FxScouts melalui standard editorial yang ketat dalam proses penilaian kami. Kami mungkin menerima imbuhan apabila anda klik pada pautan produk yang kami ulas. Sila baca pendedahan pengiklanan kami.
Ditubuhkan pada 2014, Tickmill ialah broker STP terkawal selia baik yang memfokuskan dalam penyediaan persekitaran dagangan optimal untuk pemula serius dan pedagang yang lebih berpengalaman.
Sementara keadaan dagangan pada Akaun Klasik aras pemula Tickmill berkualiti agak rendah sedikit berbanding dengan broker lain, pedagang berpengalaman akan tertarik dengan akaun Pro dan VIP. Dengan deposit minimum 100 USD dan 50,000 USD setiapnya, kedua akaun ini menyediakan antara spread yang paling kompetetif (0.0 pip pada EUR/USD) ditambahkan lagi dengan komisyen terendah dalam industri. Dengan sokongan terhadap MT4 dan yang lebih baru, MT5, pedagang berpengalaman akan menikmati deretan alatan dagangan yang termasuk dalam tawaran, termasuk Autochartist, Alatan Dagangan Canggih, dan penghosan VPS yang disubsidi.
Pendidikan dan analisis pasaran keduanya cemerlang dan pedagang berpengalaman akan menghargai julat meluas pasangan mata wang; dan dengan tambahan MT5, pedagang juga mungkin akan melihat bilangan aset tersedia bertambah. Orang Malaysia juga akan gembira mendengar bahawa Tickmill menawarkan akaun Bebas-swap Islamik dan dikawal selia tempatan oleh FSA Labuan Malaysia.
Keseluruhannya, Tickmill ialah pilihan hebat broker untuk pedagang pemula serius dan pengguna Metatrader berpengalaman yang mencari broker baru.
Ditubuhkan pada 2014, dengan ibu pejabat di London, Tickmill telah mengalami perkembangan pesat sejak dimulakan. Ia mempunyai lebih 110,000 pedagang dalam rekodnya dan volum dagangan bulanan purata 120 billion USD.
Tickmill diberi kuasa dan dikawal selia oleh Lembaga Kelakuan Kewangan (FCA), Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Cyprus (CySEC), the Lembaga Kelakuan Sektor Kewangan Afrika Selatan (FSCA), Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan Malaysia, dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Seychelles (FSA). Lihat dibawah untuk senarai pendaftaran syarikat Tickmill:
Pedagang Malaysia akan dilatih dibawah anak syarikat, Tickmill Ltd Seychelles, dikawal selia oleh FSA Seychelles. Sebabnya tidak jelas mengapa Tickmill ingin memegang lesen daripada Perkhidmatan Kewangan Labuan dan kemudian halakan pelanggannya ke entiti Seychelles sebaliknya. Aturan ini bermakna dana pelanggan Malaysia tidak disimpan didalam bank-bank Malaysia dan sebarang pertikaian tidak dapat diuruskan dalam negara tempatan oleh LFS.
FSA Seychelles meletakkan pemerhatian kawal seliaan yang rendah berbanding daripada EU dan Australia, dan sementara ia memerlukan broker menyimpan dana dalam akaun berasingan dan mengeluarkan penyata bulanan kepada pelanggan mereka, ia tidak mewajibkan broker untuk menawarkan perlindungan baki negatif atau menghadkan leveraj untuk melindungi pelanggan mereka.
Walaupun Tickmill bukan ahli dalam sebarang skim pampasan kerajaan, pelanggan Malaysia boleh yakin bahawa dana mereka adalah berasingan dengan permodalan operasi Tickmill, dan mereka menawarkan perlindungan baki negatif. Tickmill juga dinilai dengan kerap oleh auditor luar dan penyata dihantar ke FSA.
Kualiti dan populariti Tickmill dikalangan pedagang menonjol dan mendapat anugerah daripada anggota industri. Kebelakangan tahun ini syarikat telah memenangi anugerah untuk:
Keseluruhannya, walaupun pelanggan Malaysia Tickmill dihalakan ke entiti kawal selian FSA, ia juga dikawal selia oleh berbilang pengendali antarabangsa kukuh, mempunyai rekod jangka panjang kelakuan bertanggung jawab, dan telah menerima pengiktirafan meluas industri. Atas dasar ini, kami menganggap Tickmill sebagai broker yang boleh dipercayai.
