Memilih Broker Forex
Walaupun pada awalnya hampir semua broker kelihatan sama, mereka berbeza sebaik anda dalaminya dengan lebih lanjut. Untuk membuat perbandingan efektif, pasukan penyelidikan kami menilai broker pada standard yang sama. Ini menjadikannya lebih mudah untuk mengesan broker dengan kualiti yang rendah yang memudahkan anda untuk anda membandingkan mereka. Perkara utama yang kami lihat adalah:
- Kawal selian: Dana anda hanya akan selamat dengan broker yang dilesenkan dengan betul
- Kos: Jenis yuran yang akan dikenakan kepada anda oleh broker
- Keadaan Dagangan: Bagaimana model perniagaan broker memberikan implikasi kepada pengalaman dagangan anda
- Sokongan Pelanggan: Adakah broker memberi layanan baik kepada pelanggannya yang memerlukan bantuan
- Platform Dagangan: Jenis dan bilangan platform dagangan yang ditawarkan broker
Kami juga melihat dari beberapa faktor lain, namun yang dinyatakan adalah yang utama untuk dititikberatkan apabila memilih broker Forex. Kami akan membincangkan setiap perkara ini dengan lebih terperinci dan kemudian terus kepada beberapa Soalan Lazim.
Jika anda mempunyai apa-apa soalan selepas membaca panduan ini, sila hubungi kami dalam ulasan pada bahagian bawah laman atau melalui laman hubungan kami.
1. Kawal selian: Bagaimana Menghindari Broker Scam
Aspek tunggal paling penting apabila menilai broker Forex. Kawal selian memastikan keselamatan dana anda dan menawarkan perlindungan terhadap penipuan, manipulasi broker dan dari kemungkinan broker yang muflis.
Ringkasnya, broker anda mesti dikawal selia.
Sesetengah pedagang beranggapan bahawa jarang-jarang broker tidak dikawal selia, namun malangnya realitinya tidak, jadi anda perlu sentiasa periksa kebenaran terhadap penyataan mereka. Kami tahu broker yang tidak terkawal selia gemar mendekati sasaran mereka melalui Facebook dan apl kiriman, jadi berwaspada jika ini berlaku.
Memeriksa status kawal seliaan broker adalah sama untuk semua pengendali utama dan hanya mengambil beberapa minit (yang boleh selamatkan anda dan wang anda!) Dalam bahagian ini kita akan melihat gambaran ringkas pada pengendali paling utama dalam industri Forex dan cara untuk mengetahui jika broker dikawal selia. Sebaik tamat membaca bahagian ini anda berupaya menyemak jika sesebuah broker berlesen dengan pengendali-pengendali berikut:
- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SMC)
- Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC)
- Pihak Berkuasa Peraturan Kewangan U.K (FCA)
- Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Cyprus (CySEC)
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SMC)
Dalam urusan pengawal selian broker, pertubuhan kawal selian Malaysia masih baru dan tergendala oleh ketakutan berdekad lamanya dari sejarah kelemahan Ringgit. Masih terdapat kekeliruan tentang siapakah penguatkuasa kawal selian sebenar: Bank Negara Malaysia bertanggungjawab dalam Ringgit, sementara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia memantau dan melesenkan syarikat kewangan – namun kedua-keduanya tidak bertanggungjawab mengawal selia broker-broker Forex.
Menambahkan lagi kekeliruan, banyak broker Forex beroperasi di Malaysia dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) badan kawal selia untuk Pusat Perniagaan Dan Kewangan Antarabangsa Labuan (LIBFC). LIBFC terletak di pulau Labuan bersebelahan kepulauan Borneo, ditubuhkan pada 1990 oleh Kerajaan Malaysia sebagai zon bebas perdagangan dan pusat kewangan. Labuan dilihat umum sebagai persekitaran mesra-perniagaan, ditambatkan dari sistem cukai yang menarik dan ringkas dan LFSA mempunyai
Realitinya, kebanyakan broker Forex yang beroperasi di Malaysia terus dikawal selia dari luar. Ianya lebih mudah mematuhi undang-undang tempatan dengan menyatakan dagangan Forex runcitan dengan syarikat brokeraj luar negara sebagai pelaburan asing. Memandangkan hampir semua dagangan Forex di Malaysia tidak melibatkan Ringgit, agensi kawal seliaan tidak mengendahkan majoriti besar broker Forex dan pedagang dalam negara.
Asalkan anda tidak membuat pertukaran Ringgit kepada mata wang antarabangsa secara fizikal, atau menyuruh orang lain melakukannya melalui perniagaan anda, agensi kawal seliaan Malaysia tidak akan campur tangan.
Pun begitu, kekurangan dari pemantauan kawal selian tempatan ini menimbulkan masalah lain: terdapat banyak broker Forex beroperasi di Malaysia yang mempunyai kawal seliaan yang lemah, atau langsung tidak dikawal selia, dan banyak daripadanya adalah penipu. Jadi, penting untuk anda pastikan mana-mana broker yang anda pilih dikawal selia oleh salah satu daripada badan kawal seliaan antarabangsa (seperti ASIC, CySec atau FCA).
Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC)
Penguatkuasa kewangan Australia mempunyai reputasi global cemerlang dan aktif dalam menangani manipulasi dan penipuan broker. Banyak daripada broker Forex tersohor dunia adalah daripada Australia, dan ASIC memainkan peranan penting dalam reputasi kebolehpercayaan ini.
Guna alat carian ASIC disini: https://connectonline.asic.gov.au/ untuk menyemak status kawal seliaan broker dengan ASIC.
Malangnya, maklumat terperinci setiap syarikat dari pangkalan data ASIC hanya boleh didapati melalui pembelian. Lihat dibawah untuk entri ASIC tentang Pepperstone:

Seperti FSCA, semua broker yang dikawal selia oleh ASIC perlu untuk memaparkan lesen mereka pada laman utama mereka. Kami telah menerima beberapa laporan broker yang tidak dikawal selia mengaku dilesenkan dari Australia dan menggunakan nama syarikat kewangan yang dikawal selia, jadi pastikan untuk periksa dengan terperinci.
Pihak Berkuasa Peraturan Kewangan U.K. (FCA)
Pihak Berkuasa Peraturan Kewangan U.K. dilihat sebagai pengendali kewangan terbaik dunia. Tidak menghairankan bahawa fungsi carian mereka mudah digunakan dan paling teliti, anda boleh mengaksesnya disini: https://register.fca.org.uk/s/.
Seperti pengendali utama lain, semua broker yang mempunyai lesen FCA diperlukan untuk memaparkan nombor rujukan FCA pada laman web mereka, ini adalah nombor rujukan FCA AxiTrader dibahagian bawah laman web mereka:

AxiTrader adalah nama dagangan untuk kumpulan kewangan lebih besar, namun dalam situasi ini, pemegang lesen FCA adalah AxiCorp Limited. Menggunakan nombor rujukan FCA, kitab oleh mencari syarikat berdaftar dalam pengkalan data FCA dan menjumpai entri AxiCorp Limited.

Ambil perhatian bahawa FCA juga memberi amaran broker yang tidak dikawal selia yang cuba menggunakan identiti AxiCorp untuk menipu pedagang yang tidak berwaspada.
Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Cyprus (CySEC)
CySEC, pengendali pertama di EU dan Cyprus telah lama mengawal selia broker Forex dalam talian. Sebagai pengendali Eropah, semua broker yang berlesen dengan CySEC perlu mematuhi undang-undang MiFID II Kesatuan Eropah. Antara yang lain, ini memerlukan had pada leveraj dan pemansuhan bonus dagangan.
Fungsi carian broker CySEC hampir serupa seperti dengan FCA dan semua broker yang berlesen dengan CySEC perlu memaparkan nombor lesen mereka pada laman web. Pengkalan data dan alat carian CySEC boleh dijumpai di sini: https://www.cysec.gov.cy/en-GB/entities/investment-firms/cypriot/
Dibawah kita boleh lihat entri untuk AFX Capital Markets, yang telah muflis tahun lepas dan disyaki bersalah dalam beberapa salah laku , termasuk menggunakan wang pelanggan untuk menampung kos operasi.

CySEC menyiarkan secara eksplisit bahawa lesen Capital Market telah digantung. Petanda yang jelas untuk tidak mempercayai broker.
Pengendali Lain-Lain
Terdapat banyak pengendali kecil lain di serata dunia, dan broker Forex memilih untuk berlesen dengan mereka bagi mengelakkan sekatan yang dikenakan oleh ASIC, CySEC dan FCA. Pengendali kecil yang biasa dilihat termasuk Seychelles FSA, Mauritius FSC, St Vincent dan Grenadines FSA, Belize IFSC dan Bahamas SCB. Sementara dikawal selia oleh salah satu daripada pengendali kecil ini tidak bermaksud buruk terhadap broker, ia bermaksud pedagang tidak dilindungi sebaik pengendali utama.
Broker terbaik dan boleh dipercayai akan dikawal selia oleh salah satu daripada pengendali utama (FCA, CySEC, ASIC) atau FSCA. Ia sememangnya perkara biasa untuk broker mempunyai lebih dari satu pengendali, untuk setiap kawasan operasi mereka. Contoh yang baik adalah FXTM, dibawah adalah tangkapan layer dari bahagian bawah laman web mereka:

Kita boleh lihat bahawa FXTM dan anak syarikatnya dikawal selia oleh CySEC, FSCA, FCA dan FSC Mauritius. Ini membolehkan FXTM menawarkan perkhidmatan mereka kepada pedagang di serata dunia.
Portal Amaran Pelabur IOSCO
Alatan terakhir yang mungkin berguna untuk anda. Suruhanjaya Sekuriti Organisasi Antarabangsa (IOSCO) menyimpan senarai setiap amaran pelabur yang diterbitkan oleh setiap pengendali di dunia, dan ini boleh didapati di sini: https://www.iosco.org/investor_protection/?subsection=investor_alerts_portal
Senarai ini mengandungi entri yang sangat banyak jadi cara paling mudah untuk mencari adalah dengan menggunakan pilihan kata kunci, lihat bawah:

Baru-baru ini kami mempunyai soalan dari pedagang tentang broker yang dipanggil RedfordFX, yang tiba-tiba menghubungi pedagang lalu membuatkannya curiga. Jadi, mari jalankan carian syarikat ini menggunakan alatan kata kunci IOSCO.
