Broker Forex ditaraf-tinggi kami
Mula berdagang disini
Akaun terbaik untuk pedagang Muslim
Belajar berdagang tanpa risiko
Dagangan Live tanpa deposit
Dagang dengan Akses Terus Pasaran
Spread kasar & komisyen rendah
Tambah kuasa membeli anda
Spread tetap & pelaksanaan segera
75-90% pedagang runcit kerugian wang berdagang Forex dan CFD. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD dan dagangan berleveraj berfungsi dan jika anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pautan ke produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan Terma Perkhidmatan kami .
Sebuah broker popular di Malaysia, OANDA mempunyai suit pendidikan komprehensif, tiada syarat deposit minimum, caj dagangan rendah, dan apl dagangan mudah alih hebat. Walau begitu, pedagang Malaysia mungkin perlu ambil berat bahawa entiti global OANDA mempunyai pemantauan undang-undang yang sedikit dan mereka tidak menawarkan perlindungan baki negatif.
Pedagang juga mungkin kecewa dengan kekurangan instrumen kewangan dan caj pengeluaran yang tinggi, namun OANDA menawarkan sokongan kepada kedua platform MT4 dan MT5 disamping julat hebat alatan dagangan dan analisis pasaran yang terperinci.
Walaupun pemantauan undang-undang agak lemah dan kekurangan instrumen dagangan, OANDA ialah broker menyeluruh yang baik. Ia mempunyai akaun dagangan Islamik yang baik dan caj dagangan rendahnya akan menarik banyak pedagang. Dan dengan pengenalan sokongan MT5, kami mengjangkakan bilangan instrumen dagangan akan bertambah dalam masa terdekat ini.
🏦 Deposit Min. | USD 0 |
🛡️ Ditauliahkan Oleh | FCA, ASIC, IIROC, B.V.I FSC |
💵 Kos Dagangan | USD 10 |
⚖️ Leverage | 800:1 |
💹 Salin Dagangan | Tidak |
🖥️ Plaform | MT4, MT5 |
💱 Aset | Komoditi, Mata wang Kripto, Stock CFDs, Forex, Indices, Logam |
Sebuah broker popular di Malaysia, OANDA dikawal selia oleh pihak berkuasa terbaik didunia, termasuk FCA dari UK dan ASIC dari Australia. Namun, orang Malaysia akan dimasukkan melalui entiti di Kepulauan Virgin, yang menyediakan pemantauan undang-undang yang kurang dan pedagang Malaysia juga tidak diberikan perlindungan baki negatif.
Kawal Seliaan: Semua pelanggan Malaysia akan berdagang melalui OANDA Global Markets Ltd, yang didaftarkan di Kepulauan Virgin British, disahkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Kewangan BVI. Malangnya, BVI FSC tidak ketat dalam kawal seliaan terhadap broker Forex, dan pelanggan tidak diberikan perlindungan yang sama seperti dari badan kawal selian bereputasi tinggi seperti FCA.
Ciri-Ciri Keselamatan: Pelanggan Malaysia OANDA boleh yakini bahawa dana mereka akan disimpan dalam akaun bank berasingan, namun OANDA Global Markets Ltd tidak menawarkan perlindungan baki negatif, jadi pedagang Malaysia mungkin kerugian lebih daripada yang dilaburkan. Tambahan pula, OANDA menawarkan leveraj sehingga 200:1 pada jenis akaunnya dan tidak meletakkan syarat deposit minimum, yang jika digabungkan menjadikannya agak sukar untuk memegang posisi dagangan besar tanpa dihentikan atau kerugian wang dari akaun dagangan anda atau mengalami baki negatif.
Perihal Syarikat:
Kami mengesahkan setiap lesen dan kawal seliaan pada daftar dalam talian pengawal selia. Lihat dibawah untuk entiti OANDA yang dikawal selia BVI FSC:
Pilihan aset kewangan ditawarkan di OANDA adalah agak terhad berbanding broker besar antarabangsa lain, dan pedagang serius yang mencari instrumen tertentu mungkin akan kecewa. Namun kami berbesar hati melihat pada 2022, ia menambah julat saham CFD kedalam tawarannya.