Caj dagangan Tickmill adalah lebih rendah daripada purata.
Sebuah broker tidak bermeja urusan (non NDD), Tickmill menawarkan tiga akaun pelaksanaan pasaran. Kos dagangan Akaun Klasik termasuk dalam spread, sementara untuk akaun Pro dan VIP spread sempit disediakan sebagai pertukaran untuk komisyen kecil per dagangan. Syarat dagangan akan lebih baik dengan deposit minimum lebih tinggi. Untuk maklumat lanjut tentang akaun dagangan Tickmill’s, klik sini.
Akaun Tickmill dinilai dengan membandingkan kos dengan broker lain. Apabila membuat perkiraan ini, kami menggunakan satu lot EUR/USD sebagai penanda aras memandangkan ia adalah pasangan mata wang yang paling biasa didagangkan dan biasanya mempunyai spread paling sempit. Malangnya, Tickmill tidak memaparkan spread purata untuk setiap akaun, jadi perkiraan ini adalah berdasarkan spread minimum.
Kos dinilai berdasarkan caj dagangan untuk satu (100 000 USD) lot pada EUR/USD termasuk spread dan komisyen:
Spread x Saiz Dagangan + Komisyen = Jumlah Kos Dagangan (USD):
Seperti yang anda boleh lihat dari jadual diatas, kos dagangan pada Akaun VIP adalah lebih rendah berbanding kos pada dua akaun lain dan sangat rendah dibandingkan broker lain pada akaun sama. Walau begitu, pedagang perlu mengekalkan baki akaun minimum sebanyak 50,000 USD, yang biasanya hanya mampu diambil oleh pedagang profesional. Kos dagangan pada Akaun Pro juga sangat kompetetif, dan hanya memerlukan deposit minimum 100 USD. Perlu ditonjolkan bahawa Tickmill mengecaj antara komisyen paling rendah dalam indsutri – komisyen untuk kebanyakan broker lain biasanya pada 7 USD (pusingan pebuh) per lot didagangkan.
Satu-satunya akaun dengan kos dagangan lebih tinggi daripada purata adalah dalam Akaun Klasik yang berkomisyen bebas. Purata kos dagangan pada kebanyakan broker lain biasanya pada 9 USD per lot didgangkan.
Tickmill mengenakan yuran swap untuk posisi yang dibuka semalaman. Faedah dibayar (atau diterima) untuk setiap hari posisi dibuka. Apabila pedagang ungin mengekalkan posisi terbuka, mereka akan membayar faedah atas mata wang yang dijual, dan menerima faedah atas mata wang yang dibeli. Jadi swap akan diperolehi daripada kadar faedah negara terlibat dalam pasangan mata wang, sama ada pedagang membeli atau menjual, dan keadaan pasaran terkini. Sebagai contoh, kadar swap untuk 1 lot EUR/USD adalah -3.56 untuk posisi jualan dan +0.83 untuk posisi belian. Tickmill menyediakan kalkulator swap mudah untuk mengira kos-kos ini.
Umumnya, kos dagangan berterusan di Tickmill adalah sangat kompetetif pada dua akaun berasaskan komisyennya, namun lebih tinggi daripada purata pada Akaun Klasik komisyen bebasnya. Walau begitu, pada 100 USD, deposit minimum pada akaun Klasik dan Pro membuatkannya lebih mudah diakses oleh kebanyakan pedagang.
Caj tidak berdagangTickmill adalah lebih rendah berbanding broker serupa lain.
Beberapa kos dagangan yang kurang dihiraukan adalah caj tidak berdagang yang dikenakan broker. Caj ini boleh menjejaskan keberuntungan anda dan sepatutnya diperincikan dengan berhati-hati.