Seperti yang lihat, CNMV (pengendali kewangan Sepanyol) mengeluarkan amaran tentang RedfordFX pada Ogos 3, 2020. Jelas sekali, bukan broker yang patut dipercayai!
Jika anda berasa curiga dengan broker untuk apa sahaja sebabnya, semak pengkalan data ini sebelum meletakkan sebarang dana.
2. Berapa Kos Untuk Berdagang Forex?
Dagangan Forex terkenal dengan kos yang rendah, namun broker Forex masih mengenakan yuran atas perkhidmatan mereka. Yuran paling jelas adalah pada spread (perbezaan pada harga jual dan beli) dan sesetengah broker mengenakan komisyen untuk setiap dagangan. Broker juga mengenakan yuran pusing ganti, dan sebahagiannya mengenakan yuran deposit and pengeluaran. Akhir sekali, deposit minimum yang juga perlu dipertimbangkan.
Untuk menganggarkan kos yang dikenakan apabila berdagang dengan sesebuah broker anda perlu mempunyai pemahaman jelas jenis yuran ini dan bagaimana ia memberi kesan kepada keuntungan anda.
Spread
Spread adalah perbezaan diantara harga beli dan jual sesebuah mata wang dan diukur dalam pips (amaun terkecil terhadap perubahan mata wang). Lebih rendah (atau “sempit”) spread, lebih rendah apa yang akan dibelanjakan dari wang anda apabila berdagang.
Semua broker yang baik akan memaparkan spread mereka untuk semua pasangan mata wang yang ditawarkan. Contoh terbaik adalah helaian maklumat produk AvaTrade dibawah:

Disini kita boleh lihat spread AvaTrade pada EUR/USD adalah 0.9 pip. AvaTrade juga menerbitkan harga tepat belian dan jualan untuk setiap pasangan mata wang serta perubahan harian harga untuk setiap pasangan mata wang. Anda juga boleh lihat leveraj dan margin disenaraikan, yang kita akan bincangkan kemudian.
Sekarang kita sudah ketahui spread dari AvaTrade, mari lihat spread untuk IG Market supaya kitab oleh buat perbandingan.
IG Markets mempunyai spread tidak tetap yang bermaksud ia boleh jadi lebih rendah atau lebih tinggi (“sempit” atau “lebar”), bergantung kepada pergerakan pasaran.

IG Market juga memberikan kita lebih maklumat berbanding AvaTrade, namun apa yang penting untuk kita adalah dalam spread Purata (00:00-21:00) untuk EUR/USD.
Seperti yang tertera, purata spread untuk EUR/USD untuk hampir semua hari dagangan adalah 0.86 tidak jauh beza daripada 0.9 pip ditawarkan AvaTrade. Namun kita boleh lihat yang kadangkala spread adalah serendah 0.6 pip, agak ketara untuk dibandingkan. Apa yang kita boleh simpulkan daripada penyelidikan ini adalah kedua AvaTrade dan IG Market adalah broker yang baik dengan spread yang sempit.
Apabila mengkaji selidik sesebuah broker, anda perlu memastikan maklumat spread dipaparkan oleh mereka dan spread adalah rendah untuk mata wang yang anda ingin dagangkan. Jika anda menjumpai broker yang tidak memaparkan spread mereka, atau paparan ini tidak cukup terperinci, ini petanda untuk anda berasa curiga.
Broker yang tidak memaparkan spread mereka selalunya mempunyai udang disebalik batu dan broker dengan spread yang lebar selalunya bersifat tamak.
Broker dengan spread yang lebar atau tiada paparan spread ditolak markah dalam penilaian kami
Yuran seterusnya yang boleh dikenakan oleh broker adalah komisyen setiap dagangan. Dikenali sebagai broker ECN, broker ini menyediakan akses terus ke pasaran dan mempunyai spread yang sangat rendah (kadangkala serendah 0 pip). Komisyen berbeza mengikut broker, tetapi kos anggarannya adalah diantara 4-7 USD per 100,000 USD didagangkan.
Sesetengah broker akan menawarkan kedua akaun standard (tanpa komisyen dan spread lebar) dan akaun ECN (dengan komisyen dan spread sempit).
Contoh yang baik adalah Tickmill, mari lihat jenis akaun yang mereka tawarkan:

Seperti yang tertera, Akaun KlasikTickmill tidak mengenakan komisyen, namun spread bermula pada 1.6 pip. Pun begitu, Akaun Pro mempunyai spread bermula dari 0 pip (tiada perbezaan diantara harga belian dan jualan) namun komisyen dikenakan pada 2 USD sebelah untuk setiap 100,000 yang didagangkan (2 USD untuk membuka posisi dan 2 USD untuk menutup posisi, jadi jumlahnya 4 USD).
