Ulasan Terhadap Broker AvaTrade

Author Oleh Jeffrey Cammack
Dikemaskini: 24 Oktober 2021
Penilaian Keseluruhan
4.48 4.48 / 5
Ditaraf #6 daripada 42 Broker Yang Disyorkan
Deposit Min.
USD 100
Pengawal Selia
Kaunter Dagangan
Kos Dagangan
USD 9
Bahasa Laman Web
Arabic., Thai., Melayu, Vietnam., Bahasa Inggeris, Hindi., Portugis, Bahasa Hungary, Bahasa Indonesia, Orang Jepun, Greek
Bahasa Sokongan
Bahasa Inggeris, Orang Jepun, Melayu, Portugis, Bahasa Poland, Arabic., Bahasa Cina, Greek
AlertMenerima pelanggan Malaysia. Spread purata EUR/USD 0.90 pip pada akaun dagangan dengan deposit minimum terendah. Leveraj Maksimum 400:1. Akaun Islamik tersedia. Disokong platform MT4 & MT5. AvaTrade Group dikawal selia oleh ASIC, FSCA, B.V.I FSC & FSA.

FxScouts melalui standard editorial yang ketat dalam proses penilaian kami. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pada pautan produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami.

Ringkasan

AvaTrade adalah broker CFD mesra-pemula yang menawarkan dagangan dalam Forex, mata wang kripto, komoditi, indeks, saham, bon, dan EFTs. AvaTrade mempunyai salah satu apl dagangan mudah alih terbaik dalam industri dan, tidak seperti kebanyakan broker Eropah, mereka mempunyai pasukan sokongan pelanggan orang Malaysia dan laman web berbahasa Melayu. 

Akaun tunggal AvaTrade memerlukan deposit minimum 100 USD dan menawarkan spread kompetetif untuk broker penggerak pasaran, ianya juga boleh ditukarkan kepada akaun Islamik – meskipun spread akan lebih lebar daripada akaun biasa.

AvaTrade digunakan lebih daripada 200,000 pedagang aktif pada platform MT4, MT5, dan AvaGo dan menyediakan akses percuma kepada alatan dagangan seperti Autochartist, Duplitrade dan AvaProtect, sistem pengurusan risiko inovatif ciptaannya.

Ulasan

Pengawal Selia Antarabangsa
111104/ 5
Keadaan Dagangan
111115/ 5
Platform Dagangan
11110.54.5/ 5
Deposit & Pengeluaran
11110.54.5/ 5
Pendidikan & Penyelidikan
111115/ 5
Aset Tersedia
11110.54.5/ 5
Khidmat Pelanggan
111104/ 5
Mesra Pengguna-Baru
Cemerlang
Bonus
20% Welome Bonus on Deposits over $200.

Maklumat Akaun

Matawang asas
USD, GBP, EUR, AUD, ZAR, CHF
Bilangan padanan
55
Salin Dagangan
Lindung Nilai Dibenarkan
Scalping
Akaun Islamik

Keadaan Dagangan

Spread Min.
0.90 pips
Komisyen
Yuran terkandung dalam Spread
EUR/USD
0.90 pips
GBP/USD
1.60 pips
USD/JPY
1.10 pips
Leveraj
400:1

Butiran syarikat

Nama Syarikat
AVA Trade Ltd
Ditubuhkan
2006
Lokasi Pejabat
Australia, Ireland, Afrika Selatan, Jepun, Pulau British Virgin, UAE

Pro

  • Bagus untuk pemula
  • Dikawal selia baik
  • Deposit minima rendah

Kontra

  • Meja urus niaga
  • Analisa pasaran yang terhad

Adakah AvaTrade Selamat?

Dengan lebih daripada 200,000 pelanggan berdaftar serata dunia, dan lebih daripada 2 juta dagangan dijalankan setiap bulan, AvaTrade adalah broker terkemuka dalam industri Forex.

AvaTrade buat masa ini tidak dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, namun anak syarikatnya di serata dunia memegang lesen dari badan penguatkuasa berbeza-beza.

