Utama / Broker Forex Terbaik Di Malaysia / Ulasan Terhadap Broker Alpari

Ulasan Terhadap Broker Alpari

FX Scouts Oleh Jeffrey Cammack Dikemaskini: 23 Januari 2020
Penilaian Keseluruhan
3.62 / 5
Deposit Min. USD 5
Leverage 1000:1
Spread Min. 0.4 pips
Dikawal Oleh FSC
Pengatur asal FSC
Jenis Broker Market Maker & ECN

Ringkasan

Alpari mempunyai persekitaran berdagang terbaik industri meliputi dua akaun biasa dan akaun jaringan komunikasi elektronik (ECN). Dengan deposit kecil minimum pada akaun mikro dan akaun ECN Pro yang bagus untuk profesional, Alpari adalah broker pilihan semua pedagang. Ini dikukuhkan dengan khidmat pelanggan responsif dibuka tujuh hari seminggu dan sokongan platform peneraju industri MT4 dan MT5. Satu-satunya kelemahan Alpari adalah ruangan Pendidikan yang ringkas dan kekurangan analisis pasaran.

 

Ulasan

Penilaian Kepercayaan
Keadaan Dagangan
Platform Dagangan
Deposit & Pengeluaran
Pendidikan & Penyelidikan
Aset Tersedia
Khidmat Pelanggan
Bonus Tiada
Mesra Pengguna-Baru Bagus
Alpari

Keadaan Dagangan

Deposit minimum USD 5
Matawang asas EUR, GBP, USD, NGN
Bilangan padanan 61
Lindung Nilai Dibenarkan Yes
Scalping Yes
Akaun Bebas-Tukar Milik Yes

Purata Perbezaan

EUR / USD
GBP / USD
USD / JPY

Butiran syarikat

Nama Syarikat Alpari International
Ditubuhkan 2014
Laman web Lawati Laman Web
Jenis Market Maker & ECN
Dikawal Oleh FSC
Lokasi Pejabat Port Louis, Mauritius

Cara Simpanan & Pengeluaran

Platform yang Disokong untuk Alpari

Ulasan Terperinci Broker Alpari

Adakah Alpari selamat?

Kumpulan Alpari telah menjadi broker FX dan CFD global sejak 1998 dan mempunyai lebih dari dua juta pelanggan serata dunia.

Alpari International dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Mauritius (Lesen C113012295) di bawah nama Exinity Limited sejak 2013. Alpari juga merupakan ahli Suruhanjaya Kewangan sejak 2013. Suruhanjaya Kewangan adalah badan bebas antarabangsa khusus dalam resolusi pertikaian diantara broker Forex dan pedagang.

Kumpulan Alpari mempunyai lebih dari dua juta pelanggan serata dunia, dengan semua dana pelanggan disimpan dalam akaun berasingan dan semua komunikasi disulitkan dalam memastikan keselamatan pelanggan. 

Alpari Untuk Pemula

Ruangan Pendidikan Alpari ringkas tapi membantu, namun tiada analisis lanjutan selain daripada apa yang tersedia bersama platform yang ditawarkan.

Bahan Pendidikan

Alpari International menyediakan ruangan pendidikan pendek namun berguna untuk pemula yang kurang atau tiada pengalaman dalam perdagangan.

Sayangnya, tiada tutorial video atau webinar buat masa ini, namun Alpari akan melancarkan ruangan penuh pendidikan pada suku pertama 2020.

Kandungan utama bahan penulisan tersedia adalah mengenai Panduan Pemula dalam Perdagangan Forex. Ini termasuk penjelasan konsep utama dalam perdagangan Forex dan glosari sebutan yang paling biasa digunakan.

Ianya dihadkan kepada pengenalan jenis carta berbeza yang digunakan oleh pedagang.

Panduan pemula juga diiringi dengan pengenalan kepada strategi berdagang, yang sangat berguna untuk anda membiasakan diri dengan idea dan sebutan yang digunakan dalam membina pelan perdagangan.