Julat Instrumen: Sementara OANDA menawarkan pilihan CFD untuk didagangkan, ia baru sahaja memperkenalkan platform dagangan MT5, dan platfrom MT4 adalah khusus untuk dagangan Forex. Ini menunjukkan julat instrumen kewangan yang terhad di OANDA, yang termasuk Forex, komoditi, logam, mata wang kripto, indeks, dan saham CFD.
Senarai Penuh Instrumen dan Leveraj:
OANDA menawarkan tiga akaun, agak biasa seperti broker lain, namun kami kecewa mendapati caj dagangan adalah lebih tinggi berbanding kebanyakan broker lain.
Caj Dagangan: Akaun Standard dan Bebas-Swap mempunyai kos dagangan yang disertakan dalam spread, sementara Akaun Core menawarkan spread sempit sebagai pertukaran dengan komisyen kecil per dagangan. Dua akaun bebas komisyennya tiada syarat deposit minimum, namun pedagang perlu mengesahkan bahawa mereka orang Islam untuk membuka akaun bebas swap.
Lihat di bawah untuk lebih lanjut:
Seperti yang anda boleh dari rajah diatas, spread pada akaun Standard dan Bebas-Swap adalah lebih lebar berbanding purata. Kos purata untuk berdagang satu lot EUR/USD dikalangan broker serupa adalah sekitar 9 USD per lot. Walau begitu, kos dagangan di Akaun Core adalah jauh lebih rendah berbanding purata.
Akaun Standard
Akaun bebas komisyen, Akaun Standard tiada deposit minimum, leveraj sehingga 200:1, dan akses ke semua instrumen dagangan. Spreads bermula dari 1.0 pip pada EUR/USD, yang agak lebar berbanding broker penggerak pasaran lain.
Akaun Core
Akaun Core menawarkan spread lebih sempit berbanding Akaun Standard – bermula dari 0.2 pip pada EUR/USD dan mengenakan komisyen munasabah 4 USD per lot. Leveraj maksimum juga ditetapkan ke 200:1.
Akaun Swap-Free (Bebas-Swap)
Akaun ini juga bebas komisyen, dan memandangkan tiada faedah dibayar atau diterima, spread adalah lebih lebar berbanding Akaun Standard – bermula dari 1.6 pip pada EUR/USD. USD hanya mata wang asas yang disokong untuk akaun ini, namun yang lainnya, sama dengan Akaun Standard. Akaun bebas swap dibuka dengan membuka Akaun Standard dahulu, kemudian meminta pertukaran daripada khidmat pelanggan di OANDA.
OANDA menawarkan pilihan terhad cara pendanaan dan mengenakan caj tinggi untuk pengeluaran melalui pindahan bank.
Selari dengan dasar Anti-Selewang Wang, deposit dan pengeluaran di OANDA tidak boleh dilakukan ke/dari akaun pihak ketiga.
Mata Wang Akaun Dagangan: Di OANDA, pedagang hanya boleh pilih daripada empat mata wang asas: USD, SGD, HKD, dan EUR. Ini agak terhad berbanding kebanyakan broker antarabangsa lain dan mengecewakan orang Malaysia yang biasanya mempunyai akaun bank berdenominasi MYR dan akan perlu membayar caj pertukaran untuk semua deposit dan pengeluaran. Caj pertukaran boleh menjadikan dagangan mahal, dan biasanya tidak ditunjukkan dalam laporan caj, namun memberi impak kepada keuntungan.
Caj Deposit dan Pengeluaran: Walaupun tiada caj dikenakan untuk deposit, OANDA mengenakan caj pengeluaran melalui pindahan bank. Lihat dibawah untuk lebih lanjut:
Keseluruhannya, pengeluaran melalui pindahan bank adalah mahal dan OANDA menawarkan hanya beberapa cara deposit dan pengeluaran dana.
Dengan sokongan untuk MT4, MT5, dan baru-baru ini, apl dagangan mudah alihnya tersendiri, sokongan platform mudah alih di OANDA adalah lebih baik berbanding broker lain.
