AuthorOleh Jeffrey Cammack
Dikemaskini: 15 Mac 2021

Misi Kami

Sejak 2012, Forex-Malaysia adalah panduan Malaysia anda kepada dagangan Forex. Misi kami adalah untuk:

  • Membantu pedagang pemula Forex mendapat batu loncatan terbaik dalam usaha dagangan mereka.
  • Membanding dan menaraf semua broker Forex di Malaysia.
  • Menerbit ulasan bebas tentang broker Forex yang ditulis oleh pakar dagangan Forex. 
  • Sentiasa menggunakan maklumat yang tepat dan mutakhir. 
  • Menulis artikel pendidikan tentang bagaimana dagangan Forex berfungsi, cara bermula berdagang, tips dan muslihat, dan strategi lanjutan.

Kami adalah majalah biayaan-pembaca dimana pedagang boleh menimba dari pengalaman kami, dengan matlamat supaya anda membuat keputusan kewangan dengan lebih baik. Untuk meneruskan kesinambungan, kami menggunakan pautan rakan sekutu dalam menjana pendapatan yang kami perlukan untuk terus mengendalikan laman ini. Apabila anda mendaftar akaun melalui pautan kami, kadangkala kami meraih komisyen, yang membolehkan kami terus menjadikan laman web lebih baik untuk anda.

Jika anda ingin berhubung dengan kami, sila hubungi kami disini, atau kirim ulasan di bahagian bawah mana-mana artikel kami.  

Dasar Editorial

Matlamat Forex-Malaysia adalah untuk mencetuskan kandungan pendidikan yang berkualiti tinggi, menepati fakta dan bermakna dalam mendorong minat pembaca kami kepada dagangan Forex. Kami adalah wartawan yang menulis dengan integriti kewartanan. Proses penilaian dan penyelidikan kami bebas daripada bias komersil dan percanggahan kepentingan.

Integriti & Reputasi Kewartawanan

Pembaca boleh percaya dalam pendekatan kewartawanan kami yang berintegriti dan jujur. Kami mempunyai bertahun pengalaman dalam industri Forex membuatkan ulasan dan pendapat kami dihormati lagi dipercayai di segenap komuniti dagangan – oleh kedua pedagang dan broker. Reputasi jujur dan ketepatan kritis ditimba dari pengalaman dan tercambah dari integriti kewartawanan dan dasar editorial yang ketat.

Ketidakberpihakan

Pembaca sentiasa boleh percaya kepada saranan kami. Kami berbangga menulis ulasan yang 100% bebas daripada bias komersil dan ditulis oleh pakar dengan pengalaman dari segi amali, konteks, dan kepakaran dalam membuat perbandingan dikalangan produk-produk ini.  Baca lebih lanjut tentang proses penilaian kami.

Ketepatan

Pembaca sentiasa boleh percaya bahawa maklumat kami adalah tepat. Ketepatan data dan penawaran perkhidmatan rakan sekutu kami dinilai dengan kerap. Algoritma kami mengemaskini skor broker dan laporan Keadaan Pasaran secara berterusan, dan pasukan kandungan kami mengemaskini ulasan kami apabila percanggahan maklumat dijumpai.

Pendedahan Rakan Sekutu

Pembaca juga perlu tahu cara kami menjana pendapatan. Forex-Malaysia adalah majalah biayaan-pembaca. Apabila anda mendaftar akaun melalui pautan kami, kadangkala kami akan meraih komisyen, yang membolehkan kami terus menjadikan laman web kami lebih baik untuk anda.

Artikel Pendidikan

Pembaca perlu tahu tentang penggunaan maklumat dari artikel kami. Sementara artikel yang kami rencanakan adalah sepenuhnya tepat menurut situasi tertentu, artikel-artikel ini tidak sepatutnya diambil sebagai nasihat kewangan peribadi. Pasaran Forex adalah dinamik dan setiap peluang dagangan dan pedagang itu sendiri adalah unik. Ini bermakna nasihat kami dipadankan dengan situasi tertentu yang dinyatakan dalam artikel, dan pasukan kami tidak berupaya memberikan pelawat dengan nasihat peribadi dalam undang-undang, percukaian dan pelaburan.

Atribusi

Pembaca perlu tahu asal usul maklumat kami. Sementara semua data dikumpul terus dari rakan sekutu kami, laman web pihak ketiga lain dan jurnal boleh digunakan sebagai sebahagian dari proses penyelidikan kami. Dalam situasi ini, semua sumber akan dinyatakan di bawah setiap satu hasil kerja termasuk tarikh maklumat tertentu dikumpulkan, serta penulis dan tajuk hasil kerja.

Ulasan Pengguna

Kami menggalakkan pembaca kami untuk meninggalkan ulasan dan terlibat dalam perbualan dibawah setiap artikel atau ulasan yang kami rencanakan.  Untuk memastikan perbualan bersifat membantu dan murni, kami telah mengeluarkan panduan editorial ulasan untuk membantu pembaca memahami kelakuan yang dihargai.