Pun begitu, di Tickmill tiada caj dikenakan untuk deposit dan pengeluaran, dan Tickmill tidak mengenakan caj pada akaun tidak aktif. Ini adalah luar biasa buat industri yang mengenakan caj untuk hampir semua jenis transaksi.
Tickmill mempunyai proses pembukaan akaun yang cepat dan mudah, dengan pengesahan pantas.
Pedagang Malaysia boleh membuka akaun di Tickmill, namun perlu memenuhi syarat deposit minimum sebanyak 100 USD untuk melakukannya. Untuk membuka Akaun VIP, pedagang perlu mengekalkan baki minimum sebanyak 50,000 USD.
Tickmill menawarkan kedua akaun syarikat dan individu, meskipun kami hanya menggariskan proses empat-langkah untuk membuka akaun jenis individu:
Kami menyarankan anda membaca penafian risiko, perjanjian pelanggan, dan terma perniagaan Tickmill sebelum mula berdagang.
Keseluruhannya, proses pembukaan akaun di Tickmill adalah cepat, efisyen, dan akaun akaun biasanya siap untuk berdagang dalam masa beberapa jam.
Tickmill menawarkan tiga akaun, dimana bersifat sederhana berbanding kebanyakan broker lain, dan akaunnya sesuai untuk pedagang pemula dan profesional.
Tickmill mempunyai tiga jenis akaun yang sesuai untuk pedagang pemula dan profesional. Pedagang pemula adalah pedagang tidak berpengalaman yang tidak pernah berdagang sebelum ini, atau yang baru berdagang kurang daripada satu tahun. Pedagang pemula biasanya tidak mahu merisikokan jumlah wang besar dan umumnya tidak berupaya berdagang sepenuh masa pada waktu bekerja biasa.
Akaun dengan deposit minimum lebih rendah dan membenarkan dagangan lot mikro selalunya lebih sesuai kepada pedagang pemula. Akaun Klasik Tickmill memerlukan deposit minimum hanya 100 USD dan membenarkan saiz dagangan lebih kecil, dihitung dalam lot mikro, yang sesuai buat pedagang pemula.
Umumnya, pedagang berpengalaman cenderung memilih akaun dengan deposit minimum lebih tinggi dan spread lebih sempit. Akaun Pro dan VIP Tickmill keduanya mempunyai spread sangat sempit (bermula dari 0.0 pip pada EUR/USD) sebagai pertukaran dengan komisyen pusingan penuh 4 an 2 USD mengikut turutan, antara yang paling rendah dalam industri. Kos dagangan pada kedua akaun ini membuatkannya menarik kepada pedagang berpengalaman.
Tickmill menawarkan dagangan pada 62 pasangan Forex disamping CFD indeks saham, logam, dan bon, tanpa campur tangan meja urusan (klik sini untuk lanjutan tentang aset boleh dagang Tickmill). Akaunnya didenominasi dalam tiga mata wang berbeza, termasuklah EUR, GBP, dan USD, dan pelanggannya mempunyai akses leveraj sehingga 500:1. Tickmill membenarkan lindung nilai, scalping, dan salin dagangan.
Tickmill juga menawarkan akaun bebas swap Islamik, namun apabila posisi dibuka lebih daripada tiga hari berdagang berturutan (termasuk hari minggu), akaun Islamik akan dikenakan, namun hanya pada pasangan mata wang eksotik.
Akaun Klasik
Akaun bebas komisyen tahap pemula ini memerlukan deposit minimum sebanyak 100 USD. Caj telah disertakan dalam spread, yang bermula pada 1.6 pip pada EUR/USD, yang lebih lebar daripada broker serupa.
Akaun Pro
Akaun ini memerlukan deposit minimum 100 USD dan merupakan akaun tahap pemula untuk pedagang profesional. Spread tidak tetap sempit (bermula pada 0.00 pips pip) tersedia sebagai pertukaran dengan komisyen USD 4 USD (pusingan penuh) per lot. Ambil perhatian bahawa tahap henti keluar dan had untuk pengguna akaun Pro adalah sifar.
