AuthorOleh Jeffrey CammackAuthor InformationDikemaskini: 6 Oktober 2020

Penarafan perbandingan broker kami memberikan ketelusan dalam pasaran dagangan Forex. Berikut adalah proses kami dalam penilaian broker. Panduan editorial kami boleh dijumpai pada laman ‘tentang kami’.

Hasil dari semua penyelidikan broker kami diterbitkan dalam Laporan keadaan Pasaran Forex, sebuah pemecahan terperinci dari penilaian broker kami yang direka untuk membantu pedagang pemula mencari broker yang boleh dipercayai dengan nilai-terbaik di dunia. Broker selalunya mengubah tawaran produk mereka, dan kami giat dalam memastikan ulasan kami dikemaskini dengan data mutakhir yang boleh didapati.

You choose your broker. Malay

Kami mengekalkan akaun di setiap broker yang kami nilai untuk terus mencerap prestasi, proses dan keadaan dagangan mereka. Meskipun kami telah menilai hampir semua broker popular, kami juga menyelitkan yang mana yang belum lagi dinilai dalam direktori broker kami.

Jika broker tidak disertakan dalam Laporan Keadaan Pasaran Forex, ini mungkin disebabkan oleh satu dari dua sebab berikut.

  1. Kami tidak merasakan broker tersebut sebagai pilihan sesuai untuk pedagang, namun masih memasukkan mereka dalam direktori kami (kami akan sentiasa menyatakan jika kami tidak menyarankan sesebuah broker)
  2. Kami tidak mempunyai ulasan tersedia dalam bahasa anda lagi. Kami masih dalam proses menterjemahkan semua ulasan kami.

Dalam kedua situasi, kami akan memberikan sebab atas ketiadaan ulasan tertentu.

Bagaimana kami menaraf sesebuah broker

Broker Forex terkemuka menawarkan pelanggan mereka dengan pengalaman berdagang terbaik. Ini termasuk kawal seliaan ketat, keadaan dagangan, sokongan pelanggan dan pilihan platform serta pilihan bayaran terbaik.

Dengan membuat proses penilaian kami telus, pembaca kami berupaya mencari broker terkawal selia terbaik, broker dengan keadaan dagangan terbaik, pilihan terbaik platform dagangan dan bahan pendidikan yang sesuai untuk tahap pengetahuan anda. 

Reputasi dan Kebolehpercayaan

Pedagang ingin tahu sama ada mereka boleh mempercayai broker dengan wang mereka. Kebolehpercayaan dalam arena dagangan Forex, sepenuhnya berteraskan dari kawal seliaan. 

Terdapat beberapa pengawal selia di seluruh dunia, setiapnya mengawal selia pada standard yang berbeza. Atas sebab ini, kami telah memecahkan pengendali kepada 5 tingkat – dimana tingkat tertinggi mempunyai pengendali yang paling berdedikasi, dan tingkat bawah mempunyai pengendali yang tidak menjalankan kawal selia dengan secukupnya.

Pengendali yang paling dipercayai adalah tradisional dan kukuh, yang aktif dalam kedua mencipta peraturan baru serta penguatkuasaan keatas peraturan tersebut. Mereka berterusan menyiarkan amaran dan mendenda syarikat yang tidak mematuhi peraturan. Penguatkuasaan membezakan organisasi ini dari sebidang dengan mereka. Pengendali tingkat 1 adalah FCA (United Kingdom), ASIC (Australia) and MAS (Singapura)

Broker Forex yang baik akan dikawal selia oleh beberapa pengendali tingkat 1 & 2. Kami khususnya menyukai CMC MarketsForex.comPepperstoneMarketsX dan IG Markets atas dedikasi mereka dengan peraturan.

Keadaan dagangan

Pedagang ingin tahu kos dagangan di setiap broker. Memandangkan fokus kami adalah untuk pemula yang baru melangkah masuk dalam dunia dagangan, kami melihat dari aspek deposit minimum yang diperlukan untuk akaun tahap pemula, bilangan pasangan kewangan tersedia untuk didagangkan, dan kos dagangan. Kami khusunya, menyukai TickmillExness dan AvaTrade untuk keadaan dagangan mereka. Mari lihat setiap perkara ini dengan lebih mendalam.

Deposit minimum

Pedagang seharusnya hanya mendeposit amaun yang mereka sedia untuk rugi. Dagangan Forex adalah aktiviti yang berisiko tinggi, jadi broker yang mensyaratkan pedagang mendeposit amaun yang mungkin mereka tidak sanggup kerugian, adalah kurang disenangi oleh pelanggan. Sementara ia mungkin hampir mustahil untuk bermula serendah $5, kami menghargai broker yang mempunyai akaun tahap pemula yang memerlukan kurang daripada $100.

# Pasangan FX

Pedagang sepatutnya bebas memilih dari julat meluas aset seluas yang mungkin. Dalam situasi penawaran bilangan pasangan FX yang tidak mencukupi, ini akan menghadkan peluang dan strategi pedagang.

Kos untuk berdagang

Kami menentukan kos untuk berdagang satu lot EUR/USD menggunakan akaun dengan deposit minimum terendah, mengambil kira kedua spread dan komisyen yang dikenakan. EUR/USD adalah pasangan FX yang paling lazim, yang membuatkannya tanda aras yang tepat untuk semua broker. Kos untuk berdagang satu lot EUR/USD di broker ternama mempunyai variasi diantara $5 – $40 USD. 

