Ulasan Terhadap Broker IC Markets Broker

Author Oleh Jeffrey Cammack
Dikemaskini: 11 September 2022
Penilaian Keseluruhan
4.46 4.46 / 5
Ditaraf #8 daripada 42 Broker Yang Disyorkan
🏦  Deposit Min.USD 200
🛡️  Ditauliahkan Oleh
💵  Kos Dagangan 
USD 8
⚖️  Leverage500:1
💹  Salin Dagangan
🖥️  Plaform
💱  Aset 
AlertMenerima Pelanggan Malaysia. Spread purata 0.10 EUR/USD pip pada akaun dagangan dengan deposit minimum paling rendah. Leveraj maksimum 500:1. Akaun Islamik tersedia. Platform MT4, MT5 & cTrader disokong. IC Markets dikawal selia oleh CySEC dan ASIC.
Kemas kini terakhir pada 11 Sep 2022
Oleh Pengarah Editorial Jeffrey Cammack
Jeffrey Cammack

Forex Malaysia telah menjadi laman ulasan broker Forex paling dipercayai sejak 2016. Pasukan kami telah menulis 100+ ulasan dan kami sentiasa uji untuk mengekalkan ketepatan. Ini adalah cara kami mengulas broker-broker.

Kami mungkin menerima bayaran apabila anda klik pada pautan produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami.

Keputusan kami pada IC Markets

Sebuah broker serba boleh unggul dengan rating tinggi dalam kebolehpercayaan, IC Markets ditubuhkan pada 2007 di Australia dan memegang lesen daripada pengawal selia antara yang paling ketat di dunia. IC Markets dikenali ramai disebabkan kos dagangan rendah, pilihan platform dagangan, dan pilihan meluas alatan dagangan.

IC Markets menawarkan persekitaran dagangan berkos rendah berbanding hampir semua broker lain, dengan spread purata 0.10 pip (EUR/USD) pada Akaun Raw Spread sebagai pertukaran dengan komisyen rendah 6 USD (pusingan penuh) per lot.

IC Markets merupakan salah satu daripada segelintir broker Forex yang menyokong ketiga-tiga platform dagangan utama, termasuk MetaTrader4, MetaTrader5, dan cTrader; dan menawarkan berbagai alatan dagangan untuk setiapnya, termasuk perkhidmatan VPS, Trading Central, dan beberapa perkhidmatan salin dagangan.

Pedagang pemula akan bermanfaat daripada sokongan pelanggan hebat, yang tersedia 25/7 di IC Markets bagi membantu dengan sebarang pertanyaan akaun atau teknikal. Meskipun bahagian pendidikannya adalah lebih komprehensif berbanding kebanyakan broker lain, pilihan bahan analisis pasarannya adalah agak terhad.

🏦  Deposit Min.USD 200
🛡️  Ditauliahkan Oleh
💵  Kos Dagangan 
USD 8
⚖️  Leverage500:1
💹  Salin Dagangan
🖥️  Plaform
💱  Aset 

Ringkasan keseluruhan

Pengawal Selia Antarabangsa
111104/ 5
Keadaan Dagangan
11110.54.5/ 5
Platform Dagangan
111115/ 5
Deposit & Pengeluaran
111104/ 5
Pendidikan & Penyelidikan
111115/ 5
Aset Tersedia
11110.54.5/ 5
Khidmat Pelanggan
11110.54.5/ 5
Mesra Pengguna-Baru
Cemerlang
Bonus selamat datang

Maklumat Akaun

Matawang asas
AUD, USD, EUR, GBP, CAD, SGD, NZD, JPY, CHF, HKD
Bilangan padanan
64
Padanan Crypto
18
Salin Dagangan
Lindung Nilai Dibenarkan
Scalping
Akaun Islamik

Keadaan Dagangan

Nama akaun
RAW - MetaTrader
Jenis Broker
Komisyen
7 USD / lot - Raw Spread Account
EUR/USD
0.02 pips
GBP/USD
0.23 pips
USD/JPY
0.14 pips
Perlindungan baki negatif

Butiran syarikat

Nama Syarikat
International Capital Markets Pty Ltd.
Ditubuhkan
2007
Bahasa Laman Web
Melayu, Bahasa Hungary, Portugis, Bahasa Inggeris, Bahasa Indonesia, Bahasa Arab, Vietnam, Cina, Thai, Bahasa Sepanyol
Bahasa Sokongan
Portugis, Bahasa Inggeris, Vietnam, Cina
Lokasi Pejabat
Australia

Pro

  • Dikawal selia baik
  • Spread sempit
  • Kepelbagaian luas untuk aset
  • Pilihan platform yang baik

Kontra

  • Deposit minima yang tinggi
  • Analisa pasaran yang terhad

Adakah IC Markets Selamat?

