Akaun Demo Forex
Individu yang ingin berjaya dalam perdagangan Forex perlu berlatih sebelum beralih ke pasaran live. Ini memerlukan latihan dan pengalaman yang boleh diperoleh melalui akaun amalan atau demo. Sekiranya anda baru dalam perdagangan Forex, adalah disyorkan supaya mengelakkan daripada berdagang pada pasaran live sehingga anda boleh menggandakan jumlah pelaburan dalam akaun amalan anda. Cara yang paling mudah untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman dalam bidang ini adalah dengan berdagang secara maya dengan bantuan akaun Demo Forex, serta mempelajari teori dan strategi perdagangan.
Membuka Akaun Demo
Mereka yang ingin membuka akaun demo forex akan memperoleh faedah dan ia adalah percuma. Walau bagaimanapun, individu-individu ini dihendaki untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu operasi setiap bulan untuk mengelakkan akaun ditutup. Trader boleh memilih untuk membuka akaun dalam versi keutamaan mereka dari platform dagangan yang tersedia dalam talian. Mereka boleh memilih untuk menggunakannya dari pelbagai peranti. Aplikasi pilihan yang digunakan oleh trader membolehkan mereka untuk membuka akaun. Trader dikehendaki untuk menyediakan maklumat peribadi untuk membuka akaun.
Sebaik sahaja maklumat ini dinyatakan oleh trader pada borang, platform dagangan yang dipilih akan memaklumkan dan mengesahkan akaun demo trader dengan maklumat untuk log masuk dan akses melalui e-mel. Sebaik akaun dicipta, ia adalah peluang terbaik untuk trader mengetahui bagaimana antara-muka dan alat-alat forex berfungsi serta membangunkan pelan dagangan dan memahami risiko dagangan forex.
Akaun Demo Vs Akaun Live
Akaun dagangan Live adalah akaun di mana Forex di dagangkan dalam masa-nyata dan menggunakan wang yang sebenar. Pada akaun dagangan live, trader boleh memperoleh keuntungan atau kerugian bergantung pada dagangan mereka. Akaun Demo adalah dagangan Forex yang disimulasikan secara maya lengkap dengan keperluan dan persekitaran yang sama dengan akaun dagangan live Forex. Satu-satunya perbezaan adalah tiada wang nyata yang didagangkan, diperoleh atau rugi.
Dalam akaun demo, trader boleh buy dan sell serta memperoleh keuntungan atau kerugian tetapi tiada wang nyata ditukarkan. Tujuan utama akaun dagangan demo Forex adalah;
- Membantu trader baru Forex mempelajari bagaimana cara berdagang tanpa mempertaruhkan modal perdagangan mereka
- Memberikan trader pengalaman masa-nyata dan merasai bagaimana untuk berdagang Forex menggunakan carta.
- Membantu trader mencuba pelbagai strategi dan merangka pelan dagangan yang efektif untuk dagangan live
- Membolehkan trader baru membina keyakinan dan motivasi sebelum beralih ke akaun dagangan live
Perbezaan dagangan pada Akaun Demo vs. Akaun Dagangan Live
Secara amalannya, telah ditunjukkan bahawa pencapaian yang dicapai apabila berdagang pada akaun demo Forex mungkin berbeza dengan pencapaian dari akaun dagangan live. Perbezaan keputusan ini adalah disebabkan beberapa faktor merangkumi;
- Kurangnya mindset wang realiti
- Perbezaan emosi
- Risiko dan amaran
Kurangnya Mindset Wang Realiti
Disebabkan tiada kerugian wang pada akaun demo, trader cenderung untuk mempunyai mindset tiada apa-apa kerugian yang menyebabkan mereka mencuba pelbagai strategi, yang lebih ke arah kerugian daripada kejayaan. Di samping itu, tiada tekanan jika trader membuat kesilapan semasa dagangan.
Pada akaun live, tiada trader yang mahu mencuba strategi yang mereka tidak pernah gunakan sebelum ini atas sebab bimbang akan kerugian yang akan dialami. Sekiranya dagangan dilakukan, trader menerima tekanan untuk menebus kerugian mereka yang memberi kesan pada pertimbangan di masa hadapan.
Perbezaan Emosi
Walaupun trader Forex cuba untuk mengelakkan emosi apabila membuat perdagangan Forex, dagangan pada akaun live mungkin menyebabkan perasaan gemuruh dan beremosi kepada trader kerana mereka merasa cemas apabila membuat keputusan yang sangat kritikal.
Ini kerana kesilapan dalam membuat keputusan akan memberi kesan kerugian wang kepada mereka. Pada akaun demo, tiada emosi yang terlibat.
Risiko dan Amaran
Pada akaun demo mengambil risiko dan kurang berhati-hati boleh memberi keuntungan yang besar, sementara pada akaun live trader kurang mengambil risiko dan sangat berhati-hati dengan dagangan yang dilakukan.
Namun pada dagangan live, potensi trader menjana lebih keuntungan boleh menyebabkan mereka mengambil risiko yang tidak sepatutnya. Risiko pada dagangan live mungkin menyebabkan trader melakukan kesilapan dagangan seperti melepaskan peluang untuk berjaya.
Perbezaan antara akaun dagangan live dan demo boleh diatasi dengan mengurangkan kesilapan dalam membuat pertimbangan dagangan, memfokuskan pada pelan dagangan dan bukannya pada wang semasa dalam tekanan serta mengawal emosi apabila beralih kepada dagangan live.
Penafian Risiko Forex
Perdagangan Forex dan CFD tidak sesuai untuk semua pelabur memandangkan ia membawa risiko yang sangat tinggi kepada modal anda: 75-90% pelabur runcitan kehilangan wang dari dagangan produk ini.Â
Transaksi Forex dan CFD berisiko tinggi atas faktor-faktor berikut: leveraj terlampau, mudah-ubah pasaran yang tidak dapat diduga, kegelinciran yang disebabkan kurang kecairan, pengetahuan dan pengalaman cetek dalam dagangan, dan kekurangan perlindungan kawal selia untuk pelanggan.
Pedagang tidak patut mendeposit wang yang bukan dari pendapatan boleh guna. Tidak kisah berapa banyak kajian yang telah anda jalankan, atau betapa yakinnya anda dalam dagangan anda, sentiasa terdapat risiko tinggi untuk kerugian. (Ketahui lebih lanjut dari FCA atau dari ASIC)
Metodologi Kami
Laporan Pasaran Terkini dan Direktori Broker kami adalah hasil dari kajian terperinci terhadap lebih dari 180 broker Forex. Matlamat nyata sumber-sumber ini adalah untuk membantu pedagang untuk mencari broker Forex terbaik – dan menjauhkan dari yang tidak baik – dengan kelebihan maklumat yang tepat dan terkini.
Dengan lebih 200 mata data untuk setiap broker dan lebih dari 3000 jam penyelidikan dan penulisan ulasan, kami percaya bahawa kami telah berjaya dalam misi kami.Â
Dalam dunia dimana keadaan dagangan dan sokongan pelanggan yang berbeza-beza bergantung kepada tempat tinggal anda, ulasan broker kami memfokuskan pada pedagang tempatan dan memberikan maklumat tentang broker ini dari perspektif anda.
Semua penyelidikan dijalankan oleh pasukan dalaman kami yang terdiri daripada penyelidik dan penulis, mengumpul maklumat dari berbagai wakil syarikat, laman web dan dengan meneliti perincian terma dan syarat. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menaraf broker.Â