Jadi anda masih tidak pasti sama ada ini adalah platform sesuai untuk anda? Mari selusuri beberapa kelebihan dan kekurangan platform ini.

Kelebihan Metatrader 4
Ianya Percuma!
Ya, fakta yang agak jelas – namun kritikal. Platform ini adalah sepenuhnya percuma. Jika ianya tidak, kita mungkin tidak akan melihat ledakan besar dalam dagangan Forex runcitan pada sekitar tahun 2000 dan industri mungkin akan berbeza, dan satu ruang yang lebih terhad.
Mudah Alih
Saya tidak bermaksudkan bahawa ia tersedia pada telefon/tablet anda, walaupun memang itu hakikatnya. Apa yang saya maksudkan dengan mudah alih, dalam situasi ini, adalah sebaik anda memuat turun platform ini pada komputer anda, ia adalah milik anda. Jika anda bertukar broker, ia akan ikut bersama anda. Ia juga boleh menampung beberapa broker dan berbilang akaun dari broker yang sama. Apabila matlamat dan keperluan dagangan anda berubah, anda boleh bergerak bebas diantara broker tanpa bimbang akan kehilangan apa-apa perubahan buatan khusus anda pada platform versi anda. Dan berbicara tentang buatan khusus, ini seterusnya membawa kita kepada…
Petunjuk
Hampir serupa dengan EAs, petunjuk adalah algoritma yang dibuat daripada MQL4. Tidak seperti EA, petunjuk tidak akan mengautomasi dagangan anda namun akan memberikan anda analisis teknikal masa nyata – membuatkan anda perlu untuk membuat keputusan dagangan manual. Terdapat lebih 2000 petunjuk percuma boleh didapati di MetaTrader Code Hube, dan ratusan lagi yang telah dicipta oleh komuniti dan boleh dibeli di MetaTrader Market.
Carta
Meskipun telah lama, ianya masih dianggap sebagai salah satu alatan pencartaan terbaik dari mana-mana platform dagangan. Anda boleh membuka berbilang carta tanpa had dengan serentak, menyesuaikan tampakan dan menggunakan objek grafik dan petunjuk kepadanya. Semua carta adalah interaktif, dan anda boleh zum dan skrol dalam masa nyata.
Keselamatan
Ia juga popular untuk keselamatannya – semua maklumat diantara pelanggan dan pelayan disulitkan pada 128-bit, dan ia juga menyokong Tanda Tangan Digital RSA.
Penggunaan Meluas
Sudah hampir lima belas tahun dan ia masih adalah piawaian industri. Hampir semua broker menawarkannya, dan sokongan yang anda akan terima sungguh menakjubkan – jika anda menghadapi masalah seseorang akan menyelesaikannya. Terdapat ribuan pengguna tahu tentang perincian platform, dan ramai dikalangan mereka telah membuat video atau tutorial untuk hampir setiap aspeknya. Untuk pemula mahupun pedagang berpengalaman, ini adalah kelebihan hebat.
Tidak intensif kepada Sumber/Lebar Jalur
Disebabkan umurnya, ia beroperasi dengan lancar pada semua komputer moden dan akan tidak menjadi isu pada sistem lama. Banyak platform proprieteri beroperasi dalam pelayar menggunakan Flash, dan isu sumber sistem boleh berlaku, seperti kelembapan atau peranapan platform – ini tidak ideal memandangkan beberapa saat boleh berimplikasi dalam dagangan Forex. Tiada satu pun masalah ini wujud dengan MetaTrader 4, walaupun pada komputer lama.
Kekurangan MetaTrader 4
Ia sudah lama!
Ya, ia kelihatan seperti program dari tahun 2005. Jika anda mencari platform yang memuaskan mata dari segi estetik, ini bukanlah platform sesuai – namun jika anda begitu peduli dengan bagaimana platform anda kelihatan, mungkin anda perlu semak semula keutamaan anda dalam dagangan.