Ketiga-tiga platform mudah alih OANDA tersedia pada kedua Android dan iOS.
Apl fxTrade
Kami memuat turun dan menguji apl fxtrade pada iPhone 11 dan kagum mendapati bahawa kami boleh akses semua akaun kami dengan satu log masuk. Apl ini terselaras dengan lancar dengan MT5 dan anda boleh berdagang terus pada carta, lihat berbilang rangka masa, mendeposit dan mengeluarkan dana, pilih daripada banyak indikator teknikal, dan mengakses perkhidmatan VPS. Kami juga gembira mendapati betapa mudahnya menetapkan parameter risiko dan keuntungan pada tiket pesanan kami. Walau begitu, kami agak kecewa yang pedagang hanya boleh pilih 81 daripada 350 instrumen yang tersedia di OANDA, yang mungkin menghadkan pengalaman pedagang.
Apl Mudah Alih MT4 dan MT5
Pedagang perlu ketahui bahawa terdapat sedikit hilang fungsi apabila dibandingkan dengan platform dagangan MT4 dan MT5 komputer meja, termasuk kekurangan rangka masa dan pilihan pencartaan, namun pedagang boleh menutup dan mengubah pesanan sedia ada, kira untung dan rugi, dan berdagang pada carta.
OANDA menawarkan sokongan penuh untuk platform MT4 dan pada penghujung 2021, menambah MT5 kedalam pilihan dagangannya, yang bermaksud pedagang boleh berdagang instrumen khusus seperti saham CFD.
MT4 dan MT5
Kelebihan penawaran broker dalam MT4 dan MT5, ialah pedagang boleh membawa versi tersesuai mereka sendiri dengan mereka jika mereka ingin berpindah ke broker lain. Tambahan pula, terdapat beribu pemalam dan alatan untuk platform MetaTrader. Walau begitu, platform ini tidak mesra-pemula berbanding platform tersendiri yang ditawarkan broker lain.
Gambaran Keseluruhan Platform
Membuka Akaun di OANDA
Kami mendapati proses pembukaan akaun di OANDA adalah lancar dan tidak melecehkan berbanding broker-broker lain, dan gembira mendapati akaun dagangan kami siap untuk berdagang dalam masa sehari.
Kami menguji proses pembukaan akaun, yang mengambil sekitar 10 minit untuk selesai, dan sebaik dokumen kami dihantar, akaun kami siap untuk berdagang dalam masa sehari.
OANDA menawarkan akaun korporat dan individu, namun kami akan menumpukan kepada pembukaan akaun individu:
Cara membuka akaun di OANDA:
Selepas permohonan diluluskan, pedagang boleh log masuk dan mendanakan akaun mereka, Kami menggalakkan anda membaca penyata risiko, perjanjian pelanggan, dan terma perniagaan OANDA sebelum mula berdagang.
Keseluruhannya, proses pembukaan akaun OANDA adalah cepat dan efisyen, dan akaun umumnya siap untuk berdagang dalam satu hari bekerja.
Alatan dagangan OANDA adalah cemerlang berbanding broker serupa lain.
OANDA menawarkan berbagai alatan dagangan, termasuk Autochartist, Alatan Premium MT4, dan Portal Trading Performance.
Autochartist
Autocharist adalah alat pengecaman pola berkuasa yang mengimbas dan menganalisa pasaran untuk mengenalpasti peluang dagangan. Ciri-ciri lain Autochartist termasuk:
Autochartist merupakan satu daripada alat analisis teiknikal terbaik di pasaran, dan sangat bagus untuk OANDA menawarkannya kepada pelanggan mereka.
Alatan MT Premium
Alatan MT4 Premium merangkumi indikator dagangan forex berkuasa, termasuk pengurus penggera, dagangan papan kekunci, terminal mini, tick chart trader, dan banyak lagi. Semua ini disediakan oleh FX Blue Labs. Anda boleh mengakses lebih 15 indikator dan sembilan expert advisor dalam satu muat turun. Ciri-ciri popular seperti carta Renko, satu pesanan batal yang lain (OCO), dagangan papan kekunci, dagangan tik carta, dan pengurusan dagangan lanjutan semuanya percuma kepada pedagang MT4 OANDA.