Akaun VIP
Dengan keadaan dagangan cemerlang, akaun ini adalah untuk pedagang profesional bervolum besar namun memerlukan deposit minimum 50,000 USD. Komisyen dikurangkan kepada 2 USD (pusingan penuh) per lot dan spread pada 0.0 pip (EUR/USD), membuatkan akaun ini satu daripada akaun berkos rendah dalam industri.
Akaun Demo
Akaun Demo membolehkan pedagang prospektif untuk berlatih berdagang dalam masa-nyata. Seseorang boleh mencuba alatan dan strategi disamping menajamkan kemahiran dagangan sepenuhnya tanpa risiko. Pedagang baru juga boleh meneroka suit penuh alatatan dan ciri tersesuai yang ditawarkan platform MT4 platform untuk meningkatkan prestasi dagangan. Akaun demo luput apabila tidak log masuk untuk tujuh hari berturut.
Keseluruhannya, secara umum, kos permulaan dan berterusan Tickmill adalah lebih rendah berbanding broker serupa lain. Akaun Klasik Tickmill menarik perhatian pedagang pemula dengan deposit minimum rendahnya dan dagangan lot mikro, sementara akaun berasaskan komisyennya akan menarik perhatian pedagang profesional dengan spread sempitnya sebagai pertukaran dengan komisyen kecil per lot didagangkan.
Tickmill menawarkan pilihan meluas cara pendanaan dan pengeluaran, masa pemprosesannya cepat, dan tiada caj dikenakan untuk deposit dan pengeluaran .
Sebuah broker terkawal selia rapi, Tickmill memastikan semua peraturan Anti Penyelewangan Wang dipatuhi , dan disebabkan ini, semua pengeluaran dihalakan semula ke sumber deposit. Tickmill menawarkan pilihan deposit dan pengeluaran bebas komisyen yang boleh dilakukan pada platform dagangan broker. Satu kekurangannya ialah akaun didenominasi dalam EUR, USD, atau GBP, yang bermaksud orang Malaysia perlu membayar caj pertukaran mata wang jika mereka memindahkan wang daripada akaun bank MYR. Lihat dibawah untuk lanjutan:
Tickmill juga mempunyai dasar Caj Sifar dan akan memulangkan wang pedagang dalam sebarang caj pihak ketiga yang dikenakan sehingga 100 USD pada deposit yang melebihi 5,000 USD.
Keseluruhnannya, Tickmill menawarkan pilihan meluas cara pendanaan berbanding kebanyakan broker lain, dan ianya percuma. Disamping itu, masa pemprosesannya cepat, dan untuk deposit melebihi 5,000 USD, pedagang akan dibayar balik buat sebarang caj pihak ketiga.
Tickmill menawarkan berbagaibonus dan promosi untuk pedagang baru. Ini termasuklah Akaun Aluan 30 USD, pertandingan ramalan Non-Farm Payroll, dan pertandingan Trader of the Month. Lihat laman web Tickmill untuk maklumat lanjut.
Tickmill menawarkan tiga mata wang asas, yang agak terhad berbanding broker lain, dan pedagang Malaysia juga akan kecewa dengan ketiadaan pilihan akaun dagangan MYR.
Di Tickmill, pedagang boleh memilih daripada tiga mata wang asas: USD, GBP, dan EUR. Ini agak terhad berbanding kebanyakan broker antarabangsa lain dan mengecewakan buat orang Malaysia yang biasanya mempunyai akaun bank berdenominasi dalam MYR dan akan perlu membayar caj pertukaran atas semua deposit dan pengeluaran. Caj pertukaran membuatkan dagangan menjadi mahal, dan biasanya tidak dipaparkan dalam laporan caj, namun menjejaskan keberuntungan.
Untuk pedagang yang berdagang dalam volum besar (lebih daripada 10 lot sebulan), ianya lebih baik untuk membuka akaun berdenominasi USD di bank mata wang digital, terutamanya untuk berdagang EUR/USD. Ini kerana apabila berdagang pasangan mata wang sebutan USD dengan akaun MYR, akan terdapat caj pertukaran untuk setiap dagangan yang dibuat.
