Broker Forex ditaraf-tinggi kami
Mula berdagang disini
Akaun terbaik untuk pedagang Muslim
Belajar berdagang tanpa risiko
Dagangan Live tanpa deposit
Dagang dengan Akses Terus Pasaran
Spread kasar & komisyen rendah
Tambah kuasa membeli anda
Spread tetap & pelaksanaan segera
🏦 Deposit Min. | USD 200 |
🛡️ Ditauliahkan Oleh | CySEC, FCA, ASIC, FSA-Seychelles |
💵 Kos Dagangan | USD 10 |
⚖️ Leverage | 400:1 |
💹 Salin Dagangan | Ya |
🖥️ Plaform | etoro |
💱 Aset | Komoditi, Mata wang Kripto, Stock CFDs, ETF, Forex, Indices |
75-90% pedagang runcit kerugian wang berdagang Forex dan CFD. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD dan dagangan berleveraj berfungsi dan jika anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pautan ke produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan kami .
Ditubuhkan pada 2007, eToro dalah broker terkawal selia baik dan boleh dipercayai serta kekal sebagai broker dagangan sosial paling popular di Malaysia. Platform dagangan yang ringkas dan direka bentuk baik eToro, meletakkan salin dagangan dan rangkaian sosial pada teras pengalaman dagangannya. Walau begitu, ciri-ciri ini biasanya popular dikalangan pemula yang belum mempunyai strategi dagangan yang lanjut.
Pelanggan eToro hanya boleh menggunakan platform dagangan eToro, jadi mereka tidak mempunyai akses kepada alatan yang biasa tersedia pada platform pihak ketiga seperti MT4 dan MT5. Kami juga kecewa dengan caj tinggi eToro. Ini termasuk caj pertukaran mata wang untuk deposit dan pengeluaran dalam mata wang selain USD dan caj 5 USD untuk setiap pengeluaran. Kami juga mendapati khidmat pelanggan eToro umumnya tidak responsif dan kami kecewa dengan kurangnya sokongan pendidikan.
Keseluruhannya, eToro mempunyai banyak ciri-ciri positif untuk pemula dan sesiapa yang menyukai dagangan sosial, namun pedagang lebih berpengalaman mungkin mendapati kekurangan pada eToro dan caj tidak berdagang yang tinggi, sukar untuk tidak diendahkan.
🏦 Deposit Min. | USD 200 |
🛡️ Ditauliahkan Oleh | CySEC, FCA, ASIC, FSA-Seychelles |
💵 Kos Dagangan | USD 10 |
⚖️ Leverage | 400:1 |
💹 Salin Dagangan | Ya |
🖥️ Plaform | etoro |
💱 Aset | Komoditi, Mata wang Kripto, Stock CFDs, ETF, Forex, Indices |
Ya, eToro adalah broker yang selamat untuk orang Malaysia berdagang. Walaupun eToro dikawal selia oleh badan berkuasa unggul dunia, termasuk FCA dari UK, ASIC dari Australia, dan CySEC dari Cyprus, pedagang Malaysia akan dimasukkan melalui entiti syarikat di Seychelles, yang menyediakan kurang pemantaun undang-undang.
Kawal Seliaan FSAS: Pedagang Malaysia eToro akan berdagang dibawah anak syarikatnya, eToro (Seychelles) Ltd., disahkan dan dikawal selia oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Seychelles (FSAS).
Ciri-Ciri Keselamatan: Pemantauan kawal seliaan FSAS tidak seketat pengawal selia dari EU atau Australia. Namun, ia memperuntukkan semua broker dagangan yang beroperasi dalam atau luar Seychelles untuk menyimpan dana pelanggan dalam akaun berasingan dan menghantar laporan kewangan dan operasi mereka secara berkala. Broker juga perlu diaudit setiap tahun oleh syarikat pengauditan pihak ketiga yang dipercayai. Disamping itu, eToro menyediakan pedagang Malaysia dengan perlindungan baki negatif.
eToro juga telah membeli insurans daripada Lloyd London, yang melindungi sehingga 1 juta EUR, GBP, atau AUD.
Perihal Syarikat:
Kami mengesahkan setiap lesen dan kawal seliaan pengawal selia pada daftar dalam talian pengawal selia. Lihat dibawah untuk perincian entiti eToro yang dikawal selia FSAS:
Dengan lebih 2000 saham CDF, 96 mata wang kripto, dan 31 komoditi, eToro mempunyai julat instrumen kewangan yang baik berbanding dengan broker serupa lain.
Lihat dibawah untuk julat instrumen dan leveraj berkaitan:
Keseluruhannya, eToro menawarkan julat meluas instrumen kewangan namun menonjol dalam mata wang kripto, komoditi, dan ETF.
