
Adakah BDSwiss Selamat?
BDSwiss telah dikawal selia oleh CySEC (license 199/13) sejak 2013, dan pengauditan kerap memastikan BDSwiss mematuhi undang-undang perlindungan dana pelanggan dan perlindungan terhadap pelaburan haram.
BDSwiss juga dikawal selia oleh beberapa penguatkuasa kebangsaan lain, termasuk:
- BDSwiss LLC dilesenkan dan didaftarkan dengan USA National Futures Association NFA (ID: 0486419)
- BDS Markets dilesenkan dan dikawal selia sebagai Peniaga Pelaburan oleh Mauritius FSC pada 06/12/2016 (No Lesen. C116016172)
- BDSwiss GmbH (Nombor Pendaftaran. HRB 160749B) Agen Berdaftar dibawah BaFin- untuk BDSwiss Holding Ltd di Jerman.
- BDS Ltd dilesenkan dan dikawal selia oleh Penguatkuasa Perkhidmatan Kewangan (FSA) Seychelles dibawah nombor lesen SD047.
BDSwiss menawarkan perlindungan baki negatif kepada semua pelanggannya. Jika dagangan pelanggan jatuh ke baki negatif, BDSwiss akan membuat pelarasan untuk amaun penuh negatif ini supaya pelanggan tidak menanggung sebarang kerugian.
Dari segi pengiktirafan industri, BDSwiss’ penambahbaikan baru dalam keadaan dagangan telah mendatangkan hasil lumayan, apabila memenangi anugerah Keadaan Dagangan Terbaik 2019 dan Keadaan Dagangan Terbaik 2020 daripada World Finance dan Pembekal FX & CFD Terbaik 2020 di Anugerah Pelabur Antarabangsa. Anugerah-anugerah sampingan lainnya adalah Pelaksanaan Dagangan Terbaik 2019 (Anugerah Global Forex) dan Apl Dagangan Terbaik 2019 (Anugerah Mobile Star).
Laman lain kami, FXScouts, juga menganugerahkan BDSwiss untuk Pembekal Penyelidikan Pasaran Terbaik 2020, mengungkapkan BDSwiss’ “perincian luar biasa dan analisis pasaran yang mendalam untuk semua peringkat pedagang.”
Keadaan Dagangan
BDSwiss menawarkan pelanggan kecairan langsung, menghalakan semua pelanggan secara terus ke bank-bank dunia dan bursa supaya mereka boleh menikmati harga pasaran langsung dan keadaan dagangan yang sebaik mungkin.
Kumpulan BDSwiss telah mengambil beberapa inisiatif dengan matlamat menambah baik keadaan dagangan buat pelanggannya: Ia melancarkan Akaun Raw BDSwiss, yang memberikan pedagang akses kepada kecairan lebih dalam dan spread lebih rendah untuk menurunkan kos dagangan, sokongan tambahan kepada MetaTrader 5, memperhalusi papan pemuka pelanggan, dan menambah lebih pelayan untuk menampung pangkalan pelanggannya yang berkembang.

BDSwiss menerbitkan semua data pelaksanaannya, menunjukkan 97.5% dagangan dilaksanakan kurang daripada 0.2 saat (dengan kelajuan purata 0.01 saat) tanpa sebutan harga semula apabila pesanan ditolak.
Jenis Akaun
Tatal untuk lebih perincian
BDSwiss menawarkan Akaun Demo, Classic, VIP dan Raw. Akaun Islamik tersedia pada versi Classic dan VIP, namun tidak pada Raw. Semua akaun menawarkan lindung nilai, bahan pendidikan asas dan leveraj sehingga 1:500.
Akaun Demo: Akaun demo adalah tapak olok-olok dengan USD 10,000 pasaran live untuk berlatih dagangan dan analisis anda. Akaun demo tidak akan luput, membolehkan pedagang membuat penilaian lengkap terhadap BDSwiss dan platform dagangannya.

Akaun Classic: Deposit minimum untuk Akaun Classic adalah 100 USD. Leveraj sehingga 1:500 tersedia dan spread purata pada EUR/USD ialah 1.5 pip.
Akaun VIP: Deposit minimum untuk Akaun VIP ialah 3,000 USD dengan spread purata EUR/USD pada 1.1 pips. Disamping spread yang sempit, Akaun VIP dating dengan akses kepada beberapa alatan dagangan dan Pendidikan termasuk AutoChartist, pengurus peribadi akaun, dan amaran dagangan masa-nyata.
Akaun Raw: Akaun RAW adalah akaun profesional yang menawarkan spread mentah sebagai pertukaran untuk komisyen. Spread serendah 0 pada pasangan utama dalam masa tertentu, walaupun biasanya sedikit tinggi secara purata. Disebabkan pencirian akaun ini, Pilihan (bebas-swap) Islamik tidak tersedia.