Walaupun IC Markets terkawal selia baik, pedagang Malaysia akan berdagang dibawah entiti syarikat di Seychelles, yang kurang pemantaun undang-undang berbanding badan berkuasa dari Eropah dan Australia. 

Kawal Seliaan FSAS:  IC Markets mempunyai reputasi cemerlang dan dikawal selia oleh antara badan berkuasa yang unggul, termasuk ASIC dari Australia. Walau begitu, pedagang Malaysia akan dimasukkan melalui entiti IC Markets dari Seychelles, dibawah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Seychelles, dengan pemantauan undang-undang yang kurang.

Ciri-Ciri Keselamatan: IC Markets mengasingkan semua dana daripada permodalan operasi syarikat, dan menawarkan perlindungan baki negatif kepada semua pelanggannya. 

Perihal Syarikat:

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Pengawal Selia Kumpulan
Jenis Broker
Laman web
Ditubuhkan
Lokasi Pejabat
Non-Trading Fees
CySEC
ASIC
FSA-Seychelles
ECN/DMA
2007
Australia
No inactivity fees

Instrumen Kewangan IC Markets

IC Markets menawarkan julat purata aset untuk dagangan, berbanding pesaingnya.

Lihat dibawah untuk julat instrumen dan leveraj berkaitan di IC Markets:

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Financial Instrument
Number of Assets
Leveraj
Bon
11
200:1
Stock CFDs
1,600
20:1
Forex
64
500:1
Indices
25
200:1
Komoditi
22
100:1
Mata wang Kripto
18
5:1
Niaga hadapan
4
200:1
  • Pasangan Forex: IC Markets menawarkan 64 pasangan Forex untuk didagangkan, termasuk utama, minor dan eksotik seperti USD/ZAR dan ZAR/JPY. Ini sekitar purata yang ditawarkan pesaing terdekatnya. 
  • Komoditi: IC Markets menawarkan dagangan dalam 13 komoditi, termasuk logam, tenaga, dan pertanian, yang sekitar purata ditawarkan oleh kebanyakan broker lain.
  • Saham CFD: Tawaran saham CFD di IC Marketsadalah meluas berbanding kebanyakan pesaingnya, dengan 1,600 saham CFD tersedia untuk didagangkan, termasuk syarikat-syarikat teknologi popular US, Saham ASX, yang tersenarai pada NASDAQ, dan NYSE, dan banyak lagi. Pedagang perlu ketahui bahawa dagangan saham CFD hanya tersedia pada MT5.  
  • Indeks: IC Markets menawarkan kontrak tunai dan future pada 23 indeks, termasuk NASDAQ, S&P500, FTSE100, dan Nikkei. Ini merupakan sekitar purata berbanding broker lain. 
  • Bon: IC Markets menawarkan dagangan untuk 11 bon, yang agak pelbagai berbanding kebanyakan broker lain.
  • Future: IC Markets menawarkan dagangan 4 future global, termasuk DXY, VIX, BRENT, dan WTI, yang agak biasa berbanding kebanyakan broker lain.  
  • Mata Wang Kripto: IC Markets menawarkan julat meluas mata wang kripto termasuk Bitcoin, Bitcoin Cash, Ethereum, Dash Coin, Ripple & Litecoin.  Spread pada mata wang ini tidak tetap dan adalah lebih tinggi berbanding mata wang fiat namun selari dengan broker-broker lain.

Keseluruhannya, julat dan pemerincian instrumen kewangan di IC Markets adalah lebih pelbagai berbanding broker-broker lain.

Yuran Akaun dan Dagangan IC Markets

IC Markets menawarkan tiga akaun, sekitar purata berbanding broker-broker lain, dan semua akaun mempunyai syarat deposit minimum sebanyak 200 USD.

Caj Dagangan: Akaun dagangan di IC Markets tersedia pada tiga platform berbeza, termasuk MT4, MT5, dan cTrader. Kos dagangan Akaun Standard disertakan bersama spread, sementara untuk Akaun Raw Spread dan cTrader menawarkan spread lebih sempit sebagai pertukaran dengan komisyen per lot. 