Jika anda memutuskan untuk berdagang dengan akaun ECN, anda patut memilih komisyen yang rendah (seperti Tickmill diatas) dan spread purata yang hampir 0 pip.
Broker ECN yang mengenakan lebih daripada 7 USD komisyen keseluruhan dan mempunyai purata spread lebih daripada 0.3 pip patut dielakkan dan kami memotong markah mereka dalam penilaian kami.
Yuran Pusingan
Yuran pusingan atau kadar swap adalah yuran kecil dikenakan oleh broker dari pemegangan posisi dagangan semalaman dan biasanya dikenakan pada waktu 17:00 EST (Waktu New York). Yuran ini berdasarkan dari kadar faedah antara bank untuk setiap mata wang dalam pasangan mata wang. Kadangkala kadar faedah ini memihak kepada anda dimana anda yang akan mendapat faedah dari posisi anda berbanding dikenakan oleh broker.
Semua broker akan mengenakan yuran pusingan, ia adalah perkara yang tidak dapat dielakkan dalam perdagangan dan hanya boleh dijauhi dengan membuka dan menutup dagangan anda pada hari yang sama.
Yuran Deposit dan Pengeluaran
Broker terbaik tidak mengenakan caj untuk deposit dan pengeluaran, dan broker yang teruk menggunakannya sebagai operasi utama penjanaan keuntungan mereka. Selain daripada mengenakan yuran tetap, sesetengah broker akan mengambil peratusan daripada amaun, yang boleh jadi mahal apabila anda ingin membuat deposit dan pengeluaran yang besar.
Hampir semua broker tidak mengenakan yuran untuk transaksi melalui sistem bayaran dalam talian seperti Skrill, Neteller atau Ozow. Transaksi kad kredit dan debit selalunya juga percuma, namun pindahan kawat bank akan dikenakan caj oleh bank untuk kedua deposit dan pengeluaran. Salah satu daripada broker terbaik dari segi deposit dan pengeluaran adalah FxPro. Dalam tangkapan layer dibawah anda boleh lihat FxPro tidak mengenakan yuran untuk deposit dan pengeluaran – walaupun masa pemprosesan akan bergantung kepada kaedah yang dipilih.

Berwaspada dengan broker yang mengenakan caj besar untuk pengeluaran. Contoh paling popular adalah eToro, yang sebelum ini mengenakan caj 25 USD untuk setiap pengeluaran. Mereka telah menurunkannya kepada 5 USD untuk setiap pengeluaran, tetapi ini masih mahal jika dibandingkan dengan pesaing eToro.

Apabila anda sedang mencari broker baru, sentiasa pastikan untuk menyemak yuran deposit dan pengeluaran untuk kaedah bayaran pilihan anda. Hanya kerana broker mengenakan yuran tidak bermaksud ia broker yang teruk, tetapi perkara ini adalah sesuatu yang patut diambil perhatian.
Broker yang mengenakan yuran tinggi atau mengambil masa yang panjang untuk memproses pengeluaran dipotong markah dalam penilaian kami.
Deposit Minimum
Selain daripada yuran yang dinyatakan diatas, kebanyakan broker meletakkan deposit minimum untuk membuka akaun dagangan live. Sesetengah broker meletakkan RM20, yang lain, mungkin RM400 atau sehingga RM800 dimana deposit yang lebih besar menjanjikan keadaan dagangan yang lebih baik.
Contoh yang baik dari naik taraf keadaan dagangan dengan deposit minimum lebih tinggi adalah dalam struktur akaun HotForex:
Seperti yang anda lihat, peningkatan amaun deposit minimum memberikan serba sedikit kelebihan tambahan. Dari Micro ke Premium anda boleh membuat lebih pesanan terbuka serentak. Dari Premium ke Zero Spread, spread akan menjunam jatuh dan penambahan lagi dalam pesanan terbuka.
Tahap deposit minimum yang selesa adalah keputusan peribadi anda. Namun ianya mungkin tidak setara untuk menjangkakan amaun wang yang banyak daripada pedagang pemula untuk membuka akaun ketika hanya baru berjinak-jinak dalam industri.
Kami tidak memotong markah untuk akaun dengan deposit minimum yang lebih tinggi, meskipun kami berasa ianya penting untuk pedagang pemula mendapatkan akaun yang tidak terlalu mahal untuk dibuka.
3. Keadaan Dagangan: Semua Broker Forex Mempunyai Tawaran Berbeza
Selain daripada spread, terdapat beberapa keadaan dagangan yang memberikan implikasi kepada pengalaman dagangan anda. Salah satu aspek penting untuk dipertimbangkan adalah leveraj yang ditawarkan oleh broker Forex.
Leveraj adalah jumlah yang anda boleh pinjam daripada broker untuk membuat dagangan; ini berisiko namun merupakan aspek penting dalam dagangan Forex. Leveraj juga menggandakan margin, atau amaun wang anda yang berisiko apabila membuka posisi dagangan.
Perkara lain yang perlu dipertimbangkan adalah cara dan kelajuan pelaksanaan broker, mata wang asas akaun dagangan, aset yang tersedia untuk didagangkan dan sama ada ‘scalping’ dan lindung nilai dibenarkan.