Alpari menyokong lelaran terbaru platfrom popular Metatrader, MetaTrader 5 (MT5). MT5 mempunyai calendar ekonomi terbina-dalam untuk mengikuti peristiwa penting dalam dunia kewangan dan penjejak kedalaman pasaran yang merupakan cara hebat untuk mengesan tindakan pedagang lain dalam pasaran.

Sokongan pelanggan

Seperti kebanyakan broker, Alpari menawarkan sokongan 24-jam dari Isnin ke Jumaat.  Namun, di luar kebiasaannya, Alpari juga menawarkan sokongan pelanggan dari 12:00 – 20:00 (semua jam GMT GMT+2/3) pada hari minggu.

Ini sangat dialu-alukan dan sesuatu yang kami harap lebih banyak broker akan lakukan. Bantuan tersedia melalui live chat, Telegram, telefon, e-mel dan hub myAlpari.

Sila ambil perhatian bahawa khidmat pelanggan Deposit/Pengeluaran hanya beroperasi dari 02:00 – 20:00 hari bekerja dan dari 13:00 – 17:00 pada hari Sabtu.

Keadaan Berdagang Alpari

Alpari menawarkan keadaan berdagang yang kompetetif pada semua 4 jenis akaun berbeza.

Tidak seperti yang lain, ia menawarkan dua akaun biasa pelaksanaan segera (meja urus niaga) dan dua akaun ECN pelaksanaan pasaran.

Seperti kebanyakan broker, keadaan berdagang menjadi lebih baik dengan lebih wang yang dimasukkan, namun keadaan berdagang asas adalah lebih baik daripada kebanyakan broker Forex. Leveraj adalah tidak tetap kecuali pada Akaun Mikro dan akaun bebas-swap boleh didapati di kesemua jenis akaun (namun dihadkan kepada platform Mt4)

Alpari kerap melancarkan bonus dan promosi, termasuk bonus merujuk rakan, jadi pastikan anda menyemak pengurus akaun anda apabila anda mendaftar.

Jenis akaun

Alpari mempunyai dua Akaun Biasa dan dua Akaun jaringan komunikasi elektronik ECN. Akaun ECN lebih sesuai kepada pedagang berpengalaman dan memerlukan deposit minimum yang lebih tinggi, tetapi akan memberikan akses ke platform MT5 kepada anda. Akaun demo tersedia tetapi bukan untuk Akaun Mikro atau Akaun Pro ECN.

Akaun Biasa

Terdapat dua akaun biasa di Alpari, keduanya menggunakan pelaksanaan pesanan segera dan boleh didapati pada platform MT4

Spread umumnya lebih lebar daripada akaun pelaksanaan pasaran, tetapi tiada komisyen dikenakan, dan keduanya tersedia sebagai akaun bebas-swap.

Akaun biasa – Jenis akaun ini memerlukan deposit minimum 100 USD/EUR/GBP. Spread bermula dengan 1.2 pips, dan permintaan margin ditetapkan pada 60%. Dengan akaun ini, anda boleh berdagang 61 pasangan Forex juga logam lani dan CFD lani. Leveraj adalah tidak tetap, tetapi had atas adalah 1:1000, dimana ia amaun yang bahaya. Jika anda adalah pedagang pemula, kami menyarankan anda menetapkan leveraj lebih rendah. 

Akaun Mikro – Ini adalah akaun aras-permulaan, dengan hanya deposit minimum 5 USD/EUR/GBP. Spread lebih lebar, bermula dari 1.7 pips, dan permintaan margin ditetapkan pada 50%. Anda dihadkan untuk hanya berdagang 25 pasangan Forex (tiada eksotik) dan logam lani. Leveraj ditetapkan pada 1:400, dimana ia agak tinggi, jadi ambil perhatian tentangnya sebelum anda mula berdagang. Kelebihan utama akaun ini adalah deposit minimum kecil, namun jika anda mampu, kami menyarankan membuka Akaun biasa diatas.

Akaun ECN

Dua akaun di Alpari menggunakan pelaksanaan pasaran dan akaun biasa menyokong MT5 dan juga MT4, meskipun platform MT5 tidak menyokong akaun Islamik/bebas-swap. Seperti kesemua akaun, spread adalah lebih sempit.