Kos Dagangan Akaun IC Markets:

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Akaun dagangan
Deposit Min.
Spread Min. EUR/USD
Komisyen
Kos Dagangan (USD)
RAW - cTrader
USD 200
0.20
6 USD / lot
6.02
RAW - MetaTrader
USD 200
0.20
7 USD / lot
7.02
Standard - MetaTrader
USD 200
0.63
Spread Sahaja
6.3

Seperti yang anda boleh lihat dari rajah diatas, kos dagangan pada Akaun cTrader Raw Spread adalah lebih rendah berbanding dua akaun lain. Kebanyakan broker lain menawarkan kos dagangan 9 USD, menjadikan IC Markets salah satu broker berkos rendah dalam indsutri.  

Lihat dibawah untuk perincian akaun:

Akaun Standard

Akaun Standard merupakan akaun bebas komisyen dengan spread bermula dari 0.6 pip pada EUR/USD, yang lebih rendah berbanding broker serupa lain. Ia tersedia pada platform Metatrader 4 dan Metatrader 5, dan pedagang boleh mengakses leveraj sehingga 500:1. Akaun Standard ideal untuk pedagang tidak serius.

Akaun Raw Spread

Akaun ECN Sebenar adalah untuk dagangan bervolum tinggi atau pedagang profesional, dengan syarat deposit minimum 200 USD.  Spread adalah sempit berpurata sekitar 0.10 pip pada EUR/USD, namun komisyen 7 USD pusingan penuh dikenakan, dan leveraj sehingga 500:1. Akaun ini juga tersedia pada platform Metatrader.

Akaun c-Trader Raw Spread

Sesuai untuk pedagang harian dan ‘scalper’, Akaun cTrader Raw Spread hanya tersedia pada platform c-Trader. Spread bermula dari 0.0 pip pada the EUR/USD, dan komsiyen 6 USD (pusingan pebuh) dikenakan per lot. Leveraj juga adalah sehingga 500:1 pada akaun ini, dan syarat deposit minimum ialah 200 USD.  Pedagang perlu tahu bahawa sebahagian alatan yang tersedia di IC Markets tidak serasi dengan platform cTrader. 

IC Markets Accounts (MY)

Deposit dan Pengeluaran

IC Markets menawarkan pilihan meluas cara deposit dan pengeluaran, dan meskipun tiada caj dikenakan untuk kebanyakan cara, pengeluaran melalui pindahan kawat bank adalah mahal.

Selari dengan peraturan Anti-Seleweng Wang, IC Markets tidak memproses bayaran ke akaun pihak ketiga. Semua permintaan pengeluaran daripada akaun dagangan akan dikembalikan kepada akaun bank atau sumber diatas nama pedagang.    

Mata Wang Akaun Dagangan: IC Markets menawarkan dagangan dalam dalam sepuluh mata wang asas, termasuk EUR, USD, GBP, AUD, SGD, NZD, JPY, CHG, KHD, dan CAD. Meskipun pedagang Malaysia akan kecewa kerana ketiadaan akaun berdenominasi dalam MYR, mereka mempunyai pilihan membuka berbilang akaun dengan mata wang asas berbeza bagi mengelak pembayaran caj pertukaran. Pilihan mata wang meluas yang terdapat di IC Markets membolehkan tindakan ini. 

Deposit dan Pengeluaran: IC Markets menawarkan berbagai cara pendanaan dan deposit akaun, termasuk pindahan bank, kad debit/kredit, dan berbagai eWallet.  Deposit adalah percuma untuk semua cara pendanaan dan diproses serta-merta, atau dalam 12 jam, melainkan pindahan broker-ke-broker, yang mungkin mengambil sehingga lima hari.  

Pengeluaran yang diterima sebelum tengahari AEST/AEDT diproses dalam hari yang sama dan IC Markets tidak mengenakan sebarang cak tambahan pengeluaran, melainkan pindahan kawat bank. Caj lain mungkin dikenakan bergantung kepada cara pembayaran:

  • Pengeluaran kad kredit/debit – Tiada caj pengeluaran, namun mengambil sehingga lima hari untuk sampai ke akaun anda.
  • Pindahan Kawat Bank Domestik – Ini tidak akan dicaj yuran pemprosesan dan biasanya sampai ke akaun bank tempatan Australia pada hari bekerja seterusnya.
  • Pindahan bank antarabangsa – Caj pengeluaran 20 AUD atau nilai bersamaan mata wang lain akan dikenakan oleh bank IC Markets.  Pengeluaran mungkin mengambil 14 hari untuk diproses.
  • Pengeluaran eWallet (Paypal/Neteller/Skrill) – Tiada caj dikenakan untuk pengeluaran dan ianya segera.