Spread dan Komisyen
Spread di BDSwiss diterbitkan dari kecairan rakan sekutu broker, jadi adalah tidak tetap dan umumnya rendah. Spread EUR/USD berpurata 1.5 pip pada Akaun Classic, 1.1 pip pada Akaun VIP dan 0.3 pip pada Akaun Raw. Akaun Raw mempunyai komisyen pusingan 5 USD untuk setiap lot yang didagangkan.
Yuran Deposit & Pengeluaran
BDSwiss tidak mengenakan caj keatas deposit menggunakan akaun dagangan live. Caj pengeluaran BDSwiss adalah seperti berikut:
- Yuran tetap 10 EUR (atau bersamaannya) untuk pindahan kawat bank dibawah 100 EUR (atau bersamaannya)
- Untuk bayaran antarabangsa, amaun pengeluaran minimum adalah 50 EUR (atau bersamaannya) selepas menolak yuran. Untuk amaun yang berbaki kurang daripada 50 EUR, pengeluaran alternatif boleh digunakan.
- Untuk pindahan bank Kawasan Pembayaran Euro Tunggal (SEPA) deposit minimum adalah 5 EUR (atau bersamaannya) selepas menolak yuran.
- Untuk semua pengeluaran lain berjumlah 20 EUR atau kurang, BDSwiss berhak mengenakan caj tetap yuran pengeluaran 10 EUR (atau bersamaannya).
BDSwiss untuk Pemula
BDSwiss menawarkan bahan pendidikan yang hebat untuk pedagang pemula dan mereka dengan tahap pengalaman pertengahan, ini termasuk kursus latihan berstruktur, webinar harian, dan seminar langsung yang kerap diadakan di pejabat tempatannya di Kuala Lumpur.
Analisis pasaran juga cemerlang dan terperinci dengan berita pasaran dan analisis harian bermakna ditawarkan oleh pasukan BDSwiss.
Bahan Pendidikan
BDSwiss menawarkan Akademi Latihan komprehensif untuk mereka yang mencari kursus berstruktur; Akademi Latihan dipecahkan kepada bahagian pemula, pertengahan dan lanjutan, pun begitu, bahagian lanjutannya lebih sesuai kepada mereka dengan pengetahuan pertengahan. Berkemungkinan, bahan pendidikan yang lebih baik dan mendalam dari BDSwiss datang dalam bentuk webinar strategi mingguan dan seminar live kerap yang diadakan di pejabat tempatan BDSwiss’ di Malaysia.
Webinar juga adalah percuma untuk bukan-pelanggan, dan hanya memerlukan pendaftaran untuk turut serta. Sebaik selesai, webinar ditambah ke perpustakaan video dan digabungkan dengan video pendidikan lain tentang aspek dagangan dan analisis pasaran.

Bahan analisis
Penyelidikan dan analisis di BDSwiss adalah sangat terperinci dan berstruktur. Ulasan kewangan dibahagikan kepada lima bahagian: Pratonton Pasaran, Analisis Teknikal, Video Harian, Ramalan Mingguan, Laporan Khusus. Webinar juga dijalankan pada hamper setiap hari dalam berbagai bahasa.
Semua bahan analitikal, termasuk webinar dan laporan ramalan, boleh didapati percuma dan hamper semua kandungan video dimuat naik ke YouTube. Kualiti analisis sangat baik dan bernilai untuk kedua pedagang teknikal dan fundamental.
Menonton video-video ini akan memberikan pedagang dengan tinjaun cara mendekati penyelidikan pemasaran serta psikologi pedagang. Khususnya kami menyarankan Pratonton Pasaran Harian, yang dibuat oleh Ketua Penyelidikan Pelaburan BDSwiss, Marshall Gittler.
Khidmat pelanggan
Khidmat pelanggan 24/5 tersedia melalui telefon, e-mel, chat live, dan perkhidmatan pesanan. Nombor telefon tempatan tersedia merentasi Eropah.
Untuk pelanggan di Malaysia, BDSwiss menawarkan perkhidmatan telefon semula, meskipun sokongan pelanggan tidak boleh didapati dalam Bahasa Melayu.
Platform Dagangan BDSwiss
BDSwiss menyokong kedua MT4 dan MT5 serta platformnya sendiri BDSwiss Webtrader, yang mereka telah membuat pengubahsuaian terbaru bertujuan untuk menambah baik pengalaman berdagang.
MT4
MT4 adalah platform standard industri, antara sebabnya kerana dokumen pendidikan dan panduan pengguna banyak boleh didapati orang awam. Ia sedikit telah berubah sejak dari pengenalannya pada 2005 dan terus menawarkan suapan berita langsung pada platform, alatan dagangan pra-program, pencartaan dan analisis, penyata akaun harian dan data ekuiti akaun termasuk untung dan rugi terapung.
WebTrader BDSwiss
WebTrader BDSwiss tidak perlu dimuat turun dan sepenuhnya terselarah penuh dengan versi boleh muat turun MT4, membolehkan pengawasan harga live melalui pemerhati pasaran berteknologi tinggi. Diterjemahkan ke lebih 24 bahasa, WebTrader BDSwiss direka bentuk untuk memenuhi keperluan pedagang di seluruh dunia.