  • Di Malaysia, Ava Trade Ltd dikawal selia oleh FSC Kepulauan Virgin British (BVI). Sementara BVI FSC bukan dikalangan pengawal selia paling diiktiraf, ia membolehkan AvaTrade menawarkan leveraj dan bonus lebih tinggi.
  • AVA Trade EU Ltd, mematuhi MiFID dan dikawal selia oleh Central Bank of Ireland (No Rujukan.: C53877)
  • Ava Capital Markets Pty Ltd dilesenkan di Australia oleh ASIC (lesen: 406684).
  • Anak-anak syarikat AvaTrade juga dikawal selia oleh FSA Jepun, FSCA Afrika Selatan dan FRSA Abu Dhabi

AvaTrade kerap memenangi anugerah untuk perkhidmatan dan produknya, beberapa anugerah terkini AvaTrade termasuk:

  • Broker Forex Terbaik 2019 (Daytrading)
  • Broker CFD Paling Inovatif 2019 (Majalah International Business)
  • Pengalaman Dagangan Terbaik 2018 (Fxdailyinfo)
  • Broker Forex Terbaik 2018 (FXEmpire)

Reputasi AvaTrade diserlahkan lagi dari sejarah alatan pengurusan risiko inovatif untuk pedagangnya ; pada Januari 2020 mereka melancarkan AvaProtect, alat dagangan baru ini membolehkan pelanggan membeli perlindungan atas kerugian dagangan untuk tempoh tertentu – jika anda menutup dagangan dalam tempoh yang ditetapkan ini sebarang kerugian akan dikembalikan sepenuhnya.

Pada masa ciri AvaProtect sedang aktif, sudah tentu anda masih boleh meraih keuntungan dari posisi anda. Kos penggunaan AvaProtect berbeza-beza bergantung kepada pasaran dan saiz sesuatu dagangan; AvaProtect juga tersedia pada Apl AvaTradeGO.

Keadaan Dagangan

AvaTrade menyediakan pilihan meluas instrumen dagangan, termasuk Forex, komoditi, saham, indeks, mata wang kripto, bon, dan ETF. Dengan harga kompetetif dan leveraj sehingga 1:400 pada pasangan Forex, AvaTrade adalah pilihan menarik untuk kedua pedagang baru dan berpengalaman.

Jenis Akaun

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Display Name
Deposit Min.
Leverage
Spread Min.
Komisyen
Islamic
USD 100
400:1
1.20
Tiada
Perincian Akaun
Profesional
USD 100
400:1
0.90
Tiada
Perincian Akaun
Retail
USD 100
400:1
0.90
Tiada
Perincian Akaun

Akaun Demo – Akaun demo AvaTrade adalah alat berguna untuk anda berlatih berdagang, menguji Expert Advisor, atau membiasakan diri dalam perdagangan Forex. Dengan dana maya 100,000 USD, akaun demo sepenuhnya menyerupai akaun nyata AvaTrade dan hanya akan luput selepas 21 hari.

Akaun Biasa – Akaun dagangan biasa AvaTrade mempunyai deposit minimum 100 USD dan menawarkan spread kompetetif, bermula dari 0.9 pips pada EUR/USD. Pemegang akaun biasa menikmati kelebihan bersifat progresif berdasarkan amaun yang mereka masukkan. Bermula 1,000 USD dan keatas, anda mendapat bonus 20% pada deposit dan sesi dagangan 1-dengan-1 bersama pengurus akaun peribadi. Pelanggan yang mendeposit 2,000 USD atau lebih akan mendapat akses percuma ke DupliTrade, sebuah platform salin dagangan berkuasa.

Akaun VIP – Akaun VIP memerlukan deposit minimum 50,000 USD. Dengan akaun ini, anda akan menikmati beberapa kelebihan, termasuk pengurus akaun peribadi, pengeluaran lebih cepat, keadaan dagangan lebih baik, dan bonus 10,000 USD (maksimum yang dibenarkan oleh AvaTrade). Pelanggan VIP juga mempunyai akses ke DupliTrade. Ambil perhatian bahawa anda boleh meraih status VIP dengan mengembangkan akaun anda sehingga 50,000 USD melalui dagangan menguntungkan.