Keseluruhannya, IC Markets menawarkan berbagai cara deposit dan pengeluaran, namun mengenakan caj 20 AUD untuk pengeluaran melalui pindahan bank antarabangsa, yang mahal secara relatif.

Platform Dagangan Mudah Alih IC Markets

IC Markets tidak mempunyai apl dagangannya sendiri, namun MT4, MT5, dan cTrader semuanya boleh didapati sebagai apl mudah alih. Kami mendapati apl cTrader lebih mudah digunakan berbanding MT4 dan MT5 memandangkan antara mukanya lebuh moden dan intuitif.  

Ketiga-tiga platform dagangan IC Markets tersedia pada kedua peranti dan tablet Android dan iOS. Pedagang baru perlu ketahui bahawa terdapat sedikit kehilangan fungsi apabila dibandingkan dengan platform dagangan pada komputer, termasuk kurangnya rangka masa dan pilihan pencartaan.  

Apl cTrader

cTrader adalah salah satu platform dagangan kegemaran kami, dan IC Markets merupakan salah satu daripada segelintir broker yang menyokongnya. Ini disebabkan ia adalah platform dagangan pihak ketiga yang paling mesra-pemula, dengan antara muka moden, kandungan pendidikan berintegrasi, dan ciri pengurusan risiko inovatif. Apl mudah alih cTrader menawarkan ciri-ciri terbaik pada versi komputer termasuk julat penuh jenis pesanan, analisis dagangan, dan senarai pantau.

Tambahan pula, kos pada Akaun cTrader Raw Spread di IC Markets adalah lebih rendah berbanding pada dua akaun lain.  

Apl MT4 dan MT5

MetaTrader 4 (MT4) tanpa syak, masih merupakan platform dagangan paling popular di dunia untuk pedagang Forex disebabkan penggunaan yang mudah, persekitaran mampat ciri-ciri berguna, dan kebolehan dagangan automatik. Versi terbaru suit platform MetaTrader, MT5 telah dicuba oleh lebih ramai pedagang saban hari. MT5 menggabungkan semua ciri-ciri MT4 dengan persekitaran optimum untuk dagangan EA. 

Apl MT4 dan MT5 IC Markets membolehkan pedagang bekerja dari mana-mana, dengan sembilan rangka masa, 30 indikator, dan carta mata wang interaktif. Fungsi menutup dan mengubah pesanan sedia ada, mengira untung/rugi dalam masa-nyata, dan dagangan carta detik akan membantu pedagang dengan lebih lanjut ketika bergerak.

Keseluruhannya, apl mudah alih IC Markets adalah mesra pengguna dan direka-bentuk baik, dan menawarkan hampir semua ciri-ciri terdapat pada versi komputer meja.

Platform Dagangan Lain

Dengan penyediaan MT4, MT5, dan cTrader , tawaran sokongan platform di IC Markets adalah lebih baik berbanding kebanyakan broker.

IC Markets menawarkan pedagang MetaTrader 4 (MT4), MetaTrader 5 (MT5), dan cTrader, yang setiapnya menawarkan Expert Advisors, fungsi sokongan dagangan automatik, strategi ujian latar, carta tersesuai, indikator, dan salin dagangan.

Semua pilihan platform dalah percuma, dan boleh dimuat turun ke PC atau Mac, serta semuanya mempunyai versi platform web. Pedagang yang ingin guna lebih banyak EA, dan tidak kisah antara muka yang lama, perlu pertimbangkan menggunakan satu daripada produk MetaTrader. cTrader biasanya disukai pedagang pemula disebabkan pemasangan ringkas, dan mempunyai antara muka moden, serta menawarkan jenis pesanan lanjutan. 

Walaupun IC Markets tidak mempunyai platform proprietari tersendiri, yang biasanya lebih mudah dipelajari pemula, pilihan tiga platform utama sudahpun memuaskan kebanyakan pedagang.