Keadaan dagangan di eToro adalah lebih kurang sama dengan broker lain, dengan satu jenis akaun dan spread lebih lebar secara relatifnya.
Caj Dagangan: Akaun eToro mempunyai syarat deposit minimum 200 USD, menjadikannya boleh diakses oleh kebanyakan pedagang. Walaupun akaun dagangan CFD adalah bebas komisyen, spread bermula dari 1.0 pip pada EUR/USD, yang lebih lebar dari broker serupa lain. Kebanyakan broker bagus yang lain mempunyai spread purata 0.9 pip (EUR/USD).
Kos Dagangan Akaun eToro:
Kelab eToro dan Tingkatnya: Walaupun terdapat hanya satu jenis akaun, dengan deposit minimum yang lebih tinggi pedagang akan mendapat akses ke Kelab eToro – yang melaksanakan sistem tingkatan: Lebih tinggi tingkatan, lebih banyak ganjaran, dan kelebihan yang anda terima. Ini termasuk analisis pasaran percuma, akses ke platform Trading Signal, akses ke Agen Kejayaan Pelanggan khusus, rundingan penganalisa, dan lain-lain. Lihat dibawah untuk lebih lanjut:
Deposit dan Pengeluaran di eToro
Caj pengeluaran di eToro adalah lebih tinggi dari broker serupa lain, dan walaupun ia tidak mengenakan caj untuk deposit, ia mengenakan caj pertukaran mata wang yang tinggi untuk deposti selain USD.
Sebuah broker terkawal selia baik, eToro memastikan semua peraturan dan undang-undang Anti-Selewang Wang dipatuhi, dan disebabkannya, semua pengeluaran tidak berkeuntungan dikembalikan kepada sumber asal. Ianya penting untuk ketahui bahawa pedagang perlu mengeluarkan 100% daripada deposit ke kad kredit atau debit.
Mata Wang Deposit Yang Diterima: eToro mengenakan caj pertukaran mata wang untuk deposit selain daripada USD. Sebagai contoh, jika pedagang mendeposit MYR melalui pindahan bank, caj 50 pip akan dikenakan (sekitar 0.46% amaun deposit). Caj yang sama akan dikenakan apabila mengeluarkan wang ke akaun MYR.
Caj Tidak Berdagang Tinggi: Walaupun tiada caj dikenakan untuk mendeposit wang, caj 5 USD dikenakan untuk semua pengeluaran, tidak kira amaunnya. Ini adalah lebih tinggi berbanding broker serupa lain. eToro juga mengenakan caj tidak aktif 10 USD sebulan selepas tiga bulan tidak aktif, dan seperti yang dijelaskan diatas, juga mengenakan caj pertukaran mata wang yang tinggi. Pedagang perlu ketahui caj-caj ini kerana ia memberi impak yang besar kepada keberuntungan.
Lihat dibawah untuk senarai cara bayaran:
Kekurangan lain dalam pengeluaran di eToro adalah pedagang tidak boleh mengeluarkan kurang daripada 30 USD daripada akaun dagangan mereka, dan pengeluaran mengambil sekitar 2 hari bekerja untuk diproses, yang agak lama berbanding broker serupa lain.
Platform dagangan mudah alih eToro mempunyai rekabentuk baik dan mudah digunakan. Apl mudah alih ini tersedia pada kedua Android dan iOS.
eToro mencipta sistem dagangan sosial pertama dan merupakan broker dagangan sosial dalam talian terbesar di pasaran. Apl mudah alihnya menawarkan sokongan untuk perkhidmatan salin dagangan Copyportfolios, yang mudah dan seronok untuk digunakan, serta mengumpulkan semua aset boleh dagang dibawah satu strategi pasaran pilihan bagi meminimumkan risiko jangka masa panjang dan mencipta pelaburan pelbagai.
Kami sukakan apl mudah alihnya yang sangat boleh disesuaikan dan mempunyai fungsi-fungsi hebat. Kami boleh berdagang pada carta, membuat pindahan, mengeluarkan dan mendeposit dana, cari instrumen dan mencipta senarai pantau. Kami juga kagum yang kami boleh pilih susun atur senarai pantau dan carta kami serta penyelidikan pasaran terkini sentiasa boleh diakses:
![]() | ![]() |
Kelemahan serius platformnya ialah kekurangan sokongan untuk sistem dagangan auto yang ada pada platform lain. Dan, tidak seperti broker lain, eToro tidak menyokong platform pihak ketiga seperti MT4. Kelebihan menawarkan platform pihak ketiga adalah pedagang yang ingin berpindah ke broker lain sudah biasa dengan platform itu. Dari sudut yang baik, platform buatan sendiri yang ditawarkan oleh eToro biasanya lebih mesra pemula dan mudah digunakan.
eToro menawarkan pilihan terhad platform dagangan, hanya menawarkan sokongan untuk platform dagangan kerumunan sendirinya. Walau begitu, platform dagangan kerumunan eToro adalah mesra pengguna dan direkabentuk baik, menjadikannya pilihan yang baik untuk pedagang pemula.