Leveraj: Pinjaman Berisiko
Leveraj adalah wang yang dipinjam daripada broker Forex untuk meningkatkan saiz dagangan Forex. Leveraj penting dalam dagangan Forex kerana pergerakan pasaran adalah terlalu kecil untuk mendapatkan keuntungan melainkan anda meletakkan ribuan dollar dalam setiap dagangan. Leveraj ditunjukkan dalam format nisbah, seperti 30:1, 100:1, 300:1, dsb. Dengan leveraj 300:1 jika anda meletakkan 10 USD wang anda sendiri dalam dagangan anda boleh meminjam 300 kali dari amaun dan posisi dagangan sebenar anda akan menjadi 3000 USD.
Sementara ini bermaksud anda boleh menjana keuntungan besar dengan pelaburan kecil, ia juga bermakna anda boleh kerugian lebih daripada pelaburan asal anda.
Anda masih bertanggungjawab atas amaun penuh dagangan anda (kesemua 3000 USD!) dan jika anda tidak boleh menampung kerugian, broker akan mengambil wang yang belum digunakan dari akaun dagangan anda. Jika ianya masih tidak cukup untuk menampung kerugian, anda akan berhutang dengan broker, melainkan jika mereka menawarkan perlindungan baki negatif.
Dalam contoh dibawah, kitab oleh lihat amaun leveraj yang ditawarkan oleh OctaFX berbeza bergantung kepada jenis akaun dan jenis aset yang didagangkan. Jika anda perasan, mata wang Kripto mempunyai leveraj yang sangat rendah, ini disebabkan mudah-ubah yang terlampau tinggi untuk kedua pedagang dan broker.
Oleh kerana menggunakan leveraj tinggi meningkatkan risiko dengan drastik, sebilangan pengendali seperti CySEC dan FCA kini meletakkan had leveraj kepada 30:1 di Eropah dan U.K. Broker dari Kesatuan Eropah dan U.K juga wajib menawarkan perlindungan baki negatif.
Di Malaysia tiada kekangan terhadap leveraj dan perlindungan baki negative tidak diwajibkan, jadi penting untuk berhati-hati. Sentiasa semak dengan broker and jika mereka memberikan perlindungan baki negative sebelum mula berdagang.
Leveraj maksimum berbeza dikalangan broker. Bila mana anda berfikir untuk mendaftar dengan sesebuah broker, anda inginkan tawaran leveraj yang mencukupi supaya dagangan Forex anda menguntungkan, tetapi terkawal dan tidak berlebihan yang boleh mendatangkan mudarat. Jika pemula membuka akaun dengan 5 USD dengan leveraj 1000:1, berkemungkinan tinggi mereka akan kehilangan semua duit mereka dengan cepat.
Terdapat titik keseimbangan diantara leveraj yang mencukupi dan berlebihan, dimana broker terbaik akan menghadkan leveraj tinggi kepada pedagang berpengalaman atau kumpulan dengan baki akaun yang besar. Contoh terbaik atas tindakan bertanggungjawab ini adalah Blackstone Futures, Broker Afrika Selatan dengan prestasi baik dalam sokongan kepada pedagangnya. Di Blackstone Futures, leveraj maksimum untuk pedagang baru ialah 100:1, dan hanya akan meningkat selepas pedagang membuktikannya dengan sejarah dagangan yang bertanggungjawab.
Kecepatan Pelaksanaan dan Kaedah Pelaksanaan: Penggerak Pasaran lwn ECN dan STP
Kecepatan pelaksanaan bermaksud berapa cepat broker akan meletakkan dagangan anda dan selalunya bergantung kepada kaedah pelaksanaan. Banyak broker akan menawarkan pelaksanaan segera, hasilnya mengelakkan perubahan harga pada waktu pesanan dagangan anda diproses (kegelinciran) atau penolakan dan pemulangan pesanan dagangan anda (sebutan harga semula).
Broker yang menawarkan pelaksanaan segera dikenali sebagai broker penggerak pasaran. Apabila anda berdagang dengan broker penggerak pasaran, mereka tidak meletakkan dagangan anda dalam pasaran Forex, sebaliknya, bertindak sebagai pihak lawan dalam dagangan anda ini. Sementara terdapat konflik kepentingan dalam model perniagaan ini (kerana apabila pedagang rugi, broker akan mendapat untung) penggerak pasaran mendapatkan harga mereka dari bank-bank besar dan kawal selian menghalang mereka daripada memanipulasi data pasaran.
Terdapat dua jenis broker yang menawarkan pelaksanaan pasaran sama ada broker ECN (Rangkaian Komunikasi Elektronik) atau broker STP (Pemprosesan Tembus Terus). Broker ECN berfungsi sebagai pusat kepada pembekal kecairan dan akan mencari harga terbaik secara automatik dari ahli rangkaian mereka. Broker STP mempunyai lebih kawalan dalam memutuskan pembekal kecairan yang mana untuk digunakan dan umumnya mempunyai kecepatan pelaksanaan yang lebih baik. Sesetengah broker pelaksanaan pasaran bersifat hibrid ECN/STP, pun begitu ini jarang berlaku.