Keseluruhannya, tawaran mata wang akaun Tickmill lebih terhad berbanding broker antarabangsa besar lain dan tidak menawarkan akaun berdenominasi MYR.
Tickmill menawarkan sokongan penuh untuk platform MT4 dan baru-baru ini menambah MT5 dalam kelengkapannya. Ini menyerlahkan bagaimana Tickmill berterusan membuat Kerjasama bagi meningkatkan keadaan dagangan untuk pelanggannya yang kian meningkat.
Tickmill baru-baru ini menambah platform MT5 ke dalam itinerinya, yang menunjukkan bahawa broker berhajat untuk mengembangkan kepelbagaian asetnya di masa depan – berkemungkinan menambah saham, atau CFD khusus seperti ETF. Ini adalah berita hebat untuk pedagang lebih berpengalaman yang mungkin merasakan aset kewangan terkini Tickmill agak terhad (untuk lanjutan tentang instrumen kewangan Tickmill, klik sini).
Semua pilihan platform adalah percuma, dan boleh dimuat turun ke PC anda dan semuanya mempunyai versi web platform. Semua platform juga tersedia pada peranti mudah alih Android dan iOS, untuk lanjutan tentang platform mudah alih Tickmill, klik di sini.
Telah bertapak sebagai platform peneraju-industri, Metatrader 4 (MT4) adalah platform yang paling boleh dipercayai dan popular sedia ada. Antara muka intuitif dan persekitaran mesra penggunanya menyediakan alatan dan sumber penting untuk dagangan dalam talian berjaya. Ia juga diiktiraf dengan meluas atas kelajuan pelaksanaannya, pilihan alat pencartaan, dagangan algoritma, dan kebolehsesuaiannya.
Platform MT4 Tickmill adalah versi standard MT4, dan sementara berbagai naik taraf boleh didapati, kebanyakannya perlu dibayar.
Ciri-ciri MT4 termasuk:
Terdapat juga banyak kelebihan mendaftar dengan broker MT4:
Sementara MT4 mempunyai kebolehsesuaian hebat, platform ini sedikit lapuk, dan sesetengah ciri mungkin sukar untuk dijumpai. Disamping itu, hanya pesanan asas boleh didapati, termasuk Pasaran, Had, Henti, dan Jejak Henti.
Dibina pada 2010, MT5 adalah versi terbaru pendahulunya, MT4. MT5 lebih berkuasa dan pantas berbanding MT4 dari segi pengujian latar kefungsian untuk dagangan algoritma automatik. Ia juga mempunyai suapan berita terbina-dalam, indikator kedalaman pasaran, kalendar ekonomi, dan dagangan boleh dibuat pada carta. Ciri-ciri tambahan MT5 termasuk:
Sekali lagi, hanya versi MT5 standard tersedia di Tickmill. Pun begitu, sokongan untuk MT5 bermaksud Tickmill boleh meningkatkan tawaran asetnya, menjadikannya lebih menarik untuk pedagang berpengalaman.
Sementara MT4 dan MT5 keduanya merupakan platform dagangan cemerlang, banyak broker CFD lain juga menawarkan platform berasaskan web mereka sendiri, yang mungkin lebih mudah digunakan untuk pedagang pemula. Sebaliknya, kelebihan tawaran platform pihak ketiga Tickmill seperti MT4 dan MT5 adalah pedagang boleh membawa versi tersesuai platform sendiri dengan mereka jika mereka ingin berpindah ke broker lain. Tambahan pula, terdapat beribu pemalan dan alatan tersedia pada platform Metatrader.
Platform dagangan mudah alih Tickmill adalah biasa dibandingkan dengan broker serupa lain.
MetaTrader4 (MT4) dan Metatrader 5 (MT5) tersedia pada telefon dan tablet IOS, Android, dan Windows. Apl akan menyambung akaun yang sama seperti perisian destop, membolehkan penyelarasan dan pengalaman dagangan mudah alih.
Pedagang perlu mengambil perhatian bahawa terdapat sedikit kehilangan fungsi apabila dibandingkan dengan platform dagangan destop, termasuk kurang rangka masa dan pilihan pencartaan, namun pedagang boleh menutup dan mengubah pesanan terkini, mengira keuntungan dan kerugian, dan berdagang pada carta.