Mendedahkan Penyelewengan Wang

Jika anda berasa bahawa anda telah ditipu oleh broker anda, kami mempunyai borang lapor penipuan broker dimana kami mengumpulkan maklumat dari komuniti dan gunakannya untuk mulakan penyelidikan kami terhadap pemain yang tidak jujur.  Semua maklumat disemak dengan terperinci bagi memastikan ketepatan. 

Keahlian GLEIF

Forex-Malaysia, sebagai jenama Schlossbrink AB, mempunyai Keahlian penuh dengan LEI (Pengesan Identiti Sah).  Sebagai sebahagian komuniti kewangan antarabangsa, kami berkongsi kepercayaan sama dalam ketelusan dagangan dan kecekapan dalam sistem dagangan antarabangsa. LEI bermanfaat kepada komuniti luas perniagaan. Sepatutnya, terdapat hanya satu entiti dibelakang setiap perniagaan dan Indeks LEI Antarabangsa adalah satu-satunya sumber maklumat yang memberikan kecekapan, ketelusan, dan kebolehpercayaan dalam pengesanan entiti sah. Nombor Keahlian LEI untuk Schlossbrink AB adalah 254900LUG07G07A31U72 dan boleh disahkan daro Indeks LEI Antarabangsa

Cara Kami Menilai Broker

Kami menaraf dan menilai setiap broker pada laman web ini, setiap ulasan mempunyai pro dan kontra serta pecahan terperinci tentang tawaran produk broker. Dengan cara ini, anda boleh mencari broker terbaik untuk keperluan anda. Apabila kami menilai broker, kami melihat pada faktor-faktor berikut secara terperinci. Faktor-faktor ini juga disampaikan dalam laporan Keadaan Pasaran tahunan.

Kawal Selian & Kebolehpercayaan

Kami hanya mengulas broker yang dikawal selia oleh pengendali utama dan boleh dipercayai. 

Kawal seliaan adalah kualiti paling penting bagi setiap Broker Forex. Kawal seliaan bermaksud standard dan amalan akan disemak dengan ketat. Ini membuatkan pedagang tenang kerana mengetahui bahawa persekitaran dagangan mereka adalah bertanggungjawab, dikawal dan di-audit. Kawal selian yang kami perlukan untuk disenaraikan pada laman web ini termasuk salah satu daripada dibawah, dan kami juga lebih percaya kepada broker yang mempunyai lebih dari satu pengendali.

  • CySEC – Eropah
  • FCA – United Kingdom
  • ASIC – Australia

Pilihan Platform

Pelanggan sepatutnya boleh memilih daripada berbagai perisian dagangan. Pilihan luas platform, termasuk MetaTrader4MetaTrader5, cTrader dan platoform proprietari, mejadikan pengalaman berdagang lebih baik.

Keadaan Dagangan

Pedagang inginkan broker dengan keadaan dagangan yang munasabah. Memandangkan fokus kami adalah kepada pedagang pemula, kami mengutamakan broker dengan akaun tahap pemula yang munasabah, amaun pasangan FX yang mencukupi, dan kos dagangan yang munasabah.

Meja Dagangan

Pedagang perlu tahu tentang sebarang konflik kepentingan dengan broker. Ianya penting untuk memahami cara meja dagangan beroperasi.  

  • Broker meja urus niaga – Broker penggerak pasaran akan mempunyai meja urus niaga (DD) memandangkan mereka bertanggungjawab dalam memastikan integriti pasaran. Broker meja urus niaga akan mempunyai konflik kepentingan dengan pedagang mereka jika mereka berupaya untuk campur tangan (melaras/menolak) dalam  dagangan. Klasifikasi lain broker meja urus niaga dinamakan sebagai Meja Urus Niaga Tanpa Campur Tangan (NDD) mengurus pasaran namun tidak akan campur tangan dengan dagangan pelanggan, lalu menjadikannya bebas dari konflik kepentingan.
  • Akses Langsung Pasaran  – Broker dengan akses langsung pasaran tidak mengendalikan pasaran dimana dagangan dibuat. Mereka ini selalunya adalah broker Rangkaian Komunikasi Elektronik(ECN) atau broker Pemprosesan Tembus Terus (STP). 

Jenis Akaun

Broker terbaik menawarkan pelanggan akaun dagangan dengan deposit minimum sesuai dengan keadaan dagangan yang munasabah. Kami menghargai broker yang menawarkan akaun kepada pedagang pemula dengan minimum deposit dan kos dagangan yang rendah.

Aset Tersedia Untuk Didagangkan

Broker sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya 40+ pasangan FX untuk didagangkan, termasuk pasangan minor, major dan eksotik. Tambahan pula, kami harapkan broker untuk juga menawarkan pilihan lain aset CFD. Ini boleh termasuk saham, indeks, tenaga dan komoditi lain, bon, dan mata wang kripto.

Pendidikan Dagangan

Kami cenderung untuk menyenaraikan broker yang menawarkan perkhidmatan premium kepada pelawat kami, selain bahan pendidikan percuma yang diperlukan pedagang untuk bermula – dan ini kadangkala melibatkan panggilan telefon untuk menjawab sebarang pertanyaan.