Akaun Islamik

AvaTrade menawarkan akaun Islamik kepada pedagang beragama Islam. Akaun Islamik akan dikenakan spread lebih tinggi pada semua pasangan Forex.  Untuk membuat akaun Islamik, pedagang perlu:

  1. Mendaftar akaun nyata.
  2. Melengkapkan proses KYC yang termasuk menghantar Salinan passport atau kad pengenalan dan juga dokumen bukti alamat tempat tinggal terkini.  
  3. Membuat deposit untuk mendanakan akaun.
  4. Hubungi pengurus akaun anda untuk meminta akaun ditukarkan kepada akaun Islamik.  Proses ini akan mengambil 1-2 hari bekerja.

Spread dan Komisyen

AvaTrade Spreads

Di AvaTrade anda boleh jangkakan spread serendah 0.9 pip (cth. pada EUR/USD dan USD/JPY), dan tiada komisyen pada dagangan. Pusing ganti (faedah) mungkin dikenakan (atau diraih) pada posisi tertentu yang dipegang semalaman.

Deposit dan Pengeluaran

Anda boleh mendanakan akaun dagangan AvaTrade anda dengan:

  • Skrill: 100 – 5,000 USD
  • WebMoney: 100 – 5,000 USD
  • Neteller: 100 – 5,000 USD
  • Pindahan Kawat: minimum 100 USD
  • Kad kredit atau debit: 100 – 20,000 USD

Berapa Lama Deposit Diproses?

  • E-payment diproses dalam 24 jam.
  • Pindahan bank boleh mengambil sehingga 7 hari bekerja untuk diproses.
  • Deposit pertama dengan kad kredit atau debit boleh mengambil sehingga 1 hari bekerja untuk masuk ke akaun dagangan disebabkan proses pengesahan keselamatan.

Cara Mengeluarkan Dana Dari AvaTrade

Disebabkan peraturan anti wang haram, pengeluaran hanya boleh dihantar melalui cara bayaran yang anda gunakan untuk mendanakan akaun anda, kecuali apabila keuntungan yang dibuat dari dagangan dan 200% amaun deposit awal telahpun dikeluarkan melalui cara bayaran asal.

Pengeluaran biasanya diproses dan dihantar dalam 1 ke 2 hari bekerja. Sebaik pengeluaran diproses, masa tambahan mungkin diperlukan sebelum anda menerimanya. Berikut adalah masa-masa berbeza mengikut cara bayarannya:

  • Untuk kad kredit dan debit – sehingga 5 hari bekerja.
  • Untuk e-money – sehingga 24 jam.
  • Untuk pindahan kawat – sehingga 10 hari bekerja (bergantung kepada lokasi bank).

Caj Deposit dan Pengeluaran AvaTrade

AvaTrade tidak mengenakan caj kepada pelanggan untuk deposit dan pengeluaran. Kos yang terlibat hanyalah dari kad bank, e-dompet, atau caj pindahan bank.

AvaTrade untuk Pemula

Seperti yang anda boleh jangkakan daripada broker besar, AvaTrade menyediakan wadah kompehensif dalam bahan pendidikannya buat pedagang baru bermula, serta alatan dan analisis berguna untuk membantu pedagang mencari peluang terbaik.

Di Malaysia, sokongan pelanggan adalah dari Isnin ke Jumaat 08:00-23:00 dalam Bahasa Inggeris, Melayu dan Cina. Untuk perkara mustahak, pedagang Malaysia boleh menghubungi pasukan sokongan antarabangsa AvaTrade yang beroperasi 24/5 melalui chat live.

Platform Dagangan

Metatrader 4 – Platform dagangan MT4 adalah salah satu platform dagangan Forex paling meluas penggunaannya dan boleh digunakan untuk berdagang instrumen seperti komoditi, mata wang kripto, indeks saham, dan saham CFD. Satu daripada ciri yang menjadikan MT4 popular adalah ciri auto dagangan yang membolehkan dagangan algoritma dan ujian latar strategi dengan espert advisor (robot dagangan).

Metatrader 5 – Perbezaan utama diantara MT4 dan MT5 adalah MT4 adalah platform hanya untuk Forex, sementara MT5 adalah penyelesaian dagangan berbilang aset. Dengan MT5, anda boleh berdagang bukan sahaja Forex namun juga saham, indeks saham dan logam berharga. MT5 juga mempunyai suapan berita terbina dalam, petunjuk kedalaman pasaran, kalendar ekonomi, dan dagangan boleh dibuat pada carta. Ambil perhatian bahawa MT5 hanya disokong oleh AvaTrade dalam sesetengah negara dan mungkin tidak tersedia di tempat anda.