Tickmill menawarkan pilihan alatan dagangan cemerlang berbanding broker serupa lain.
Tickmill menawarkan beberapa alatan dagangan hebat, termasuk Autochartist, Myfxbook, PelicanTrading, perkhidmatan VPS, toolkit dagangan canggih, dan pemalam dagangan satu-klik. Autochartist adalah percuma untuk semua pengguna berdaftar, sementara alat pihak ketiga lain seperti myfxbook, Pelican Trading, dan penghosan VPS akan dikenakan kos tambahan buat pedagang.
AutoChartist
AutoChartist ialah alat analisis automatic pihak ketiga yang mengimbas pasaran untuk turun-naik dan memberitahu pedagang peluang dagangan relevan. Memandangkan ia berintegrasi dengan MT4, maklumat tersedia dalam tampak dagangan dan memudahkan lagi platform sementara menyediakan analisis tambahan. Autochartist adalah alat analisis teknikal diketahui umum dikalangan pedagang, jadi video Latihan mudah untuk dicari dalam talian. Autochartist juga satu daripada alat analitik yang terbaik dalam pasaran, dan Tickmill cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan ini kepada pelanggannya. Tickmill menawarkan AutoChartist percuma kepada semua pemegang akaun live dan demo.
Myfxbook
Satu lagi alat dagangan pihak ketiga diketahui ramai yang tersedia pada Tickmill ialah Myfxbook AutoTrade, sebuah platform dagangan sosial rentas-broker yang membolehkan salin dagangan tanpa perisian tambahan. Myfxbook tersedia dengan kos tambahan, dan pedagang perlu menghubungi myfxbook terus untuk ketahui lebih lanjut. Myfxbook dipuji sebagai satu daripada platform dagangan sosial terbaik yang ada.
Pelican Trading
Seperti Myfxbook Auto Trade, Pelican ialah aplikasi salinan automatik semua-dalam-satu yang membolehkan pedagang mengikuti dan menyalin dagangan daripada pedagang berjaya lain. Pelican mempunyai antara muka yang mesra pengguna yang menyediakan platform untuk belajar dan chat dengan pedagang dan mentor lain. Pengguna juga boleh menjejak dan menganalisa prestasi pedagang lain. Platform ini ideal untuk pemula menjinakkan diri dalam dagangan. Sekali lagi, pedagang perlu menghubungi Pelican terus untuk mengetahui kos terlibat dalam penggunaan perkhidmatannya.
Perkhidmatan VPS
Tickmill VPS telah bekerjasama dengan BeeksFX untuk menyediakan diskaun perkhidmatan VPS kepada pelanggannya. Sebagai salah satu penyedia VPS Forex besar, BeeksFX memberikan pengguna akses kepada kependaman yang sangat rendah dan penasihat pakar.
Pelanggan Tickmill berhak mendapat kelebihan eksklusif BeeksFX seperti berikut:
Advanced Trader Toolkit
Percuma untuk semua pelanggan Tickmill, Advanced Trader Toolkit memberikan pedagang akses ke teknologi institusi berkualiti, termasuk alat dagangan canggih, berita dan maklumat boleh dikonfigurasi, dan analisis dagangan. Ia juga merangkumi susunan sistem pemesejan dan penggera, dan penjejak sentimen dan korelasi live. Alat ini sesuai untuk pedagang yang lebih berpengalaman memperbetulkan strategi dagangan mereka. Antara alat yang termasuk dalam pakej ialah:
One-Click Trading
One-Click Trading MT4 Expert Advisor (EA) dibina untuk menjadikan mekanisme dagangan biasa lebih mudah diakses, memudahkan dagangan dan membuang navigasi tidak perlu diantara tetingkap dan carta. EA ini tidaklah meringkaskan semua pada MT4, namun ia membuatkan dagangan pada platform kurang rumit.
Keseluruhannya, Tickmill menawarkan antara alatan dagangan terbaik dalam industri, yang bersesuaian kepada kedua pedagang pemula dan lebih berpengalaman.
