seperti Trading Central, untuk membekalkan pedagang dengan analisis pasaran. Trading Central merupakan kumpulan produk yang menawarkan idea pelaburan praktikal dengan litupan aset berbilang 24-jam, analisis teknikal dan fundamental, dan strategi dagangan yang telah diuji latar.
Akaun Demo untuk Pemula
Semua broker Forex menawarkan akaun demo kepada semua pelanggannya. Ini adalah akaun dagangan yang mencerminkan pasaran Forex live namun membolehkan pedagang menggunakan dana maya untuk mensimulasi dagangan dan strategi yang mereka akan biasa gunakan apabila berdagang wang betul. Akaun demo menyediakan simulasi tepat keadaan pasaran nyata.
Akaun demo mempunyai beberapa peranan. Selain daripada mensimulasi keadaan dagangan live, ia juga boleh digunakan untuk mencuba broker Forex dan menguji strategi baru. Berikut adalah broker Forex terbaik untuk pemula yang menyediakan akaun demo Forex tanpa had.
Tatal untuk lebih perincian
Sokongan Pelanggan
Pemula memerlukan sokongan pelanggan yang baik daripada broker mereka. Ia adalah sokongan yang kita harap tidak diperlukan; namun apabila diperlukan, ia mestilah tersedia dengan mudah, pantas dan benar-benar membantu. Sokongan pelanggan paling baik akan tersedia 24 jam sehari (Isnin-Ahad) melalui chat live, telefon, perkhidmatan pesanan dan e-mel. Ia juga penting untuk broker mempunyai sokongan IT yang baik, memandangkan penyediaan platform dagangan boleh jadi agak rumit untuk pedagang baru. Banyak pedagang baru tidak dapat mencari masa pada hari bekerja, jadi sokongan hari minggu boleh jadi sangat membantu namun jarang didapati.
Berapa banyak wang yang anda perlukan untuk berdagang Forex?
Kebanyakan broker meletakkan deposit minimum untuk mula berdagang. Amaun ini berbeza-beza dari serendah 5 USD ke setinggi 2000 USD, bergantung kepada broker dan jenis akaun yang anda buka.
Bolehkah saya jadi kaya dengan berdagang Forex?
Ia boleh berlaku, namun bukan dalam masa singkat. Dagangan Forex bukan skim cepat kaya dan meskipun keuntungan besar berkemungkinan, kerugian besar juga boleh terjadi. Banyak pedagang Forex berjaya telah membangun strategi yang membolehkan aliran pendapatan yang stabil.
Pokok Pangkal
Selain menyediakan akses ke pasaran, broker Forex juga memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran untuk pedagang pemula. Pedagang Forex pemula patut menggunakan parameter diatas untuk membuat keputusan sama ada broker yang mereka pertimbangkan adalah broker Forex terbaik untuk mereka atau tidak.
Broker itu perlu dikawal selia, menyediakan pendidikan Forex yang berkualiti, akaun demo percuma dan tanpa had, dan sokongan pelanggan cemerlang.
Penafian Risiko Forex
Perdagangan Forex dan CFD tidak sesuai untuk semua pelabur memandangkan ia membawa risiko yang sangat tinggi kepada modal anda: 75-90% pelabur runcitan kehilangan wang dari dagangan produk ini.
Transaksi Forex dan CFD berisiko tinggi atas faktor-faktor berikut: leveraj terlampau, mudah-ubah pasaran yang tidak dapat diduga, kegelinciran yang disebabkan kurang kecairan, pengetahuan dan pengalaman cetek dalam dagangan, dan kekurangan perlindungan kawal selia untuk pelanggan.
Pedagang tidak patut mendeposit wang yang bukan dari pendapatan boleh guna. Tidak kisah berapa banyak kajian yang telah anda jalankan, atau betapa yakinnya anda dalam dagangan anda, sentiasa terdapat risiko tinggi untuk kerugian. (Ketahui lebih lanjut dari FCA atau dari ASIC)
Metodologi Kami
Laporan Pasaran Terkini dan Direktori Broker kami adalah hasil dari kajian terperinci terhadap lebih dari 180 broker Forex. Matlamat nyata sumber-sumber ini adalah untuk membantu pedagang untuk mencari broker Forex terbaik – dan menjauhkan dari yang tidak baik – dengan kelebihan maklumat yang tepat dan terkini.
Dengan lebih 200 mata data untuk setiap broker dan lebih dari 3000 jam penyelidikan dan penulisan ulasan, kami percaya bahawa kami telah berjaya dalam misi kami.
Dalam dunia dimana keadaan dagangan dan sokongan pelanggan yang berbeza-beza bergantung kepada tempat tinggal anda, ulasan broker kami memfokuskan pada pedagang tempatan dan memberikan maklumat tentang broker ini dari perspektif anda.
Semua penyelidikan dijalankan oleh pasukan dalaman kami yang terdiri daripada penyelidik dan penulis, mengumpul maklumat dari berbagai wakil syarikat, laman web dan dengan meneliti perincian terma dan syarat. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menaraf broker.