AvaOptions – Dengan AvaTrade, anda juga boleh berdagang opsyen vanila. Dagangan opsyen menarik dan memberikan pedagang dengan peluang menikmati lebih dari persekitaran  2 dimensi dalam dagangan Forex. Anda boleh berdagang opsyen vanila dalam lebih daripada 40 pasangan mata wang, emas, dan perak. Dengan akaun demo AvaOptions, pasukan sokongan AvaTrade tersedia untuk membantu anda sepanjang pembelajaran anda tentangnya.

Alatan Dagangan

AvaTrade Duplitrade

Avatrade menawarkan beberapa alatan dagangan, termasuk Autochartist, Duplitrade dan Zulutrade.

Autochartist adalah alat analisis teknikal pemenang anugerah yang boleh digunakan dengan MT4 dan mengenal pasti peluang perdagangan merentasi ratusan instrumen kewangan. Autochartist percuma kepada pelanggan AvaTrade yang membuat deposit 500 USD.

Enjin pengenal pasti canggih Autochartist mengenal pasti peluang dagangan berkemungkinan dan meramal pergerakan harga masa depan. Beberapa ciri-ciri utama Autochartist adalah:

  • Mengenal pasti pola carta
  • Mengenal pasti pola Fibonacci
  • Analisis tahap utama
  • Petunjuk kualiti pola

Juga boleh didapati di AvaTrade adalah DupliTrade dan ZuluTrade, keduanya Platform Salin Dagangan Automatik

Dengan deposit minimum 2,000 USD di Avatrade, pedagang mendapat akses ke DupliTrade, sebuah platform salin dagangan terpaut dengan platform dagangan MT4. DupliTrade membolehkan anda menyalin terus tindakan pedagang pakar (dengan rekod terbukti) secara automatik ke akaun dagangan AvaTrade anda.

Akaun dagangan MT4 juga boleh dipautkan dengan akaun ZuluTrade, juga digunakan untuk menyalin dagangan.

*Akaun MT4 MAM AvaTrade juga boleh digunakan untuk menyalin dagangan dari akaun dagangan master ke akaun ‘menyalin’ tanpa had bilangan.

Apl Dagangan Mudah Alih

Untuk pedagang yang selalu bergerak, AvaTradeGO adalah pilihan baik platform dagangan mudah alih. Ia tersedia untuk peranti Android dan iOS dan mempunyai skrin utama yang mesra pengguna, canggih dan intuitif. Dengan AvaTradeGO, anda boleh membuka dan menguruskan beberapa akaun MT4 pada panel kawalan yang sama.

Kaedah Penilaian

Kami mementingkan ketelusan dan keterbukaan dalam cari kami menilai rakan sekutu. Untuk membawa ketelusan ke muka hadapan, kami telah menerbitkan proses penilaian kami yang merangkumi pecahan terperinci tawaran daripada AvaTrade. Berpusat kepada proses ini adalah penilaian terhadap kebolehpercayaan broker, tawaran platform broker dan keadaan dagangan yang disediakan oleh broker, yang diringkaskan dalam ulasan ini. Setiap daripadanya digred, dan skor keseluruhan dikira dan ditentukan kepada broker

Penyata Risiko AvaTrade

Berdagang Forex adalah berisiko, dan setiap broker diwajibkan untuk memperincikan tahap risiko dagangan CFD Forex kepada pelanggannya. AvaTrade ingin anda tahu bahawa: CFD adalah instrumen kompleks dan dating dengan risiko tinggi kerugian wang dengan cepat disebabkan leveraj. 72% akaun pedagang runcit kerugian wang berdagang CFD dengan pembekal ini. Anda patut mempertimbangkan sama ada anda faham tentang CFD dan sama ada anda sanggup mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda.

Gambaran Keseluruhan

AvaTrade adalah salah satu broker penggerak pasaran terbaik, terbesar dan bereputasi tinggi di dunia. Pendidikan yang utuh, khidmat pelanggan setia dan spread sempit secara relatifnya menjadikannya tempat yang baik untuk pemula untuk melancarkan karier dagangan mereka, sementara pedagang berpengalaman akan menikmati berbagai alatan dagangan dan pilihan aset meluas.