Pilihan instrumen kewangan Tickmill untuk didagangkan adalah lebih terhad berbanding kebanyakan broker lain, dengan ketiadaan saham dan CFD khusus seperti ETF.
Sementara Tickmill menawarkan pilihan CFD untuk didagangkan, ia hanya baru-baru ini memperkenalkan platform dagangan MT5, dan platform MT4 berkeutamaan untuk dagangan Forex. Ini memberikan indikasi relatif instrumen kewangan yang terhad di Tickmill.
Forex: Tickmill menawarkan 62+ pasangan mata wang untuk dagangan (EUR/USD, GBP/USD, dan USD/JPY) dan minor (NZD/CAD, EUR/JPY, and GBP/NZD), dan eksotik (EUR/NOK, USD/SEK dan EUR/ZAR). Di Tickmill, terdapat lebih banyak pasangan untuk didagangkan berbanding kebanyakan broker Forex lain. Leveraj untuk Forex adalah sehingga 500:1.
Indeks: Tickmill menawarkan dagangan 14+ indeks, dimana agak terhad berbanding broker serupa lain, dan termasuk jenis seperti AUS200, UK100, US30, dan US500. Leveraj adalah sehingga 100:1 untuk indeks dan kedua Indeks Futures dan Index Cash CFD boleh didapati.
Logam: Tickmill menawarkan dua logam, berbanding kebanyakan broker yang menawarkan 5 – 10 Logam. Ini termasuk emas dan perak. Leveraj maksimum logam ialah 1:500 untuk emas 1:125 untuk perak.
Bon: Tickmill menawarkan empat bon untuk dagangan, bilangan biasa berbanding broker serupa lain. Leveraj ialah 1:100 untuk bon.
Mata wang kripto: Tickmill hanya menawarkan tiga mata wang kripto untuk dagangan, termasuklah Bitcoin, Ethereum, dan Litecoin. Tawaran ini juga agak terhad berbanding broker lain. Leveraj adalah sehingga 1:2 untuk kripto.
Meskipun pilihan meluas untuk pasangan Forex, pilihan untuk CFD di Tickmill agak mengecewakan. Sebab utama adalah dari penggunaan platform MT4. Pun begitu, kami berharapan dengan penambahan baru MT5, Tickmill akan meluaskan lagi tawaran asetnya.
Tickmill mempunyai pemilihan bahan pendidikan bertaraf dunia, disamping webinar dan seminar untuk membantu pedagang baru mengukuhkan asas mereka. Mereka juga menawarkan Blog Analisis dan Alat Analisis Trading View, memperkenalkan perspektif baru dalam pasaran mata wang. Kesemua bahan analisis pasaran dan pendidikan sepenuhnya diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.
Tickmill menawarkan pemilihan bahan pendidikan yang mengagumkan. Kebanyakannya bertumpu kepada pemula, namun terdapat ruangan yang berguna kepada pedagang berpengalaman.
Tickmill menawarkan banyak bahan pendidikan, termasuk e-book yang boleh dimuat turun, video tutorial, infografik, dan glosari Forex. Mereka juga kerap menghoskan seminar dan webinar.
E-book: Melitupi Asas Dagangan Forex dan cara dagangan Forex berfungsi, pengenalan kepada Pasangan Mata Wang Utama, Strategi Dagangan, dan pengenalan kepada Analisis Fibonacci, dan jenis utama analisis Forex.
Video Tutorial: Tickmill menawarkan berbagai video tutorial, beberapa daripadanya boleh diakses selepas mendaftar akaun live. video tutorial melitupi beraneka topik, termasuk Dagangan Forex, Analisis Pasaran, Psikologi Dagangan, Strategi Dagangan, Dagangan Sosial, CFD, Akaun Berpengurus, dan Indikator Teknikal.
Infografik: Tickmill menyediakan infografik hebat yang memperincikan fakta penting dan senario berkemungkinan untuk berbagai peristiwa, dan bagaimana ia memberi kesan kepada pasaran.