Portal Trading Performance
Portal Trading Performance adalah alat analisis tingkah laku yang direkabentuk untuk mebantu menambah baik pola dagangan anda. Dikuasakan oleh Chasing Return, portal OANDA menganalisa sejarah dagangan anda dan membantu anda menumpukan kekuatan anda sementara mengenalpasti perkara yang boleh diperbaiki.
Keseluruhannya, OANDA menawarkan suit komprehensif alatan dagangan berguna berbanding broker serupa lain.
Pedagang pemula akan mendapati suasana mengalukan di OANDA dengan bahagian pendidikannya berstruktur baik tersedia untuk pedagang dengan tahap pengalaman berbeza. Mengambil kira sejarah OANDA sebagai penyedia khidmat data FX, tidak hairanlah analisis pasarannya adalah terperinci dan sangat baik. Walau begitu, khidmat pelanggan di Malaysia agak terhad dalam perkara tertentu. Tambahan lagi, laman web OANDA boleh didapati dalam Bahasa Melayu, namun bahan pendidikan dan analisis pasaran hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris.
Bahagian pendidikan tidak mudah dicari pada laman web OANDA. Ia tidak dipautkan dari menu merentasi bahagian atas halaman dan hanya boleh dijumpai dalam menu di bahagian bawah halaman. Sama ada ini disengajakan atau sebaliknya, tidak diketahui.
Sebaik ditemui, pendidikan di OANDA dibahagikan kepada tiga sub-seksyen: Cara Bermula, Alatan dan Strategi, dan Pengurusan Modal. Maklumat adalah terperinci dan membantu dan disampaikan dalam campuran video atau teks. Ia juga menawarkan akaun demo.
Bahagian Cara Bermula melitupi aspek asas dagangan Forex CFD seperti leveraj dan margin dan mengenalkan pedagang dengan platform MT4. Bahagian Alatan dan Strategi melitupi analisis dan menerangkan cara pedagang boleh menggunakan berbagai alat analisis teknikal untuk meramal pasaran dengan lebih baik; kemahiran yang penting untuk pedagang berjaya. Akhir sekali, bahagian Pengurusan Modal melitupi pengurusan risiko dan cara mengaplikasikannya dalam keadaan pasaran sebenar.
Disamping tutorial-tutorial ini, OANDA juga menghoskan webinar dengan kerap tentang semua aspek dagangan, termasuk Asas Dagangan dan Analisis Pasaran Live. Webinar sebelum ini disimpan dalam arkib dan tersedia apabila diminta. Webinar dan arkib webinar adalah percuma namun perlukan pendaftaran dengan nama dan alamat e-mel anda.
Akaun Demo
Akaun demo OANDA menyamai keadaan dalam Akaun Standard dan tersedia dengan baki maya 100,000 USD. Akaun demo tidak akan luput jika anda memintanya dari khidmat pelanggan OANDA.
Perbandingan Pendidikan:
Bahagian analisis OANDA adalah cemerlang berbanding broker-broker lain, disediakan oleh penganalisa dalaman dan pembekal pihak ketiga, Market Pulse.
Analisis pasaran disediakan oleh perkhidmatan MarketPulse OANDA. MarketPulse adalah laman berita pemenang anugerah yang menyampaikan ulasan tentang julat luas kelas aset sepanjang hari, serta wawasan mendalam trend ekonomi utama dan peristiwa berimpak pasaran.
Litupan 24/7 di MarketPulse disediakan oleh enam pakar penganalisa dan pedagang profesional dengan berdekad pengalaman merangkumi dagangan julat penuh pasaran. Semua analisis adalah terperinci, tepat, dan dikirim dalam seminit selepas peristiwa pasaran berlaku.
Disamping litupan berasaskan teks MarketPulse, video dan podcast kerap juga diterbitkan.