Perbandingan Platform Dagangan:

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Broker
Pilihan Platform
Salin Dagangan
Platform Dagangan

Membuka Akaun di IC Markets

Kami mendapati IC Markets cemerlang dalam proses pembukaan akaun. Ianya tidak rumit dan melecehkan, dan akaun biasanya siap untuk berdagang dalam masa sehari.

Semua penduduk Malaysia layak membuka akaun di IC Markets asalkan mereka memenuhi syarat deposit minimum 200 USD untuk setiap akaun.

Proses lima langkah pembukaan akaun dalah sepenuhnya digital dan akaun umumnya siap untuk berdagang dalam sehari. IC Markets menawarkan akaun individu, perkongsian, dan korporat, namun kami akan menumpukan dalam pembukaan akaun individu.

Cara membuka akaun di IC Markets:

  1. Klik pada butang ‘Buka Akaun Live dan daftarkan alamat e-mel dan kata laluan anda.’
  2. Kemudian pedagang perlu masukkan maklumat peribadi, termasuk tarikh lahir dan alamat fizikal dll.
  3. Langkah ketiga perlukan pemilihan mata wang asas keutamaan dan jenis akaun.
  4. Pedagang kemudian perlu mengisi soalan pendek yang memperincikan tahap pengalaman dagangan. Ini merupakan langkah bertanggungjawab broker dalam industri yang sering dituduh tidak bertanggungjawab dalam pendekatan perlindungan pelanggan.
  5. Langkah terakhir adalah mengesahkan identiti anda. IC Markets perlu dua dokumen daripada anda:
    1. ID Foto (pasport, lesen memandu, atau kad pengenalan) dan; 
    2. ID sokongan (penyata bank atau utiliti dengan nama penuh dan alamat anda bertarikh kurang tiga bulan lepas).

Kami sarankan anda membaca pendedahan risiko, perjanjian pelanggan, dan terma perniagaan sebelum mula berdagang.

Sebaik dokumen anda telah disahkan oleh pasukan sokongan pelanggan, anda boleh log masuk dan mendanakan akaun anda dengan mata wang asas yang telah dipilih.

Berbanding dengan broker serupa lain, proses pembukaan akaun di IC Markets adalah pantas, tidak melecehkan, dan sepenuhnya digital.

Alatan Dagangan

Alatan dagangan di IC Markets adalah cemerlang berbanding broker serupa lain. 

IC Markets menawarkan beberapa alatan dagangan berguna, termasuk perkhidmatan VPS, akaun MAM/PAMM, Training Central, dan alatan dagangan MT4 lanjutan. Zulutrade, myfxbook Autotrade, dan Autochartist boleh didapati melalui program rakan sekutu IC Markets, namun terdapat kos tambahan terkait dengan penggunaan perkhidmatan ini. Lihat di bawah untuk lebih lanjut: 

VPS

IC Markets menawarkan perkhidmatan VPS melalui tiga penyedia, iaitu pelayan ForexVPs.net, Beeks FX VPS, dan New York City. Semua perkhidmatan boleh didapati melalui langganan bulanan, namun IC Markets akan menanggung kos ini jika volum dagangan pelanggan melebihi 15 lot (pusingan penuh) setiap bulan.

Penghosan VPS membolehkan pedagang menjalankan strategi algoritma automatik, termasuk Expert Advisor, 24 jam sehari 7 hari seminggu pada mesin maya. Perkhidmatan VPS mempunyai kelebihan tidak mengalami masalah sambungan dan berkependaman sangat rendah disebabkan jarak dekatnya dengan pertukaran antarabangsa.

Akaun MAM/PAMM

IC Markets menawarkan perkhidmatan pengurusan akan kepada pelanggan mereka yang membolehkan pengurus akaun berdagang bagi pihak mereka. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, teknologi atau perisian Bespoke diperlukan, juga dikenali sebagai MAM/PAMM. Perisian MAM berhubung dengan semua tetapan secara langsung dengan pelayan MetaTrader 4 IC Markets.

MAM bermaksud Multi-Account Manager (Pengurus Berbilang Akaun) yang membenarkan cara untuk membahagikan dagangan tersesuai.  PAMM bermaksud Percentage Allocation Module Manager (Pengurus Pembahagian Pecahan Modul) yang bermaksud pelabur boleh menjadi sebahagian daripada set akaun sub yang didagangkan bersama dengan pengurus wang atau pedagang yang mempunyai keizinan daripada pelanggan untuk berdagang dengan akaun mereka. Pengurus Akaun mengambil sebahagian daripada keuntungan yang dijana oleh pedagang.

