Utama / Laporan Tahunan Pasaran Forex 2020

Laporan Tahunan Pasaran Forex 2020

FX Scouts Oleh Jeffrey Cammack Dikemaskini: 7 Disember 2019

Laporan tahunan kami memberikan gambaran keseluruhan pasaran broker CFD yang sentiasa dikemaskini, dimana setiap broker digred pada metrik 200 merentasi tujuh kriteria penting, dan dipemberatkan untuk memberikan jumlah skor purata.

# Broker Penilaian Keseluruhan Penilaian Kepercayaan Keadaan Dagangan Platform Dagangan Deposit & Pengeluaran Pendidikan & Penyelidikan Aset Tersedia Khidmat Pelanggan
1 HotForex 4.49 /5 5 4.5 4 4.5 4.5 4.5 4.5
2 FXTM 4.43 /5 5 3.5 4.5 4 5 4.5 5
3 XM 4.38 /5 5 3.5 4.5 4.5 5 4.5 4
4 Markets.com 4.34 /5 5 3.5 4.5 4.5 4 5 4
5 easyMarkets 4.34 /5 5 4.5 4 4.5 3.5 4.5 4
6 Exness 4.32 /5 5 5 4.5 3.0 3 4 4.5
7 AvaTrade 4.19 /5 4 5 4 4.5 3 4.5 4
8 HYCM 4.09 /5 5 3.5 4 4 4 4.5 3.5
9 FBS 3.97 /5 3.5 4.5 4.5 3 4.5 4 3.5
10 eToro 3.78 /5 5 3 4 3 3 4 4
11 GKFX Prime 3.64 /5 4 3 4 3 3 4.5 4
12 InstaForex 3.62 /5 4 3 4 4 3 3.5 4
13 Alpari 3.62 /5 3.5 3.5 4.5 3 3 4 3.5
14 IKOFX 3.45 /5 3 3.5 4.5 3 3 3.5 3.5

Pedagang yang dihormati,

Pengkhususan kami sentiasa didalam mengulas dan menilai broker CFD terbaik dunia dan kami berpendapat sudah tiba masanya untuk mendedahkan kaedah kami kepada anda. Untuk laporan hal ehwal Pasaran ini, kami menilai broker merentas tujuh kriteria penting dan kemudian menggabungkannya dalam menghasilkan penilaian keseluruhan.

Untuk kemudahan penggunaan, anda boleh isih broker berdasarkan salah satu daripada tujuh kriteria penting untuk mencari mana yang terbaik dalam kategori utama anda.

Broker berterusan memperbaiki tawaran produk mereka dan laporan ini akan mencerminkan sebarang perubahan yang mereka lakukan, oleh itu, bagus untuk semak di sini sekali-sekala untuk meninjau perubahan.

Kriteria Penting (dengan pemberat)

Platform dan Alatan (17.5%)

Broker yang menyokong julat meluas pilihan platform adalah termasuk dalam kriteria penting untuk pedagang. Sementara platform dagangan proprietari boleh menambah nilai, ia boleh menjadi penghadang gerakan bebas pedagang antara broker dalam pencarian keadaan dagangan yang lebih baik.

Kebolehpercayaan dan Kawal Selia (20%)

Pengawal selian dalam industri dagangan CFD adalah penunjuk tunggal terbaik dalam kebolehpercayaan; lebih baik pengawal selia dalam memantau broker itu, lebih baik kepercayaan umum terhadap broker itu. Memandangkan pengawal selia berfungsi secara bebas dan mempunyai peraturan dan mekanisme pelaksanaan yang pelbagai, kami telah mengkategorikan pengawal selia kepada empat peringkat berbeza, dimana pengawal selia peringkat 1 adalah yang paling dipercayai dalam melindungi pelanggan dan peringkat 4 adalah yang paling kurang dipercayai.

Deposit & Pengeluaran (10%)

Kebanyakan aduan yang kami terima tentang broker adalah berkaitan dengan akses pelanggan kepada dana mereka. Oleh itu, kami meletakkan lebih nilai dalam kaedah pengeluaran berbanding kaedah deposit; dan pengeluaran yang cepat dan tiada caj adalah diutamakan berbanding kaedah perbankan konvensional.

Aset Tersedia (12.5%)

Lebih banyak kelas asset CFD tersedia untuk pedagang, lebih baik dan lebih pelbagai perdagangan untuk pelanggan. Sementara asas perlu sentiasa dilitupi, broker dengan lebih inventori akan dinilai lebih tinggi berbanding dengan inventori yang kurang. 

Pendidikan & Penyelidikan (10%)

Kualiti pendidikan dan penyelidikan adalah sangat penting untuk pedagang di semua peringkat kemahiran, dan kami menghargai broker yang mempunyai kandungan pembelajaran yang terurus dan berkualiti tinggi untuk pedagang di semua peringkat kemahiran.

Khidmat Pelanggan (10%)

Memandangkan broker CFD adalah institusi kewangan yang memegang dana pelanggan, akses pantas pelanggan kepada perkhidmatan adalah penting. Broker yang menawarkan akses pantas pelanggan ke khidmat pelanggan pada bila-bila masa dan dalam mana-mana bahasa adalah diutamakan.

Keadaan Dagangan (20%)

Keadaan dagangan menentukan yuran yang dikenakan broker untuk penawaran perkhidmatan, dan kualiti perkhidmatan mereka yang diberikan kepada pelanggan. Kami beranggapan bahawa broker terbaik adalah yang menawarkan akaun perdagangan yang kompetetif untuk pedagang pemula, dengan tawaran produk yang hebat, dan deposit minimum yang wajar.

Kami harap anda rasa laporan Hal Ehwal Pasaran ini berguna dan informatif, kongsikan kepada kami pendapat dan cadangan anda.

Akhir kata, mewakili seluruh pasukan di FxScouts, saya ingin berterima kasih atas sokongan anda sepanjang beberapa tahun ini dan mengucapkan selamat berjaya dalam usaha perdagangan anda.

Jeff Cammack SIgnature

Jeffrey Cammack

Chief Operating Officer

Forex Malaysia

Nota Kepada Broker:
Jika syarikat anda terkandung dalam laporan ini, dan ianya kurang tepat, sila baca ulasan kami tentang tawaran produk anda. Semua maklumat yang digunakan dalam jadual boleh didapati dalam beberapa format dari ulasan, dan kemas kini di situ akan memastikan markah adalah tepat.

Hubungan Akhbar:
Jika anda adalah ahli syarikat akhbar dan berminat untuk mendalami lebih lanjut tentang bagaimana kami menilai broker, dan bagaimana mereka beroperasi dalam pasaran, sila hubungi kami di [email protected], dan sila sertakan nama syarikat dan semua maklumat untuk dihubungi.

Ikuti Perkembangan

Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.

Berdagang Forex dan CFD tidak sesuai untuk semua pelabur dan berisiko tinggi untuk kerugian yang cepat disebabkan leveraj. 75-90% pelabur runcit kerugian wang berdagang dalam produk ini. Anda perlu mempertimbangkan jika anda fahami tentang CFD dan jika anda mampu menanggung risiko kehilangan wang anda.

>