Direka bentuk untuk memberikan kawalan maksimum, WebTrader BDSwiss membolehkan anda mengakses akaun anda dengan cepat dan efisyen pada mana-mana peranti. WebTrader BDSwiss adalah platform mesra pengguna yang membekalkan tatasusuna alatan termasuk indicator khusus, dagangan automatik melalui ciri pesanan tergantung, dan tetingkap pesanan intuitif yang mengira saiz posisi, leveraj dan margin yang diperlukan secara automatik.
MT5
MT5 adalah platform MetaTrader yang paling terkini dan tercanggih dan menawarkan kesemua ciri dari MT4, disamping alatan dagangan dan indikator yang lebih maju, membolehkan pedagang mendapat lebih kawalan daripada dagangan mereka dan membuat keputusan yang lebih termaklum menggunakan analisis termaju.
MT5 membolehkan pelanggan BDSwiss untuk berdagang bilangan tambahan instrumen CFD daripada berbagai kelas asset termasuk pasangan mata wang, saham, komoditi, indeks, dan mata wang Kripto, semua dalam satu platform dengan tetapan berbeza, tiada had strategi, kegelinciran minimum, dan pelaksanaan pesanan ultra pantas.
Apl Dagangan Mudah Alih BDSwiss
Aplikasi mudah alih pemenang anugerah daripada BDSwiss adalah kemajuan besar pada standard aplikasi mudah alih MT4. Mencirikan antara muka dagangan mesra pengguna dan intuitif, ia direka bentuk supaya serasi dan terselaras dengan aplikasi meja MT4.

Apl mudah alih menawarkan kefungsian penuh dagangan, penyelidikan, dan pengurusan akaun. Pedagang boleh buka/tutup/sunting posisi, tambah henti kepada posisi terbuka dan membuang pesanan yang sedang berjalan. Penyelidikan dan analisis boleh didapati pada carta masa nyata, dan amaran automatic digunakan untuk mengenalpasti peluang perdagangan.
Kaedah Penilaian
Kami mementingkan ketelusan dan keterbukaan dalam cara kami menilai rakan sekutu. Untuk menonjolkan ketelusan, kami telah menerbitkan proses penilaian kami yang merangkumi pecahan terperinci tawaran BDSwiss. Berpusat kepada proses tersebut adalah penilaian terhadap kebolehpercayaan broker, tawaran platform broker dan keadaan dagangan yang ditawarkan kepada pelanggan. Setiap satu daripadanya digredkan, dan skor keseluruhan dikira dan ditentukan kepada broker.
Penyata Risiko
Berdagang Forex adalah berisiko, dan setiap broker perlu untuk memperincikan risiko berdagang Fprex CFD kepada pelanggan. BDSwiss ingin anda tahu bahawa: Berdagang dalam Forex/CFD dan Derivatif Lain adalah sangat spekulatif dan mengandungi tahap risiko yang tinggi. Terdapat kemungkinan untuk kerugian semua modal anda. Produk ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang dan anda perlu memastikan bahawa anda memahami risiko yang terlibat. Dapatkan nasihat bebas jika perlu. Hanya buat spekulasi dengan dana yang anda mampu untuk kerugian.
Gambaran Keseluruhan
BDSwiss adalah broker terkawal selia dengan julat jenis akaun untuk pedagang di semua tahap pengalaman. Sokongan untuk kedua MT4 dan MT5 digabungkan dalam aplikasi mudah alih proprietor pemenang anugerah dan pendidikan serta analisisnya hebat. BDSwiss mampu memuaskan hati semua pedagang yang mencari broker yang bagus dan bertanggungjawab.