Akaun ECN – akaun ini memerlukan deposit minimum 500 USD/EUR/GBP dan spread bermula dari 0.4 pips. Komisyen adalah 1.5USD/lot sebelah dan leveraj adalah tidak tetap dari 1:1000. Jika anda menggunakan akaun ini dengan platform MT4, anda boleh berdagang matawang kripto terhad. Akaun ini juga boleh didapati pada platform MT5, yang akan menghadkan bilangan asset yang anda boleh dagangkan (22 pasangan berbanding 56 pada MT4) namun akan memberikan anda akses kepada semua yang ditawarkan dalam MT5 (kalendar ekonomi, fungsi graf bina-dalam, alatan kedalaman pasaran terbina-dalam, lebih indikator dan isyarat, ujian latar lebih mendalam, dsb.)

Akaun Pro – Akaun ini dikhususkan kepada pedagang professional dan memerlukan baki minimum 25,000 USD/GBP/EUR pada satu-satu masa. Tiada komisyen dikenakan dan spread adalah serendah 0.4 pips. Leveraj adalah tidak tetap dengan had atas 1:300, dan tuntutan margin ditetapkan pada 120%. Satu-satunya kelemahan akaun ini adalah ia tidak disokong pada platform MT5.

Deposit dan pengeluaran

Alapri menyediakan deposit dan pengeluaran dalam talian dengan semua bank utama Malaysia termasuk Public Bank, Hong Leong, Maybank, CIMB dan RHB.

Semua kad kredit utama diterima (namun dengan yuran tetap 3USD setiap pengeluaran) dan kedua deposit dan pengeluaran adalah percuma dengan e-dompet berikut:

  • Neteller
  • Skrill
  • VLOAD
  • WebMoney
  • Perfectmoney
  • Bitcoin

Jika anda lebih suka membuat deposit melalui pindahan bank, ini mengambil masa 3-5 hari bekerja untuk lengkap. Pengeluaran melalui pindahan bank dikenakan yuran sebanyak 30 EUR.

Platform Perdagangan Alpari

Semua akaun menggunakan piawaian industri MetaTrader 4, dan akaun Biasa ECN juga menggunakan MetaTrader 5. Kelebihan menggunakan platform MetaTrader adalah dari fungsi berbilang-broker dan rentas-peranti, menjadikannya lebih mudah untuk bertukar broker atau menggunakan beberapa broker.

Apl Berdagang Mudah Alih

Kedua MT4 dan MT5 mempunyai apl mudah alih yang cemerlang dan boleh dimuat turun dengan percuma, juga terselaras penuh dengan platform atas meja.

Alatan Berdagang

Alpari CopyTrade membolehkan anda menyalin posisi perdagangan pedagang lain, digelar Alpari sebagai Pengurus Strategi. Ini berguna terutamanya untuk pedagang pemula yang ingin mula membuat keuntungan dari pasaran sambil sedang belajar, memandangkan anda tidak memerlukan pengetahuan lanjutan perdagangan Forex untuk bermula.

Pengurus Strategi biasanya berpengetahuan luas dalam pasaran, dengan strategi keputusan perdagangan yang telah dicuba-uji. Sebaik anda memutuskan siapa yang hendak diikuti, anda boleh melanggan dagangan mereka dan membayar peratusan keuntungan yang berjaya dibuat.

Alpari menurut kata mereka

“Alpari adalah salah satu jenama Forex terbesar, dan di Alpari International, kami berusaha keras memastikan pelanggan membuat keputusan perdagangan dan pelaburan terbaik. Perkhidmatan pelbagai kami membolehkan anda mendapatkan bimbingan, nasihat dan sumber terbaik dalam membina kekayaan masa depan. Apabila anda memilih Alpari International, anda berdagang dengan broker terbaik antarabangsa. Kami bekerja siang dan malam untuk membina dan mengekalkan persekitaran perdagangan Forex yang membantu semua orang memasuki pasaran – dari pemula pertama kepada pedagang yang telah menjadikan perdagangan sebagai karier.”