Pilihan Pengeluaran & Bayaran

Pelanggan sepatutnya boleh membuat deposit dan pengeluaran dengan cepat dan tanpa kos. Broker dengan pemprosesan bayaran yang lebih cepat, pengeluaran amaun minimum rendah dan pengeluaran tanpa yuran pengurusan akan memberikan pengalaman dagangan yang lebih baik.

Khidmat Pelanggan

Pedagang mahukan kebolehan untuk menghubungi broker mereka setiap masa, melalui berbagai kaedah dan dalam bahasa mereka. Broker dengan sokongan 24/7, melalui telefon, e-mel dan chat akan mendapat keutamaan.

Untuk ketahui lebih lanjut cara kami bekerja dan setiap elemen ini dengan lebih mendalam, baca laman kami yang ditujukan untuk proses penilaian.

Amaran Risiko

Dagangan CFD membawa risiko tinggi.  Berdagang produk berleveraj seperti Forex dan CFD mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur kerana ia membawa tahap risiko yang tinggi kepada modal anda. Pendek kata, jangan pertaruhkan wang yang anda tidak bersedia untuk rugi dan ketahui bahawa prestasi lepas anda tidak menjamin hasil masa depan.

Laman Web Lain Kami

Where we are - Schlossbrink

Rakan Kongsi

Sila tulis kepada kami jika anda ingin mengemukakan soalan atau memberikan input menggunakan e-mel dibawah. Kami ingin mendengar dari pembaca kami. Untuk pertanyaan akhbar, sila tetapkan masa terlebih dahulu, dan kami gembira untuk memberikan ulasan. Jika anda berminat menjadi rakan kongsi, anda juga boleh menulis kepada kami di forexm[email protected] dimana anda boleh memperkenalkan broker anda dengan lengkap dan telus menggunakan alamat e-mel korporat anda. Dalam e-mel anda, perincikan status kawal selian anda dan jelaskan mengapa anda rasa anda boleh tawarkan sesuatu yang unik kepada pembaca laman web kami.

Jika anda ingin mengetahui tawaran eksklusif broker terkini yang ditawarkan kepada pembaca Forex-Malaysia atau ingin menjadi yang terawal membaca artikel strategi dagangan terkini, daftar untuk surat berita kami.

Kenali Paskukan

Björn Michels

Björn Michels – CEO/CTO

Björn Michels adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Schlossbrink dan telah menerajui kepimpinan sejak 2012. Sebelum menubuhkan Schlossbrink, Björn telah bekerja sebagai penasihat platform media antarabangsa dan syarikat kewangan dalam talian dalam membina jenama baru dan fokus-pelanggan yang mempunyai ketelusan dan pembangunan produk sebagai terasnya.

Björn bermula dalam karier profesionalnya pada 2004 dalam pembangunan produk enjin carian dalaman untuk Hewlett Packard Ketika carian web dianggap sebagai canggih dalam industri e-dagang dan dalam talian. Hari ini, beliau menggabungkan pengurusan strategik, pembangunan produk dan minat mendalam dalam produk kewangan dalam peranannya sebagai Ketua Pegawai Teknologi (CTO). Björn memegang Ijazah Sarjana Sains dalam Sains Perkomputeran dari Universiti South Bank di UK London.


Jeffrey Cammack

Jeffrey Cammack – COO & Pengarah Editorial

Jeff Cammack adalah Pengarah Editorial laman web Trade Forex yang dioperasikan oleh Schlossbrink. Jeff Cammack turut serta pada 2012 dan menjadi tunggak utama dalam penetapan fokus pendidikan terhadap kandungan yang diterbitkan, dan proses penyelidikan yang menjadi tulang belakang kepada kewibawaan dan ketaksandaran artikel dan penilaian produk.

Jeff mempunyai 15+ pengalaman bekerja dengan kandungan akademik dalam talian yang bermula dari pemasaran produk pelaburan kompleks pada 2006, mengkhususkan fokus kepada produk CFD dan Forex pada 2010, dan kemudian menerbitkan isu-isu makroekonomi dan analisis kewangan dari 2012. Jeff memegang Sarjana Muda Seni B.A dalam Komunikasi dari Universiti Humbolt State di California.

Hubungi Kami

Kami ingin mendengar dari pembaca kami.  Sila tulis kepada kami di [email protected] jika anda ingin bertanyakan soalan atau memberikan input. Untuk pertanyaan pos sila hantarkannya ke alamat Schlossbrink AB Bjorklidsvagen 16a 64731, Mariefred Sweden

Kongsi pengetahuan anda

Ikuti Perkembangan

Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.

Broker Tersenarai

Berdagang Forex dan CFD tidak sesuai untuk semua pelabur dan berisiko tinggi untuk kerugian yang cepat disebabkan leveraj. 75-90% pelabur runcit kerugian wang berdagang dalam produk ini. Anda perlu mempertimbangkan jika anda fahami tentang CFD dan jika anda mampu menanggung risiko kehilangan wang anda.

Tutup
>