Sokongan pelanggan hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris, Cina, Sepanyol, Jerman, namun tiada Bahasa Melayu. Sokongan tersedia 24/7 melalui e-mel dan chat live, namun pelanggan Malaysia perlu menggunakan nombor khidmat pelanggan Singapura untuk sokongan telefon. Untuk tujuan ulasan ini, kami mendapati khidmat pelanggan adalah responsif namun tidak berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan di OANDA.
Kawal Seliaan: Ditubuhkan pada 1997 di Delaware, Amerika Syarikat sebagai penyedia kadar FX, OANDA telah berkembang menjadi sebua syarikat kewangan khidmat pelbagai yang besar, menawarkan dagangan CFD runcit, perkhidmatan data Forex untuk syarikat, dan maklumat kadar pertukaran pada lebih 38,000 pasangan mata wang. Sebagai broker CFD antarabangsa OANDA, kawal seliaannya adalah mantap, dengan pemantauan kawal seliaan dari tidak kurang daripada 7 badan berkuasa nasional:
OANDA telah memenangi banyak anugerah atas perkhidmatan dan produknya saban tahun, seperti Bahan Pendidikan Terbaik 2018 (Laporan Investment Trends – US Foreign Exchange) dan Broker Forex No. 1 di Singapura 2017 (Laporan Investment Trends Singapore CFD & FX). Baru-baru ini, OANDA dinobatkan Broker Paling Popular dan Broker CFD dan Forex Terbaik 2020 oleh pelanggan TradingView dalam Anugerah Sulung Broker TradingView. TradingView adalah satu daripada rangkaian sosial terbesar untuk pedagang, dengan lebih 15 juta pengguna berdaftar diseluruh dunia.
Keseluruhannya, oleh kerana sejarah kelakuan baik, kawal seliaan antarabangsa kukuh, proses pengauditan ketat, dan pengiktirafan meluas industri, kami menganggap OANDA broker yang boleh dipercayai.
Kami mementingkan keterbukaan dan ketelusan dalam cara kami menilai rakan sekutu kami. Bagi membawa ketelusan kemuka hadapan, kami telah menerbitkan proses penilaian kami. Berpusat kepada proses penilaian ini adalah kebolehpercayaan broker, tawaran platform broker dan keadaan dagangan yang ditawarkan kepada pelanggan, yang diringkaskan dalam ulasan ini. Setiap daripadanya digred, dan markah keseluruhan dikira dan ditentukan kepada broker.
Berdagang Forex adalah berisiko, dan setiap broker wajib memperincikan risiko dagangan CFD kepada pelanggan. OANDA ingin anda tahu bahawa: Berdagang Produk kami adalah berisiko tinggi dan boleh mengakibatkan kerugian melebihi jumlah pelaburan asal. Semua baki negatif perlu dibayar.
Penggerak pasaran dengan sejarah mengagumkan dan perniagaan besar bukan CFD, OANDA secara relatifnya agak mengecewakan berbanding penyedia CFD yang lain. Hanya 45 pasangan FX tersedia untuk dagangan, disamping julat kecil komoditi, indeks, saham CFD, dan logam, namun sokongan ditawarkan untuk kedua platform MT4 dan MT5 disamping apl dagangan mudah alih tersendirinya.
Caj dagangan adalah sekitar purata pada kedua akaun Standard dan Bebas-Swap namun jauh lebih baik pada Akaun Core. Pedagang Malaysia mungkin akan kecewa dari kurangnya pemantauan undang-undang dan mereka tidak diberikan perlindungan baki negatif dan khidmat pelanggan tempatan tidak tersedia melalui telefon. Namun pendidikan dan analisis pasaran adalah hebat dan OANDA menyediakan hos kepada berbagai alatan dan pemalam untuk MT4.
Find out how Oanda stacks up against other brokers.
Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.
Sesi ditamatkan
Sila log masuk lagi. Halaman log masuk akan membuka tab baharu. Selepas melog masuk anda boleh menutupnya dan kembali ke halaman ini.
andai tak dapat pulangan dalam masa 24 jam walaupun dah bayar invoice macam mana? Sebab saya saya ade buat pelabuaran di syarikat oanda ni..invoice pun dah bayar tapi pulangan masih dalam proses,dah 4 hari masih tak dapat pulangan