Kaedah Penilaian

Kami mementingkan ketelusan dan keterbukaan dalam cara kami menyemak rakan kongsi. Untuk membawa ketelusan ke mata umum, kami telah menerbitkan proses semakan kami yang mengandungi pecahan dari tawaran FXTM. Berpaksi pada proses ini adalah penilaian kebolehpercayaan broker, tawaran platform broker dan keadaan dagangan yang disediakan kepada pelanggan, yang diringkaskan dalam ulasan ini. Setiap darinya digred, dan skor keseluruhan dikira dan ditentukan ke broker tersebut.

Penyata Risiko Alpari

Berdagang Forex adalah berisiko, dan setiap broker diwajibkan untuk memperincikan saiz risiko berdagang Forex CFD kepada pelanggan. Alpari ingin anda tahu bahawa:

Kontrak atas Perbezaan (‘CFD’) adalah produk kewangan rumit dan tidak sesuai untuk semua pelabur. CFD adalah produk leveraj yang matang apabila anda memilih untuk menutup posisi terbuka terkini. Dengan melabur dalam CFD, anda menggalas paras risiko yang tinggi dan boleh mengakibatkan kerugian kepada semua modal laburan anda.

Pelanggan perlu pertimbangkan Instrumen Kewangan mana yang sesuai dengan mereka bergantung kepada status kewangan dan matlamat mereka sebelum membuka akaun dengan ALPARI INTERNATIONAL. Jika pelanggan tidak jelas dengan risiko yang terlibat dalam berdagang Instrumen Kewangan, mereka perlu rujuk kepada penasihat kewangan bebas.

Jika pelanggan masih belum faham akan risiko ini selepas merujuk kepada penasihat kewangan bebas, mereka perlu mengelakkan dari berdagang sama sekali. Membeli dan menjual Intrumen Kewangan datang dengan risiko tinggi kehilangan dan kerugian dan pelanggan perlu fahami bahawa nilai pelaburan boleh naik dan turun, pelanggan bertanggungjawab keatas kehilangan dan kerugian ini, yang mungkin boleh mengakibatkan lebih banyak dari modal awal sebaik mereka membuat keputusan untuk berdagang.

Gambaran Keseluruhan

Alpari adalah broker antarabangsa dengan sejarah kukuh dalam industri. Walaupun terdapat hanya sedikit bahan pendidikan dan analisa yang boleh didapati buat masa ini, keadaan berdagang dan pilihan akaun adalah yang terbaik. Ini dikukuhkan dengan khidmat pelanggan yang cemerlang dan responsif dan sokongan platform peneraju-industri MT4 dan MT5.

Kebanyakan akaun CFD runcit kerugian wang. Modal anda berisiko.