AlertMenerima pelanggan Malaysia. Spread purata EUR/USD 0.90 pip pada akaun dagangan dengan deposit minimum terendah. Leveraj Maksimum 400:1. Akaun Islamik tersedia. Disokong platform MT4 & MT5. AvaTrade Group dikawal selia oleh ASIC, FSCA, B.V.I FSC & FSA.
Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Penilaian Keseluruhan
Deposit Min.
Pengawal Selia Antarabangsa
Jenis Broker
Alat Perdagangan
Pasangan Forex
Padanan Crypto
Pro
Kontra
Pengawal Selia Antarabangsa
Keadaan Dagangan
Platform Dagangan
Deposit & Pengeluaran
Pendidikan & Penyelidikan
Aset Tersedia
Khidmat Pelanggan
%Rugi dengan broker ini
Leveraj
Spread
Lindung Nilai
Scalping
Jenis Akaun
Akaun Islamik
Platform Dagangan
Cara Memasukkan Dana
Komisyen Dagangan
11110.54.48/ 5
USD 100
Broker Dikawal Selia ASIC Terbaik
Financial Services Conduct Authority
British Virgin Islands Financial Services Commission
Financial Services Agency
Cyprus Securities and Exchange Commission
Central Bank of Ireland
Penggerak Pasaran
Komoditi
Mata wang Kripto
Forex
Indices
Stock CFDs
ETF
55
18
  • Bagus untuk pemula
  • Dikawal selia baik
  • Deposit minima rendah
  • Meja urus niaga
  • Analisa pasaran yang terhad
111104/ 5
111115/ 5
11110.54.5/ 5
11110.54.5/ 5
111115/ 5
11110.54.5/ 5
111104/ 5
71% akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang kontrak atas perbezaan (CFD) dengan pembekal ini
400:1
0.90 pips
Islamic
Profesional
Retail
Avatrade Social
AvaOptions
POLi
Visa
Mastercard
Skrill
Neteller
Paypal
Pindahan Bank
Yuran terkandung dalam Spread
11110.54.61/ 5
USD 5
Financial Conduct Authority
Broker Dikawal Selia ASIC Terbaik
Cyprus Securities and Exchange Commission
Dubai Financial Services Authority
ECN/DMA
Komoditi
Mata wang Kripto
Forex
Indices
Logam
60
5
  • Dikawal selia baik
  • Spread sempit
  • Pilihan platform yang baik
  • Kepelbagaian luas untuk aset
  • Analisa pasaran yang terhad
11110.54.5/ 5
111115/ 5
111115/ 5
111104/ 5
11110.54.5/ 5
11110.54.5/ 5
11110.54.5/ 5
79.3% akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang kontrak atas perbezaan (CFD) dengan pembekal ini
200:1
0.01 pips
Razor
Standard
Swap-free
Neteller
Skrill
BPay
POLi
Pindahan Bank
Visa
Mastercard
Paypal
From 7 USD / lot - Razor Account
11110.54.23/ 5
USD 1
Cyprus Securities and Exchange Commission
Broker Dikawal Selia ASIC Terbaik
Financial Services Conduct Authority
International Financial Services Commission
STP
ECN/DMA
Indices
Mata wang Kripto
Forex
Logam
Stock CFDs
37
0
  • Spread sempit
  • Deposit minima rendah
  • Pendidikan cemerlang
  • Analisis pasaran cemerlang
  • Limited range of assets
  • Leveraj yang ekstrem
111104/ 5
11110.54.5/ 5
11110.54.5/ 5
111003/ 5
11110.54.5/ 5
11110.54.5/ 5
11110.54.5/ 5
76% akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang kontrak atas perbezaan (CFD) dengan pembekal ini
3000:1
0 pips
Cent
ECN
Micro
Standard
Ultra
Zero Spread
Visa
Neteller
Unionpay
Skrill
Mastercard
PerfectMoney
Bitcoin
SticPay
6 USD / lot - ECN Account
Lawat

Kongsi pengetahuan anda

Ikuti Perkembangan

Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.

Broker Tersenarai

Tutup
>