Diterbitkan pada 2010, MetaTrader 5 (MT5) adalah versi terkini perisian dagangan peneraju pasaran MetaTrader.
Lebih kurang seperti MT4, MT5 membolehkan pedagang untuk mengakses pasaran Forex melalui broker, juga membolehkan akses tambahan kepada CFD, saham dan niaga hadapan. Ini juga bermaksud bahawa ia adalah aset yang lebih bernilai untuk broker memandangkan ia membolehkan mereka menjangkau pangkalan pelanggan yang lebih luas – ini telah menyebabkan peningkatan ketara dari bilangan broker yang menyokong MT5, kerap kali mngalihkan sokongan mereka dari MT4 sepenuhnya.
MT5 Pros and Cons
MT5 datang dengan bahasa pengkodan baru, MQL5, yang lebih efisyen daripada MQL4, jika lebih sukar untuk dipelajari oleh pemula.
Walaupun antara mukanya sama dengan MT4, MT5 mempunyai alatan carta yang lebih maju, termasuk 12 atau lebih rangka masa dan penunjuk teknikal terbina dalam.
MT5 juga membolehkan pembukaan carta tanpa had, menunjukkan kedalaman pasaran dan mempunyai Kalendar Ekonomi terbina dalam. Ia juga mempunyai lebih banyak jenis pesanan belum selesai dari MT4 dan mencirikan sistem chat terbenam.
Kelebihan dan Kekurangan MT5
Kelebihan:
- Tidak seperti MT4, MT5 membolehkan pengguna berdagang pasaran berpusat – seperti indeks, saham dan komoditi.
- MT5 mempunyai ciri yang lebih lengkap dan dating dengan Kalendar Ekonomi, penunjuk Kedalaman Pasaran, fungsi chat terbenam, tetingkap carta tanpa had, 80 penunjuk terbina dalam dan 12 rangka masa lebih daripada MT4.
- Bahasa pengkodan baru MT5 (MQL5) adalah bahasa yang lebih efisyen dan mencirikan penguji skrip terbina dalam yang hebat.
Kekurangan:
- MT5 tidak membenarkan lindung nilai sebagai standard, anda perlu membuat permintaan untuk membolehkannya dari broker anda.
- Skrip MT5 tidak serasi songsang dengan MT4 – jadi sesiapa yang membuat pemindahan akan kehilangan EA (nasihat pakar), dsb.
- MT5 adalah lebih rumit daripada MT4.
Perlukah saya menggunakan MT5?
Jawapan untuk soalan ini bergantung pada apa yang anda inginkan dari platform anda dan pengalaman berdagang anda sebelum ini.
Jika anda ingin berdagang lebih dari Forex dan anda inginkan pelanggan kendiri, MT5 adalah platform yang baik. Jika anda hanya ingin berdagang Forex dan mahukan sesuatu yang lebih ringkas, platform yang lebih mesra pengguna, mungkin MT4 lebih sesuai untuk anda.
Jika anda mempunyai pengalaman menggunakan MT4 dan sedang berfikir untuk bertukar, ianya bergantung kepada sebabnya. Satu-satunya sebab penting saya boleh fikirkan untuk bertukar kepada MT5 adalah jika anda ingin berdagang dalam pasaran lain. Sebab utama untuk tidak bertukar adalah program yang ditulis untuk MT4 tidak akan berfungsi dalam MT5, jadi anda akan kehilangan nasihat pakar (EA), penunjuk dan skrip automatik anda dalam peralihan.
Soalan utamanya adalah berapa lama lagi MT4 akan terus disokong oleh broker-broker besar. Ianya tidak dinafikan piawaian industri pada masa kini dan penaikkan taraf baru-baru ini kepada bahasa MQL4 menjadikannya semudah dan se-efisyen MQL5 dalam mencipta skrip dagangan automatik.
Walau begitu, lebih banyak broker menawarkan MT5 setiap masa dan sesetengahnya telah memilih untuk hanya menyokong MT5 mulai saat ini – jika anda baru bermula berdagang ini adalah pertimbangan penting untuk membiasakan diri dengan MT5 sebelum ia mula mengaburi pendahulunya yang lain, yang telahpun mula berlaku.
Kesimpulan
MT5 akan lama-kelamaan menggantikan MT4 sebagai piawaian industri (melainkan salah satu pesaing MetaQuotes dapat mengatasinya) persoalannya hanya berapa lama.
MT5 adalah lebih lengkap dari segi ciri, menyokong dagangan merentas semua pasaran kewangan, dan membolehkan pengujian skrip lebih maju yang menjadikannya tarikan kepada kedua broker dan pedagang. Membenarkan lindung nilai kepada pengguna bukan dari A.S adalah pengakhiran kepada halangan utama dalam percambahan penyokong MT5.
Masalah yang tinggal adalah kurangnya keserasian songsang dengan robot MT4 dan EA – dan masalah ini nampaknya masih tidak diselesaikan.
Jika anda menggunakan MT4 dan anda sukakannya, terus menggunakannya memandangkan ia akan terus kekal sebagai gold standard untuk beberapa tempoh waktu – melainkan anda ingin berdagang pasaran kewangan lain. Jika anda adalah pedagang baru, ia mungkin berbaloi untuk terus menggunakan MT5.
Penafian Risiko Forex
Perdagangan Forex dan CFD tidak sesuai untuk semua pelabur memandangkan ia membawa risiko yang sangat tinggi kepada modal anda: 75-90% pelabur runcitan kehilangan wang dari dagangan produk ini.
Transaksi Forex dan CFD berisiko tinggi atas faktor-faktor berikut: leveraj terlampau, mudah-ubah pasaran yang tidak dapat diduga, kegelinciran yang disebabkan kurang kecairan, pengetahuan dan pengalaman cetek dalam dagangan, dan kekurangan perlindungan kawal selia untuk pelanggan.
Pedagang tidak patut mendeposit wang yang bukan dari pendapatan boleh guna. Tidak kisah berapa banyak kajian yang telah anda jalankan, atau betapa yakinnya anda dalam dagangan anda, sentiasa terdapat risiko tinggi untuk kerugian. (Ketahui lebih lanjut dari FCA atau dari ASIC)
Metodologi Kami
Laporan Pasaran Terkini dan Direktori Broker kami adalah hasil dari kajian terperinci terhadap lebih dari 180 broker Forex. Matlamat nyata sumber-sumber ini adalah untuk membantu pedagang untuk mencari broker Forex terbaik – dan menjauhkan dari yang tidak baik – dengan kelebihan maklumat yang tepat dan terkini.
Dengan lebih 200 mata data untuk setiap broker dan lebih dari 3000 jam penyelidikan dan penulisan ulasan, kami percaya bahawa kami telah berjaya dalam misi kami.
Dalam dunia dimana keadaan dagangan dan sokongan pelanggan yang berbeza-beza bergantung kepada tempat tinggal anda, ulasan broker kami memfokuskan pada pedagang tempatan dan memberikan maklumat tentang broker ini dari perspektif anda.
Semua penyelidikan dijalankan oleh pasukan dalaman kami yang terdiri daripada penyelidik dan penulis, mengumpul maklumat dari berbagai wakil syarikat, laman web dan dengan meneliti perincian terma dan syarat. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menaraf broker.