Akaun Demo Forex

Setelah memilih broker Forex, anda perlu membuka akaun dagangan Forex dengan mereka. Proses pendaftaran adalah mudah dan melibatkan pemilihan jenis akaun, pendaftaran dan pengaktfikan akaun. Selalunya anda akan dihubungi oleh broker untuk membincangkan keperluan perdagangan supaya mereka boleh membantu anda memilih jenis akaun yang sesuai dengan anda.

Broker dengan Akaun Demo terbaik

Individu yang ingin berjaya dalam perdagangan Forex perlu berlatih sebelum beralih ke pasaran live. Ini memerlukan latihan dan pengalaman yang boleh diperoleh melalui akaun amalan atau demo. Sekiranya anda baru dalam perdagangan Forex, adalah disyorkan supaya mengelakkan daripada berdagang pada pasaran live sehingga anda boleh menggandakan jumlah pelaburan dalam akaun amalan anda. Cara yang paling mudah untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman dalam bidang ini adalah dengan berdagang secara maya dengan bantuan akaun Demo Forex, serta mempelajari teori dan strategi perdagangan.

Membuka Akaun Demo

Mereka yang ingin membuka akaun demo forex akan memperoleh faedah dan ia adalah percuma. Walau bagaimanapun, individu-individu ini dihendaki untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu operasi setiap bulan untuk mengelakkan akaun ditutup. Trader boleh memilih untuk membuka akaun dalam versi keutamaan mereka dari platform dagangan yang tersedia dalam talian. Mereka boleh memilih untuk menggunakannya dari pelbagai peranti. Aplikasi pilihan yang digunakan oleh trader membolehkan mereka untuk membuka akaun. Trader dikehendaki untuk menyediakan maklumat peribadi untuk membuka akaun.

Sebaik sahaja maklumat ini dinyatakan oleh trader pada borang, platform dagangan yang dipilih akan memaklumkan dan mengesahkan akaun demo trader dengan maklumat untuk log masuk dan akses melalui e-mel. Sebaik akaun dicipta, ia adalah peluang terbaik untuk trader mengetahui bagaimana antara-muka dan alat-alat forex berfungsi serta membangunkan pelan dagangan dan memahami risiko dagangan forex.

Akaun Demo Vs Akaun Live

Akaun dagangan Live adalah akaun di mana Forex di dagangkan dalam masa-nyata dan menggunakan wang yang sebenar. Pada akaun dagangan live, trader boleh memperoleh keuntungan atau kerugian bergantung pada dagangan mereka. Akaun Demo adalah dagangan Forex yang disimulasikan secara maya lengkap dengan keperluan dan persekitaran yang sama dengan akaun dagangan live Forex. Satu-satunya perbezaan adalah tiada wang nyata yang didagangkan, diperoleh atau rugi.

Dalam akaun demo, trader boleh buy dan sell serta memperoleh keuntungan atau kerugian tetapi tiada wang nyata ditukarkan. Tujuan utama akaun dagangan demo Forex adalah;

  • Membantu trader baru Forex mempelajari bagaimana cara berdagang tanpa mempertaruhkan modal perdagangan mereka
  • Memberikan trader pengalaman masa-nyata dan merasai bagaimana untuk berdagang Forex menggunakan carta.
  • Membantu trader mencuba pelbagai strategi dan merangka pelan dagangan yang efektif untuk dagangan live
  • Membolehkan trader baru membina keyakinan dan motivasi sebelum beralih ke akaun dagangan live

Perbezaan dagangan pada Akaun Demo vs. Akaun Dagangan Live

Secara amalannya, telah ditunjukkan bahawa pencapaian yang dicapai apabila berdagang pada akaun demo Forex mungkin berbeza dengan pencapaian dari akaun dagangan live. Perbezaan keputusan ini adalah disebabkan beberapa faktor merangkumi;

  • Kurangnya mindset wang realiti
  • Perbezaan emosi
  • Risiko dan amaran

Kurangnya Mindset Wang Realiti

Disebabkan tiada kerugian wang pada akaun demo, trader cenderung untuk mempunyai mindset tiada apa-apa kerugian yang menyebabkan mereka mencuba pelbagai strategi, yang lebih ke arah kerugian daripada kejayaan. Di samping itu, tiada tekanan jika trader membuat kesilapan semasa dagangan.

Pada akaun live, tiada trader yang mahu mencuba strategi yang mereka tidak pernah gunakan sebelum ini atas sebab bimbang akan kerugian yang akan dialami. Sekiranya dagangan dilakukan, trader menerima tekanan untuk menebus kerugian mereka yang memberi kesan pada pertimbangan di masa hadapan.

Perbezaan Emosi

Walaupun trader Forex cuba untuk mengelakkan emosi apabila membuat perdagangan Forex, dagangan pada akaun live mungkin menyebabkan perasaan gemuruh dan beremosi kepada trader kerana mereka merasa cemas apabila membuat keputusan yang sangat kritikal.

Ini kerana kesilapan dalam membuat keputusan akan memberi kesan kerugian wang kepada mereka. Pada akaun demo, tiada emosi yang terlibat.

Risiko dan Amaran

Pada akaun demo mengambil risiko dan kurang berhati-hati boleh memberi keuntungan yang besar, sementara pada akaun live trader kurang mengambil risiko dan sangat berhati-hati dengan dagangan yang dilakukan.

Namun pada dagangan live, potensi trader menjana lebih keuntungan boleh menyebabkan mereka mengambil risiko yang tidak sepatutnya. Risiko pada dagangan live mungkin menyebabkan trader melakukan kesilapan dagangan seperti melepaskan peluang untuk berjaya.

Perbezaan antara akaun dagangan live dan demo boleh diatasi dengan mengurangkan kesilapan dalam membuat pertimbangan dagangan, memfokuskan pada pelan dagangan dan bukannya pada wang semasa dalam tekanan serta mengawal emosi apabila beralih kepada dagangan live.

Trading Forex and CFDs is not suitable for all investors and comes with a high risk of losing money rapidly due to leverage. 75-90% of retail investors lose money trading these products. You should consider whether you understand how CFDs work and whether you can afford to take the high risk of losing your money.
+ +