Akaun berpengurus bagus untuk pemula yang mempunyai pengalaman terhad berdagang.

Alatan Dagangan Lanjutan MT4

IC Markets menawarkan 20 alatan dagangan eksklusif yang boelh didapati dari platform MT4. Advanced Trading Tool MT4 membantu pedagang menguruskan risiko mereka, mengawal semua dagangan daripada terminal tunggal dan melihat korelasi diantara pasangan mata wang dan CFD lain. Set penuh alatan termasuklah amaran canggih dan kemudahan penyiaran, matriks korelasi, sentiment trader, peta sesi, dan fungsi dan data pasaran terkini, termasuk yang lain-lain lagi.

Myfxbook Autotrade

Myfxbook Autotrade adalah satu daripada platofrm salin dagangan paling popular dalam pasaran. Perkhidmatan ini membolehkan anda menyalin dagangan dari mana-mana sistem langsung kedalam akaun MetaTrader 4 IC Markets anda. Autotrade mengenakan spread tokokan 0.6 pip pada semua pilihan akaun, yang relatifnya agak mahal.

Satu daripada kelebihan menggunakan platfrom salin dagangan Myfxbook Autotrade adalah dari fungsi-fungsinya. Ia menawarkan mod salin dagangan berbilang dan tiada had bilangan Penyedia Strategi yang boleh diikuti.   

Umumnya, salin dagangan berguna untuk pedagang yang berminat dengan pasaran kewangan namun kurang pengalaman dan pengetahuan.

Zulutrade

Zulutrade, adalah platform pihak ketiga, aplikasi salind agangan sosial rakan-dengan-rakan dimana pedagang boleh memilih dikalangan ribuan pedagang berdaftar dari 192 negara. Pedagang ditaraf menggunakan “ZuluRank” berdasarkan beberapa metrik, termasuk prestasi keseluruhan, kestabilan, pengalaman, pendedahan, dan syarat ekuiti minimum. 

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pedagang perlu membayar 2.2 pip tokokan pada spread, yang relatifnya agak mahal.

Autochartist

Autochartist ialah alat analisis automatik yang ditawarkan melalui program rakan sekutu IC Markets, jadi terdaoat kos tambahan untuk menggunakan perkhidmatan ini. Pedagang akan perlu menghubungi sokongan pelanggan untuk ketahui tentang kos lebih lanjut.

Autochartist memantau 250+ CFD 24 jam sehari dan memberi amaran automatik kepada pedagang tentang peluang dagangan penting dan membentuk trend dengan kebarangkalian tertinggi untuk terkena pada harga ramalan. Antara ciri-ciri Autochartist adalah:

  • Pengecaman pola carta
  • Pengecaman pola Fibonacci
  • Analisis tahap penting
  • Pengindikasi kualiti pola

Keseluruhannya, Autochartist merupakan salah satu alat analisis teknikal terbaik di pasaran.  

Trading Central

Trading Central tersedia untuk pelanggan yang mendaftar akaun live. Sebuah alat pihak ketiga, penganalisa profesional Trading Central menggunakan alatan analisis teknikal paling canggih dalam indsutri bagi membentuk maklumat relevan. Alat ini menyokong pedagang yang tidak mempunyai pengetahuan teknikal dalam membuat keputusan dagangan. Trading Central adalah salah satu daripada alat dagangan paling popular dan menyediakan analisis pasaran dengan hebat, dan sangat bagus untuk IC Markets menawarkan perkhidmatabn ini kepada pelanggannya.

Keseluruhannya, IC Markets menyediakan berbagai alat dagangan berbanding kebanyakan broker lain, yang sepatutnya akan menggembirakan pedagang. Walau begitu, sesetengah daripada alat tersebut hanya tersedia pada platform MetaTrader.  

IC Markets untuk Pemula

IC Markets adalah satu daripada broker ECN sebenar yang boleh diakses pedagang pemula. Kebanyakan broker ECN lain gagal untuk menyediakan pendidikan dan analisis, memaksa pedagang belajar sendiri dengan bahan pihak ketiga. Dengan bahan-bahan pustaka penuh, analisis pasaran bebas, dan webinar, IC Markets menawarkan pedagang baru dengan pendidikan komprehensif dalam dagangan Forex. IC Markets juga menyokong tiga daripada pilihan perisian yang terunggul dan menyediakan sokongan pelanggan 24/7.