Webinar dilakukan dalam 4 bahasa (Bahasa Inggeris, Arab, Itali and Jerman), dan semua webinar sebelumnya boleh didapati didalam arkib. Subjek webinar berbeza-beza dari konsep fundamental seperti Strategi Dagangan Berita kepada Analisis Teknikal dan Teori Carta seperti Model Elliot Wave Standard.
Tickmill juga mempunyai jadual seminar percuma diserata dunia, yang memperkenalkan pelanggan kepada konsep dagangan dan menyediakan peluang menambah kenalan.
Broker juga menawarkan glosari dagangan yang befungsi sebagai sumber lain pendidikan, and dimana terma asas dijelaskan dalam ayat pendek.
Bahan analisis Tickmill adalah cemerlang berbanding broker serupa lain.
Pasukan penyelidikan dalaman Tickmill yang terdiri daripada sebelas pakar menerbitkan blog berkala melitupi kedua analisis fundamental dan teknikal. Pasukan penyelidik ini menyediakan maklumat tentang peristiwa berimpak kepada pergerakan pasaran diluar sumber berita biasa. Artikel ini dikemaskini sepanjang hari dalam berbagai format termasuk carta, video dan penulisan artikel.
Blog ini boleh dilihat awam, dan Tickmill membolehkan pedagang untuk menghubungi penulis dengan soalan tentang artikel mereka. Ini adalah tawaran unik, memandangkan broker selalunya tidak berhubungan satu-dengan-satu bersama pedagang.
Ambil perhatian bahawa semua bahan analisis boleh didapati dalam Bahasa Melayu.
Tickmill menawarkan sokongan pelanggan berkualiti tinggi, meskipun, mereka hanya beroperasi dari Isnin ke Jumaat pada waktu bekerja.
Sokongan pelanggan tersedia dalam 17 bahasa berbeza, termasuk Bahasa Melayu, melalui e-mel, telefon, dan chat live. Sokongan telefon tempatan juga tersedia di Malaysia. Namun mereka tiada perkhidmatan panggil semula. Pedagang harus mengetahui bahawa khidmat pelanggan hanya beroperasi dari Isnin ke Jumaat pada waktu bekerja.
Untuk tujuan ulasan ini, kami mendapati khidmat pelanggan adalah sangat responsif dan berpengetahuan. Ianya jelas bahawa Tickmill melabur baik dalam latihan kepada pasukan khidmat pelanggannya memandangkan mereka berupaya menjawab soalan kami tanpa ragu-ragu.
Kami mementingkan ketelusan dan keterbukaan dalam cara kami mengulas rakan sekutu kami. Untuk membawa ketelusan ke muka depan, kami telah menerbitkan proses ulasan kami yang merangkumi pecahan terperinci tentang tawaran Tickmill. Berpusat kepada proses ini adalah penilaian kebolehpercayaan broker, tawaran platform broker, dan keadaan dagangan yang ditawarkan kepada pelanggan, yang diringkaskan dalam ulasan ini. Setiap daripadanya digred, dan markah keseluruhan dikira dan ditentukan kepada broker.
Berdagang Forex adalah berisiko, dan setiap broker wajib memperincikan risiko berdagang CFD Forex kepada pelanggan. Tickmill ingin anda tahu bahawa: Berdagang produk kewangan menggunakan margin berisiko tinggi dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Kerugian boleh melebihi pelaburan awal. Sila pastikan anda benar-benar faham risiko yang bakal dihadapi dan berwaspada dalam menguruskan risiko anda.
Tickmill ialah broker STP pemenang anugerah yang sangat bergantung pada platform standard industri untuk membolehkan pelaksanaan pantas. Dengan ruangan pendidikan yang kukuh, ketersediaan kedua MT4 dan MT5, alat tambahan premium tersedia kepada pedagang tanpa sebarang kos tambahan, dan keadaan dagangan hebat pada akaun berasaskan komisyennya, Tickmill menarik untuk pedagang pemula serius dan yang lebih berpengalaman.
Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.
Sesi ditamatkan
Sila log masuk lagi. Halaman log masuk akan membuka tab baharu. Selepas melog masuk anda boleh menutupnya dan kembali ke halaman ini.