Platform eToro
Kami mendapati, seperti apl mudah alihnya, platform web trader mempunyai antara muka yang kemas dan intuitif dengan fungsi-fungsi yang hebat – ianya mudah untuk mencari berbagai instrumen, dan terdapat akses kepada empat jenis pesanan, termasuk pesanan pasaran, had, henti-rugi, dan jejak henti-rugi. Tambahan pula, kami berupaya menetapkan amaran harga dan pemberitahuan dengan mudah, dan kami boleh putuskan cara kami ingin melihat laporan portfolio kami.
Untuk membantu pedagang yang kerap berdagang dalam pasangan yang sama, platform eToro memberikan pedagang gambaran keseluruhan papan pemuka tersesuai untuk pasangan mata wang berbeza.
Platform web trader bespoke yang unik juga menawarkan sokongan penuh untuk CopyTrader eToro, dan CopyPortfolios, dua alat dagangan sosial unik.
Keseluruhannya, eToro menawarkan satu daripada pengalaman dagangan sosial terbaik didunia, namun tawarannya boleh ditambah baik dengan sokongan kepada platform pihak ketiga seperti MT4.
Kami mendapati proses pembukaan akaun di eToro adalah lancar dan tidak melecehkan berbanding broker lain, dan kami gembira yang akaun dagangan kami siap untuk berdagang dalam masa sehari.
Kami menguji proses pembukaan akaun, yang mengambil lebih kurang 10 minit untuk lengkap, dan sebaik dokumen kami telah dihantar, akaun kami siap untuk berdagang dalam masa sehari.
Cara membuka akaun di eToro:
Sebaik dokumen kami telah dihantar, akaun kami siap untuk berdagang dalam masa sehari.
Anda boleh mengikuti status pengesahan anda pada platform eToro. Akaun yang disahkan mempunyai tanda rait hijau bersebelahan nama pengguna pada profil pengguna.
eToro menawarkan pilihan terhad analisis pasaran dan alatan sentimen, namun ia menawarkan alatan salin dagangan yang hebat.
Alatan Sosial dan Salin Dagangan
Pelanggan perlu ambil perhatian kualiti nasihat pelaburan dari komuniti eToro berbeza-beza dan perlu dianggap tidak kukuh sehingga ia telah disemak dengan baik.
Keseluruhannya, eToro menawarkan pilihan cemerlang alat salin dagangan proprioteri berbanding broker serupa lain namun kurang sokongan untuk alatan yang membantu analisis pasaran, seperti Trading Central dan Autochartist.
Perbandingan Alat Dagangan:
eToro menyediakan pilihan terhad bahan penyelidikan dan analisis pasaran berbanding broker serupa lain.
eToro menyediakan suapan berita dengan pergerakan pasaran relevan yang dikemaskini harian oleh pasukan penganalisis dalamannya. Kebanyakan bahan analitikal datang daripada ahli komuniti eToro. Suapan berita adalah komponen utama platform dagangan eToro dan merupakan senarai tidak dituras idea dagangan disertai graf berkaitan. Ambil perhatian bahawa analisis ini dicipta komuniti dan perlu dilihat secara skeptisisme.
Satu kelemahan adalah pilihan terhad data fundamental tersedia pada platform ini.
Keseluruhannya, bahan analisis pasaran eToro adalah lemah berbanding dengan broker besar antarabangsa lain.
Bahan pendidikan eToro dalah berskop terhad, menyediakan hanya akaun demo dan beberapa video asas tentang pelaburan.
Walaupun eToro menawarkan platform dagangan sosial unik untuk membantu pedagang baru bermula, bahan pendidikannya terhad berbanding penggerak pasaran bersaiz serupa.
eToro menghoskan kursus pendek bertajuk Panduan Lengkap tentang FinTech yang mengajar pedagang dengan asas dagangan – terutamanya tentang platform eToro. Ianya lebih kepada gambaran keseluruhan berbanding kursus yang mendalam, dan kebanyakan kandungan melitupi kelas aset selain daripada Forex.
eToro juga menghoskan blog yang dikemaskini harian dengan berbagai tip dagangan, meskipun ianya lebih tertumpu kepada platform eToro. Webinar jarang dilakukan dan cenderung untuk tertumpu kepada keadaan pasaran berbanding bahan pendidikan yang lain.