Bahan Pendidikan

Bahan pendidikan di IC Markets adalah sangat baik berbanding pesaingnya. Bahan-bahannya berstruktur baik dan komprehensif serta sesuai digunakan oleh kedua pedagang pemula dan berpengalaman.

IC Markets menyediakan hub pendidikan percuma yang meluas kepada semua orang, sama ada mereka mempunyai akaun di IC Markets atau tidak. Tidak seperti broker lain, dimana bahan pendidikan biasanya tidak berstruktur, IC Markets menawarkan pilihan kiriman blog dikaitkan dengan topik. Tambahan pula, ianya jelas bahawa IC Markets banyak melabur dalam mendidik pedagang dari semua tahap pengalaman. Elemen asas bahagian pendidikannya adalah:

  • Asas Forex
  • Analisis Teknikal
  • Analisis Fundamental
  • Pengurusan Risiko
  • Psikologi Dagangan
  • Pelan Berdagang

Video panduan boleh didapati bagi memabntu pelanggan baru memasang perisian dagangan. Video melitupi topik seperti Cara Muat Turun Akaun Demo, Cara Menggunakan Pengurus Dagangan Satu-Klik, Cara Lindung Nilai Pesanan dalam MetaTrader 4, dan Menggunakan Trade Terminal. Video juga merangkumi topik lain seperti analisis teknikal dan pengurusan risiko.  

IC Markets juga menawarkan set webinar yang dirakam sebelumnya, dihoskan oleh pendidik yang berpengalaman, yang sangat mahir dalam kepakaran mereka. Webinar pada asasnya melitupi tentang analisis teknikal seperti Pola, Fibonacci dalam Dagangan, Berdagang Candlestick, dan Fading serta Scalping. Terdapat juga sesi tambahan tentang Struktur Pasaran, Dinamik Pasaran, dan Psikologi Pedagang Profesional.

Keseluruhannya, bahagian pendidikan di IC Markets adalah berstruktur baik dan mendalam serta sesuai digunakan oleh semua pedagang dengan tahap pengalaman berbeza.

Perbandingan Pendidikan:

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Broker
Kursus Pemula
Kursus Lanjutan
IC Markets
TrioMarkets

Bahan Analisis

Bahan penyelidikan pasaran IC Markets adalah agak terhad berbanding yang terdapat di broker besar antarabangsa lain, namun ia menwarkan perkhidmatan Trading Central kepada semua pelanggan yang mendaftar akaun.

IC Markets menyediakan blog analisis pasaran yang dikemaskini harian, memaparkan pergerakan pasaran terkini. Ia juga menyediakan artikel analisis teknikal dan fundamental harian yang memberikan cerapan mendalam tentang instrumen dagangan paling popular.

Pelanggan yang mendaftar akaun juga akan mendapat akses kepada analisis Trading Central. Trading Central merupakan alatan daripada syarikat bebas disarankan kepada pedagang baru yang ingin mempelajari analisis teknikal atau yang inginkan pendapat bebas tentang dagangan mereka.

Keseluruhannya, bahagian analisis pasaran IC Markets adalah baik, namun boleh ditambah baik lagi dengan menyediakan kandungan yang lebih komprehensif dan berbilang format.

Tatal untuk lebih perincianPreviousNext
Broker
Autochartist
Trading Central
Trading View
IC Markets
TrioMarkets

Sokongan Pelanggan

Sokongan pelanggan di IC Markets adalah cemerlang berbanding broker lain dan tersedia 24/7 ayng sangat mengagumkan berbanding kebiasaan 24/5.

IC Markets mempunyai jabatan sokongan berdedikasi, yang beroperasi 24/7 melalui chat live, e-mel, dan telefon. Sokongan chat live dan telefon boleh membantu dalam sebarang pertanyaan dan soalan umum, walau begitu, pertanyaan yang ditujukan kepada jabatan khusus seperti jabatan perakaunan hanya tersedia melalui e-mel. Tambahan pula, ia menyediakan bahagian Soalan Lazim yang komprehensif ayng memberikan jawapan kepada kebanyakan soalan-soalan lazim.