Semua jenis broker pelaksanaan pasaran selalu menghadapi kegelinciran dan sebutan harga semula, lebih-lebih lagi pada masa muda-ubah pasaran yang tinggi atau ketika volum pasaran rendah. Broker pelaksanaan pasaran terbaik melabur dalam infrastruktur yang mahal dan mempunyai banyak pembekal kecairan untuk mengelakkan situasi ini.
Salah satu broker ini adalah XM, broker STP terkenal disebabkan pelaksanaan pantasnya. XM tidak pernah memberikan sebut harga semula, walaupun menawarkan pelaksanaan pasaran sahaja:

Sementara kami tidak memotong markah broker dalam penilaian kami untuk kaedah pelaksanaan mereka, kami selalu menyebutnya dalam ulasan memandangkan banyak pedagang mempunyai keutamaan tersendiri dalam sama ada pelaksanaan pasaran atau pelaksanaan segera.
Mata Wang Asas: USD, EUR, atau GBP?
Mata wang asas, juga dipanggil mata wang akaun dagangan, adalah mata wang untuk duit yang berada dalam akaun dagangan anda. Kebiasaannya ia dalam US Dollar (USD). Banyak broker juga menawarkan akaun dalam Euro (EUR) atau Paun Sterling (GBP).
Sesetengah broker mempunyai julat luas dalam pilihan mata wang asas. Akaun Mikro di IronFX mempunyai tidak kurang daripada 11 mata wang asas untuk dipilih:

Aset Dagangan: Tidak semestinya semua hanya Forex
Pada prinsipnya, bilangan pasangan mata wang yang boleh anda dagangkan bergantung kepada bilangan mata wang yang ada di dunia. Namun realitinya, hampir semua broker menawarkan hanya sebahagian daripadanya. Apa yang penting adalah broker Forex memberikan pilihan yang mustahak. Broker Forex yang baik akan menawarkan sekurang-kurangnya 50 pasangan mata wang berbeza untuk didagangkan.
Banyak broker Forex juga adalah broker berbilang aset, teruntamanya broker besar. Ini bermaksud anda juga boleh berdagang instrumen kewangan lain seperti mata wang Kripto, saham, komoditi, logam berharga, indeks, dan bon.
Kami berpendapat bahawa broker Forex yang baik sepatutnya mempunyai 50+ pasangan Forex untuk didagangkan dan yang mempunyai kurang daripada ini akan dipotong markah dalam penilaian kami. Kami juga memotong markah broker yang tidak menawarkan sekurang-kurangnya beberapa instrumen kewangan lain untuk didagangkan
Lindung Nilai dan ‘Scalping’
Strategi scalping Forex adalah dimana pedagang ingin membuat keuntungan dari perubahan harga cepat dalam tempeh yang pendek. Peluang scalping biasanya hadir apabila peristiwa berita penting yang tidak dijangkakan berlaku, atau apabila pasaran saham dibuka. Seorang ‘Scalper’, pedagang yang menggunakan strategi scalping ini, masuk dan keluar dagangan beberapa kali dalam sehari, dan menutup dagangan pada hari sama ia dibuka. Tidak semua broker membenarkan scalping, tetapi yang mana membenarkannya harus mempunyai pelaksanaan yang cepat.
Lindung nilai adalah melindungi diri anda dari pergerakan harga bertentangan yang boleh menjejaskan dagangan terbuka dan dan adalah sebuah bentuk insuran. Lindung nilai terus adalah strategi yang biasa digunakan, dimana pedagang membeli pasangan mata wang kemudian menjual pasangan yang sama pada masa yang sama. Tidak semua broker membenarkan lindung nilai pada platform mereka, tetapi hampir semua broker pelaksanaan pasaran membenarkannya.
-
Sokongan Pelanggan
Berurusan dengan broker Forex yang mempunyai sokongan pelanggan baik adalah penting. Ia adalah salah satu perkara yang anda hara panda tidak perlukannya; namun apabila anda perlukannya, ia mesti tersedia dengan mudah, cepat, dan benar-benar membantu. Apabila wang anda sedang dipertaruhkan, anda perlu masalah anda diselesaikan secepat yang mungkin.
Sokongan pelanggan Forex terbaik tersedia 24 jam setiap hari (Isnin-Jumaat) melalui live chat, telefon, perkhidmatan pesanan dan e-mel. Ianya juga penting yang broker mempunyai sokongan IT yang hebat, memandangkan penetapan platform dagangan mungkin rumit kepada pedagang baru. Banyak pedagang baru tidak dapat mencari masa sesuai dalam minggu bekerja untuk menetapkan platform, jadi sokongan hari minggu adalah sangat berharga namun jarang boleh didapati.
Pedagang Malaysia juga menghargai sokongan pelanggan tempatan – kerana sokongan pelanggan tempatan boleh membantu dalam Bahasa Inggeris dan Melayu.
Selain sokongan pelanggan tempatan, kami juga menaraf tinggi broker yang menawarkan sokongan 24 jam dan sokongan hari minggu.