Ia tidak suka Mac
Ia boleh beroperasi pada Mac tetapi dengan sedikit usaha. Anda perlu memasang pelagak Windows bernama Wine (alatan untuk sistem berasaskan Unix untuk menjalankan aplikasi yang dibangun oleh Windows) berserta dengan font dan antara muka grafik. Wine adalah alatan yang hebat, tetapi tidak semestinya stabil dan pengalaman anda mungkin terjejas disebabkannya.
Tiada integrasi suapan Berita
Ianya kekurangan integrasi berita dan data ekonomi. Pada platform yang lebih moden, pedagang boleh terkemas kini dengan berita mutakhir yang memberikan kesan kepada kadar tukaran tanpa meninggalkan platform.
Ianya bukan Metatrader 5
MetaQuotes menerbitkan versi terbaru Metatrader (Metatrader 5 atau MT5) pada 2010. Terdapat beberapa perbezaan penting antara keduanya, namun perubahan fungsi ketara adalah MT5 boleh menyokong dagangan saham, niaga hadapan dan komoditi sebaliknya MT4 tidak boleh. Walau begitu, MT5 adalah platform yang sofistikated – tetapi jika anda berminat untuk berdagang kelas aset ini disamping Forex pada platform MetaTrader, anda tidak mempunyai pilihan lain.
Tambahan pula, MT5 akhirnya mendapat sokongan serius dari industri, dengan sesetengah mereka meninggalkan terus pendahulunya untuk menggunakan versi terbaru. Juri masih tertanya sama ada ini akan menjadi trend, namun ia masih satu keberangkalian yang tidak pasti.
Kesimpulan
MetaTrader4 adalah batu asas untuk ramai pedagang dalam perkembangan mereka untuk menjadi pedagang profesional. Ia akan masih kekal untuk sementara waktu ini dan akan terus membantu pedagang baru memulakan karier perdagangan. Jika anda sedang cuba untuk memahami carta dengan mendalam, tumpukan perhatian kepadanya daripada semak dengan alatan lebih canggih, sedemikian ia terus menjadi calon terbaik dalam memenuhi 90% keperluan dagangan anda.
Penafian Risiko Forex
Perdagangan Forex dan CFD tidak sesuai untuk semua pelabur memandangkan ia membawa risiko yang sangat tinggi kepada modal anda: 75-90% pelabur runcitan kehilangan wang dari dagangan produk ini.
Transaksi Forex dan CFD berisiko tinggi atas faktor-faktor berikut: leveraj terlampau, mudah-ubah pasaran yang tidak dapat diduga, kegelinciran yang disebabkan kurang kecairan, pengetahuan dan pengalaman cetek dalam dagangan, dan kekurangan perlindungan kawal selia untuk pelanggan.
Pedagang tidak patut mendeposit wang yang bukan dari pendapatan boleh guna. Tidak kisah berapa banyak kajian yang telah anda jalankan, atau betapa yakinnya anda dalam dagangan anda, sentiasa terdapat risiko tinggi untuk kerugian. (Ketahui lebih lanjut dari FCA atau dari ASIC)
Metodologi Kami
Laporan Pasaran Terkini dan Direktori Broker kami adalah hasil dari kajian terperinci terhadap lebih dari 180 broker Forex. Matlamat nyata sumber-sumber ini adalah untuk membantu pedagang untuk mencari broker Forex terbaik – dan menjauhkan dari yang tidak baik – dengan kelebihan maklumat yang tepat dan terkini.
Dengan lebih 200 mata data untuk setiap broker dan lebih dari 3000 jam penyelidikan dan penulisan ulasan, kami percaya bahawa kami telah berjaya dalam misi kami.
Dalam dunia dimana keadaan dagangan dan sokongan pelanggan yang berbeza-beza bergantung kepada tempat tinggal anda, ulasan broker kami memfokuskan pada pedagang tempatan dan memberikan maklumat tentang broker ini dari perspektif anda.
Semua penyelidikan dijalankan oleh pasukan dalaman kami yang terdiri daripada penyelidik dan penulis, mengumpul maklumat dari berbagai wakil syarikat, laman web dan dengan meneliti perincian terma dan syarat. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami menaraf broker.