Penilaian Keseluruhan 3.62 / 5 4.38 / 5 4.19 / 5
Deposit minimum USD 5 USD 5 USD 100
Pengawal Selia Antarabangsa
FSC FSC
CySEC CySEC
FCA FCA
ASIC ASIC
IFSC IFSC
ASIC ASIC
FSCA FSCA
B.V.I FSC B.V.I FSC
FSA FSA
Jenis Broker Market Maker & ECN Market Maker Market Maker
Trading Instruments Commodities, Cryptocurrencies, Forex, Metals Commodities, Cryptocurrencies, Forex, Indicies, Metals, Equities, Energies Commodities, Cryptocurrencies, Forex, Indicies, Equities, ETFs
Pasangan Forex 61 57 50+
Padanan Crypto 4 2 18
Baca Ulasan Penuh Baca Ulasan Penuh
Penilaian Kepercayaan 3.5 / 5 5 / 5 4 / 5
Keadaan Dagangan 3.5 / 5 3.5 / 5 5 / 5
Platform Dagangan 4.5 / 5 4.5 / 5 4 / 5
Deposit & Pengeluaran 3 / 5 4.5 / 5 4.5 / 5
Pendidikan & Penyelidikan 3 / 5 5 / 5 3 / 5
Aset Tersedia 4 / 5 4.5 / 5 4.5 / 5
Khidmat Pelanggan 3.5 / 5 4 / 5 4 / 5
%Rugi dengan broker ini N/A 69% akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang kontrak atas perbezaan (CFD) dengan pembekal ini 71% akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang kontrak atas perbezaan (CFD) dengan pembekal ini
Leveraj 1000:1 888:1 400:1
Spread 0.4 pips 0.6 pips 0.7 pips
Lindung Nilai Yes Yes Yes
Scalping Yes Yes Yes
Jenis Akaun
  • Professional,Mini,Vip,Standard
  • Mini,Standard
  • Standard
Swap Free Yes Yes Yes
Platform Dagangan MetaTrader4, MetaTrader5 MetaTrader4, MetaTrader5, WebTrader MetaTrader4, WebTrader
Cara Memasukkan Dana Bank Transfer, Visa, Mastercard, Maestro, Skrill, Neteller, WebMoney, Bitcoin, VLOAD Bank Transfer, Sofort Banking, Visa, Mastercard, Maestro, Skrill, Neteller, Bitcoin, Unionpay POLi, Visa, Mastercard, Skrill, Neteller, Paypal, Bank Transfer
Komisyen Dagangan On ECN Accounts None
Buang semua broker

Alpari

Lawati Laman Web

XM

Lawati Laman Web

AvaTrade

Lawati Laman Web
Penilaian Keseluruhan 3.62 / 5 4.38 / 5 4.19 / 5
Deposit Min. USD 5 USD 5 USD 100
Pengawal Selia Antarabangsa
FSC FSC
CySEC CySEC
FCA FCA
ASIC ASIC
IFSC IFSC
ASIC ASIC
FSCA FSCA
B.V.I FSC B.V.I FSC
FSA FSA
Jenis Broker Market Maker & ECN Market Maker Market Maker
Baca Ulasan Penuh Baca Ulasan Penuh Baca Ulasan Penuh
Penilaian Kepercayaan 3.5 / 5 5 / 5 4 / 5
Keadaan Dagangan 3.5 / 5 3.5 / 5 5 / 5
Platform Dagangan 4.5 / 5 4.5 / 5 4 / 5
Deposit & Pengeluaran 3 / 5 4.5 / 5 4.5 / 5
Pendidikan & Penyelidikan 3 / 5 5 / 5 3 / 5
Aset Tersedia 4 / 5 4.5 / 5 4.5 / 5
Khidmat Pelanggan 3.5 / 5 4 / 5 4 / 5
Risk Disclaimer N/A 69% akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang kontrak atas perbezaan (CFD) dengan pembekal ini 71% akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang kontrak atas perbezaan (CFD) dengan pembekal ini
Leveraj 1000:1 888:1 400:1
Spread 0.4 pips 0.6 pips 0.7 pips
Lindung Nilai Dibenarkan Yes Yes Yes Yes Yes Yes
Scalping Allowed Yes Yes Yes Yes Yes Yes
Platforms MetaTrader4, MetaTrader5 MetaTrader4, MetaTrader5, WebTrader MetaTrader4, WebTrader
Pembiayaan Bank Transfer, Visa, Mastercard, Maestro, Skrill, Neteller, WebMoney, Bitcoin, VLOAD Bank Transfer, Sofort Banking, Visa, Mastercard, Maestro, Skrill, Neteller, Bitcoin, Unionpay POLi, Visa, Mastercard, Skrill, Neteller, Paypal, Bank Transfer

Ikuti Perkembangan

Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.

Berdagang Forex dan CFD tidak sesuai untuk semua pelabur dan berisiko tinggi untuk kerugian yang cepat disebabkan leveraj. 75-90% pelabur runcit kerugian wang berdagang dalam produk ini. Anda perlu mempertimbangkan jika anda fahami tentang CFD dan jika anda mampu menanggung risiko kehilangan wang anda.

Daftar

Kebanyakan akaun CFD runcit kerugian wang. Modal anda berisiko.

>