-
Pilihan Platform
Broker sentiasa menawarkan anda platform dagangan untuk mengakses pasaran Forex. Sesetengah broker mempunyai perisian mereka sendiri, namun banyak yang menggunakan program seperti MT4, MT5 atau cTrader yang boleh anda muat turun ke komputer atau telefon mudah alih anda.
Salah satu broker terbaik dengan julat luas platform adalah IC Markets, yang menawarkan MT4, MT5 dan cTrader merentasi semua peranti:

MetaTrader 4 adalah platform dagangan Forex yang paling dikenali ramai, pun begitu antara mukanya yang lama dan persiapan kompleks menjadikannya kurang boleh dicapai oleh pemula. MetaTrader 5 dan cTrader, sebaliknya mempunyai antara muka lebih moden dan lebih mudah untuk pemula membuat persiapan.
Jika anda adalah pedagang berpengalaman dengan pilihan perisian tersendiri, atau anda seorang pemula yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang pilihan platform, kami telah mengumpulkan senarai platform dagangan terbaik Forex kepada pedagang dan broker mana yang menyokongnya.
Semua broker mempunyai apl dagangan mudah alih, dan sesetengahnya membina apl proprioteri , namun majoriti besar mengharapkan apl MetaTrader untuk IOS dan Android.
Kami tahu bahawa pedagang Forex menghargai pilihan dan apabila kami membuat penilaian, broker dengan julat penuh platform akan ditaraf lebih tinggi .
-
Perkara Lain Untuk Difikirkan
Jadi, kita telah lihat berkenaan Kawal Selian, Yuran, Keadaan Dagangan, Sokongan Pelanggan dan Pilihan Platform – sungguhpun terdapat beberapa perkara lain untuk difikirkan apabila memilih broker.
- Broker untuk Pemula: Sesetengah broker adalah lebih baik kepada pemula. Broker terbaik untuk pemula mempunyai bahan Pendidikan yang jelas dan praktikal, analisis pasaran yang bermakna dan sokongan pelanggan cemerlang. Sebahagiannya juga menawarkan latihan satu-dengan-satu, webinar langsung dan seminar dunia-nyata.
- Akaun Demo: Penting untuk pedagang Forex pemula mempunyai akaun demo yang tidak akan luput, jadi anda boleh membiasakan diri sepenuhnya dengan pasaran dan platform dagangan sebelum anda bermula dengan duit sebenar.
- Akaun (Islamik) Bebas-Swap: Akaun Islamik, atau akaun bebas-swap, adalah jenis akaun dagangan yang boleh dipilih yang membolehkan pedagang Forex mematuhi prinsip perundangan Syariah. Dalam undang-undang Syariah riba dilarang, jadi akaun bebas-swap tidak meletakkan bayaran atau Raihan bunga semalaman (yuran pusing ganti) pada posisi terbuka.
- Pengurusan Akaun: Beberapa broker boleh menjalankan pengurusan akaun untuk anda, namun ini jarang didapati. Mereka adalah pengurus wang bebas yang boleh menguruskan akaun anda sementara berdagang untuk diri mereka sendiri. Penting untuk and abaca artikel kami berkenaan pengurusan akaun dan memahami keperluan deposit minimum dan risiko tambahan terlibat apabila berdagang CFD.
Soalan Lazim
Apakah broker Forex terbaik di Malaysia?
Broker terbaik di Malaysia ialah FXTM, OctaFX dan AvaTrade. AvaTrade ialah broker versatil hebat dengan yuran rendah dan spread yang sempit. FXTM dipercayai oleh ribuan pedagang merentas Afrika dengan julat meluas jenis akaun. OctaFX ialah broker salin dagangan terbaik, dengan sokongan pelanggan berbahasa Melayu dan berbagai pilihan platform.
Saya adalah pedagang pemula, apakah yang perlu cari daripada broker?
Sebagai pedagang pemula, pilih broker yang mempunyai akaun demo tanpa had, memandangkan ini akan memberikan anda peluang untuk berlatih sebelum membuat deposit. Akaun demo terhad biasanya akan luput selepas 1-3 minggu, agak singkat untuk belajar menjana keuntungan dari dagangan CFD.
Pedagang pemula perlu mendapat sokongan pendidikan pada awalnya, dan setiap broker ternyata berbeza dari segi bahan yang mereka bekalkan. Paling tidak pun, yang anda boleh terima adalah pembekalan beberapa video dan artikel umum, namun sesetengah broker melabur dalam membina universiti kecil dagangan yang merangkumi bahan video serta webinar live dihoskan oleh pakar.
Setiap daripada ulasan kami mempunyai bahagian tentang kandungan pendidikan untuk membantu pedagang pemula membuat keputusan pilihan sesuai.
Broker Forex yang mana paling bagus untuk pemula?
Broker Forex terbaik untuk pemula ialah XTB. Khidmat pelanggan tersedia 24/7 dengan kedua pementoran dan pengurus akaun berdedikasi disediakan buat pedagang. Bahan pendidikannya cemerlang dan disampaikan melalui Akademi Latihan XTB, yang tersusun dan jelas. Akhir sekali, keperluan deposit minimum adalah rendah, dengan spread yang sempit.