Keseluruhannya, bahagian pendidikan boleh ditambah baik dengan bahan yang lebih pelbagai disamping menyediakan bahagian untuk pedagang pemula dan lebih berpengalaman. Pedagang pemula juga akan mendapat manfaat baik dari kebolehan menyertai webinar tentang asas CFD dan pengurusan risiko.
Perbandingan Pendidikan:
Sokongan pelanggan eToro tersedia 24/5, namun tidak responsif.
Tersedia 24/5, sokongan pelanggan eToro tersedia dalam 21 bahasa, namun malangnya, bukan Bahasa Melayu. Sejak 2017, ia menggunakan sistem tiket untuk semua permintaan sokongan pelanggan. Ambil perhatian bahawa tiada sokongan telefon dan chat tersedia, dan masa respon diketahui sangat lama, selalu melebihi 48 jam dan kadangkala sehingga 14 hari. Walau begitu, pelanggan yang mendeposit lebih daripada 5,000 USD akan menerima perkhidmatan daripada Agen Kejayaan Pelanggan khusus.
Keseluruhannya, perkhidmatan pelanggan adalah tidak responsif, namun eToro menyediakan bahagian Soalan Lazim yang komprehensif.
Kawal Seliaan: Ditubuhkan pada 2007 dengan ibu pejabat di Israel, eToro adalah broker antarabangsa CFD dengan lebih 13 juta pelanggan diseluruh dunia. Ianya dikawal selia oleh banyak pihak berkuasa unggul, termasuk Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC), Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Cyprus (CySEC), Lembaga Kelakuan Kewangan (FCA) dari UK, dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Seychelles (FSA). Lihat dibawah untuk lebih lanjut:
Walaupun eToro mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pengawal selia, pada 2013 mereka disaman sebanyak 50,000 EUR oleh CySEC atas kesilapan operasi. CySEC tidak mendedahkan perincian kelemahan operasi, dan eToro sejak itu telah mengambil langkah-langkah menyelesaikan isu tersebut. Semua dokumen-dokumen penting diterbitkan pada laman web mereka, dan dinilai dengan kerap oleh auditor luar.
Pengiktirafan Industri:
eToro telah menerima berbagai anugerah untuk inovasi platformnya dan telah menerima pengiktirfan serata dunia sebagai peneraju teknologi kewangan industri.
Keseluruhannya, oleh kerana komitmen kukuh eToro kepada undang-undang dan proses kawal seliaan yang direkabentuk untuk melindungi dana pelanggan dan operasi patuh undang-undang pada platform, kami menganggap eToro adalah broker selamat untuk berdagang.
eToro dalam ayat mereka sendiri
Kami mementingkan ketelusan dan keterbukaan dalam cara kami menilai rakan sekutu kami. Bagi membawa ketelusan kemuka hadapan, kami telah menerbitkan proses penilaian kami. Berpusat kepada proses penilaian ini adalah kebolehpercayaan broker, tawaran platform broker dan keadaan dagangan yang ditawarkan kepada pelanggan, yang diringkaskan dalam ulasan ini. Setiap daripadanya digred, dan markah keseluruhan dikira dan ditentukan kepada broker.
Berdagang Forex adalah berisiko, dan setiap broker wajib memperincikan risiko dagangan Forex CFD kepada pelanggan. eToro ingin anda tahu bahawa: CFD adalah instrumen kompleks dan datang dengan risiko tinggi kerugian wang dengan cepat disebabkan leveraj. 77% akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu pertimbang sama ada anda betul-betul fdaham bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda sanggup mengambil risiko kerugian wang anda.
eToro popular dari pendekatan uniknya dalam dagangan sosial yang menarik kepada pedagang muda, dan novis. Namun, ia kekurangan dari segi bahan pendidikan dan analisis pasaran; spread adalah tidak kompetetif, dan caj tidak berdagang adalah lebih tinggi berbanding penggerak pasaran lain. Namun begitu, banyak pedagang yang mengendahkan kelemahan ini untuk menggunakan dagangan sosial uniknya dan platform eToro yang mudah digunakan.
Sila ambil perhatian bahawa apabila anda berdagang dengan eToro, modal anda berisiko.
Find out how eToro stacks up against other brokers.
Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.
Sesi ditamatkan
Sila log masuk lagi. Halaman log masuk akan membuka tab baharu. Selepas melog masuk anda boleh menutupnya dan kembali ke halaman ini.