Sokongan tersedia dalam berbagai bahasa, termasuklah Bahasa Arab, Ukraine, Rusia, Sepanyol, Urdu, Inggeris, Greek, Romania, Itali, Portugis, Cina, Korea, Vietnam, dan Czech, namun tiada Bahasa Melayu. 

Bagi tujuan ulasan ini, kami medapati sokongan pelanggannya sopan, responsif, dan berpengetahuan – mereka berupaya menjawab hampir semua soalan kami.

Keselamatan dan Pengiktirifan Industri

Sejarah: IC Markets ialah broker hanya-ECN dan CFD yang ditubuhkan pada 2007 dan dengan ibu pejabat di Sydney, Australia. IC Markets telah berkembang pesat sejak penubuhannya dan telah menjadi satu daripada jenama paling dihormati dalam dagangan CFD, dengan lebih 500,000 dagangan dilakukan setiap hari berjumlah 15 billion volum dagangan.

Kawal Seliaan: IC Markets dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC), Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Cyprus (CySEC), Lembaga Kelakuan Kewangan Seychelles (FSA), dan Suruhanjaya Sekuriti Bahamas (SCB).  Lihat dibawah untuk lebih lanjut:

  • International Capital Markets Pty Ltd (ACN 123 289 109), dikawal selia dan disahkan oleh, Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia lesen 335692.
  • IC Markets EU Ltd disahkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Cyprus dengan nombor lesen 362/18.
  • IC Markets Ltd, didaftarkan di Bahamas dengan nombor pendaftaran 76823 C, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Bahamas dengan No. Lesen . SIA-F214.
  • Raw Trading Ltd (Trading as IC Markets Global) – dikawal selia oleh Lembaga Kelakuan Kewangan Seychelles dengan nombor Lesen Peniaga Sekuriti: SD018.

Anugerah:

IC Markets juga telah memenangi berbagai anugerah industri saban tahun, termasuk Broker Forex MT5 Terbaik 2020 (FX Scouts) untuk kelajuan pelaksanaan dan fleksibeliti dagangan pada platform MT5.

Keseluruhannya, dengan lebih sedekad kelakuan bertanggungjawab dan pemantauan pihak berkuasa yang kuat daripada antara pengawal selia yang ketat didunia, IC Markets dianggap selamat untuk berdagang.

Kaedah penilaian

Kami mementingkan ketelusan dan keterbukaan dalam cara kami menilai rakan sekutu kami. Bagi membawa ketelusan kemuka hadapan, kami telah menerbitkan proses penilaian kami. Berpusat kepada proses penilaian ini adalah kebolehpercayaan broker, tawaran platform broker dan keadaan dagangan yang ditawarkan kepada pelanggan, yang diringkaskan dalam ulasan ini. Setiap daripadanya digred, dan markah keseluruhan dikira dan ditentukan kepada broker.

Forex Broker Scoring

Penyata Risiko IC Markets

Berdagang Forex dalah berisiko, dan setiap broker wajib memperincikan risiko dagangan Forex CFD kepada pelanggannya. IC Markets ingin anda tahu bahawa: CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi kerugian wang dengan cepat disebabkan leveraj. 74-89% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD. Anda perlu pertimbangkan jika anda benar-benar faham bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kerugian wang anda.

Kesimpulan

Sebuah broker terkawal selia baik, IC Markets adalah broker Forex Forex ECN canggih yang menggunakan kelebihan rangkaian pembekal kecairan untuk menawarkan keadaan dagangan terbaik untuk pelanggan mereka. IC Markets menawarkan tiga akaun live yang sesuai kepada pedagang pemula dan lebih berpengalaman pada platform MT4, MT5, dan cTrader dan menyediakan barisan meluas alatan dagangan. Untuk pedagang pemula, IC Markets menawarkan sokongan pelanggan berkualiti tinggi 24/7 bagi membantu pedagang bermula disamping arkib bahan pendidikan bertaraf dunia. Keseluruhannya, IC Markets adalah pilihan yang boleh diharapkan untuk pedagang di semua tahap pengalaman.

AlertMenerima Pelanggan Malaysia. Spread purata 0.10 EUR/USD pip pada akaun dagangan dengan deposit minimum paling rendah. Leveraj maksimum 500:1. Akaun Islamik tersedia. Platform MT4, MT5 & cTrader disokong. IC Markets dikawal selia oleh CySEC dan ASIC.
Lawat

Kongsi pengetahuan anda

Ikuti Perkembangan

Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.

Broker Tersenarai

Tutup
>