Bagaimana untuk berdagang Forex di Malaysia?
Untuk berdagang Forex di Malaysia anda perlukan broker Forex yang boleh dipercayai. Sebelum and mula berdagang, anda patut membuka akaun demo dengan broker tersebut supaya anda boleh menimba pengalaman dalam pasaran Forex dan platform dagangan broker. Sebaik mempunyai pengalaman yang mencukupi anda perlu mendeposit dana dengan broker melalui pindahan bank atau sistem bayaran seperti Ozow dan Neteller. Sebaik akaun live anda didanakan, anda boleh mula berdagang.
Adakah dagangan Forex mematuhi undang-undang Malaysia?
Ya, dagangan Forex adalah sah disisi undang-undang Malaysia dan anda boleh berdagang dengan mana-mana broker Forex di dunia.
Bagaimana untuk tahu broker Forex mana yang boleh dipercayai?
Empat perkara yang perlu dititikberatkan apabila menentukan broker boleh dipercayai – kawal selian, kaedah pelaksanaan dagangan, pengurusan dana pelanggan dan pengiktirafan industri terhadap pencapaian mereka.
Lebih banyak pengendali utama kumpulan broker dikawal seliakan, lebih pengawasan terhadap kumpulan mereka. Bilangan pengendali yang mengawasi proses mereka memberikan petanda kukuk terhadap tahap kepercayaan agensi kawal selian kerajaan terhadap mereka.
Kaedah pelaksanaan dagangan adalah komponen lainnya kerana jika broker menjana keuntungan daripada kerugian anda – seperti dalam situasi broker penggerak pasaran – ini boleh dilihat sebagai menjejaskan kepercayaan terhadap broker.
Ini menjadi kebimbangan utama jika hanya sedikit pengendali yang mengawal selia penggerak pasaran. Oleh itu, penggerak pasaran yang dikawal selia lebih ketat dilihat lebih bereputasi daripada yang kurang kawal seliaan. Perlu diketahui bahawa beberapa penggerak pasaran mempunyai reputasi utuh dan banyak sumber pelanggan.
Hampir semua pengendali mempunyai proses yang ketat dalam memastikan dana pelanggan selamat. Proses ini melibatkan peletakan dana pelanggan dalam akaun berasingan dalam bank-bank terkemuka dibawah bidang kuasa tempatan. Akaun bank berasingan yang diaudit setiap petang bermaksud dana pelanggan dilindungi daripada muflis.
Anugerah industry diberikan kepada broker oleh wartawan, organisasi pemerhati kewangan dan seangkatannya. Sementara ia boleh dihujahkan bahawa upacara anugerah mungkin sedikit bias, ia kekal sebagai pengukur terbaik pengiktirifan industri.
Adakah broker berdagang bertentangan dengan saya?
Jika broker adalah penggerak pasaran, mereka adalah pasaran dan akan berdagang bertentangan dengan anda dengan menjadi pihak lawan dagangan anda untuk mencipta kecairan yang anda perlukan. Memandangkan majoriti besar dagangan oleh pedagang runcit akan kerugian, penggerak pasaran menjana banyak wang dalam kebanyakan dagangan pelanggannya. Broker DMA (akses terus pasaran) tidak mempunyai konflik kepentingan dan tidak berdagang bertentangan dengan anda.
Bagaimana broker menjana wang?
Penggerak Pasaran akan menjana wang hanya daripada spread – perbezaan diantara harga belian dan jualan dalam pasangan mata wang. Memandangkan Penggerak Pasaran akan menjadi pihak lawan kepada dagangan, mereka juga meraih wang apabila pelanggan kerugian dalam dagangan.
Broker DMA (akses terus pasaran) akan menjana wang daripada spread yang sempit dan komisyen, yang dikira berdasarkan amaun per lot.
Bagaimana untuk mendeposit broker?
Setiap broker mempunyai cara deposit berbeza, namun semuanya mempunyai pilihan deposit melalui kad kredit/debit dan pindahan bank. Hampir semua broker juga menerima Neteller atau Skrill, yang digemari pedagang kerana deposit dan pengeluaran adalah segera dan kebiasaannya percuma.
Sesetengah akan menerima cara bayaran mengikut kawasan. Kadangkala, broker menerima deposit Bitcoin, dan PayPal disamping mata wang biasa.
Broker mana yang saya patut pilih?
Pedagang mempunyai keperluan berbeza dari broker Forex. Ini cara kami membandingkan mereka, dan kami memberikan hasil tinjauan kepada pilihan anda. Di bahagian paling atas artikel ini, terdapat senarai broker yang kami rasa terbaik untuk pedagang berdasarkan reputasi mereka, platform, keadaan dagangan dan sumber yang tersedia untuk pemula.
Bagaimana melaporkan broker penipu?
Jika anda rasa telah ditipu oleh broker anda, perkara pertama untuk dilakukan adalah memberikan amaran kepada umum dan menceritakan kisah anda. Kami mempunyai borang lapor broker penipu yang digunakan untuk mengumpul maklumat untuk kami sampaikan keluar. Jika anda telah ditipu, sila lengkapkan borang.