Platform Dagangan

Pedagang ingin broker Forex menawarkan mereka dengan pilihan perisian platform. Sementara setiap broker akan menyediakan sekurang-kurangnya satu pilihan platform dagangan, kami menghargai broker yang menawarkan beberapa pilihan termasuk MetaTrader4, MetaTrader5, cTrader dan pengalaman tersesuai mudah alih penuh serta pelayar-web.

Kami khususnya menyukai PepperstoneOctaFXIC Markets dan FxPro atas komitmen mereka dalam menawarkan semua platform dagangan utama kepada pelanggan mereka.

Aset-Aset Tersedia

CFD Forex hanya satu daripada berbagai produk CFD yang boleh didagangkan oleh pelanggan. Pedagang ingin tahu produk CFD jenis lain yang boleh didagangkan dari setiap broker. CFD lain boleh merangkumi:

  • CFD Komoditi
  • CFD Mata Wang Kripto
  • CFD Logam
  • CFD Saham
  • CFD Tenaga
  • CFD Dana Dagang-Tukar (ETF)
  • CFD Bon
  • CFD Campuran

Kepelbagaian produk CFD selain CFD Forex memberikan pedagang lebih banyak peluang untuk berdagang. Kami khususnya menyukai MarketsXXTBXM GlobalVantage FX dan ThinkMarkets atas kepelbagaian aset tersedia untuk didagangkan.

Deposit dan Pengeluaran

Pedagang mahu mendeposit dan mengeluarkan dana akaun dengan cepat, melalui beberapa cara dan tanpa yuran. Kebanyakan broker membolehkan beberapa cara mendanakan akaun untuk deposit tanpa yuran pengurusan, sementara sesetengah broker menyukarkan atau mengecaj lebih mahal untuk pengeluaran dana akaun.

Broker terbaik akan memproses permintaan pengeluaran dalam 24 jam, melalui beberapa cara pengeluaran dan tanpa yuran pemprosesan. Kami khususnya menyukai FxProGo Markets dan CMC Markets atas komitmen mereka memulangkan dana pelanggan dengan cepat.

Analisis dan Pendidikan

Pedagang dari latar tahap pengalaman berbeza akan memerlukan bahan pendidikan dan analisis yang berbeza dari broker mereka. Pedagang pemula memerlukan kursus pemula yang berkualiti tinggi, dan berstruktur untuk bermula dalam dagangan Forex. Pedagang pertengahan dan lanjutan inginkan ruang pendidikan yang lebih mendalam yang memberi pendedahan kepada strategi baru berserta analisis harian daripada pakar dalaman. Dan tempat terbaik untuk belajar adalah dari akaun demo dimana pedagang tidak meletakkan risiko kepada dana mereka. Kami menyenangi broker yang menawarkan akaun demo tanpa had.

Kami khususnya menyukai XM GlobalFXTMBDSwissIG Markets dan Admiral Markets dalam penawaran pendidikan dan analisis pasaran mereka.

Bahan Pendidikan

Kerap kali kami lihat bahagian pendidikan dikeluarkan oleh broker, atau digantikan dengan kiriman blog yang kurang berkualiti. Pedagang pemula memerlukan kursus yang berstruktur dan diolah dengan baik, ditulis oleh broker itu sendiri supaya boleh bermula dengan lebih efektif. Akaun demo tanpa had memberikan pemula tempoh tanpa had untuk pembelajaran amali, dalam persekitaran tanpa risiko.

Pedagang lanjutan inginkan webinar yang disampaikan oleh pakar dan ruangan strategi lanjutan dipenuhi dengan idea dagangan baru. Ruangan ini tidak perlu berstruktur seperti dalam kursus pemula, namun kualiti dan kepakaran pengajar perlu jelas.

Analisis Pasaran

Pedagang pada semua tahap inginkan akses kepada idea dagangan yang boleh dipercayai. Penyelidikan dan analisis pasaran selalunya lebih baik apabila dihasilkan secara dalaman oleh broker, dan akan lebih bermanfaat kepada pedagang jika dihasilkan dengan kerap. Kiriman blog pihak ketiga tidak menunjukkan dedikasi dan kepakaran yang sama dalam idea dagangan, jadi keutamaan tinggi diletakkan pada kemas kini yang kerap dari orang dalam.

Sokongan Pelanggan

Pedagang mahu broker mereka aktif setiap masa, melalui saluran berbeza-beza dan dalam bahasa mereka. Kami memihak kepada broker yang menawarkan sokongan telefon, e-mel dan chat langsung 24/7. Memandangkan kebanyakan broker terbaik adalah antarabangsa, kami percaya bahawa lebih banyak bahasa yang digunakan pasukan sokongan, bermakna lebih baik. Sokongan bahasa meluas memberikan pengguna global cara untuk menyelesaikan masalah mereka dengan paling mudah.

Kami khususnya menyukai FXTMPlus500FP Markets dan easyMarkets atas komitmen mereka dalam sokongan pelanggan.

Cara Kami Menilai Broker

Kami menilai broker dari tujuh kategori berbeza, mengumpul data mata untuk setiapnya. Mata paling tinggi yang boleh dicapai dalam setiap kategori adalah 5. Setiap kategori mempunyai pemberat, yang kami guna untuk mengira mata akhir. Kategori dan pemberat adalah seperti berikut.

  • Reputasi dan Kebolehpercayaan – 20%
  • Keadaan Berdagang – 20%
  • Platform dan Alatan – 17.5%
  • Aset Tersedia – 12.5%
  • Deposit dan Pengeluaran – 10%
  • Pendidikan Dan Penyelidikan – 10%
  • Sokongan Pelanggan – 10%

Lebih maklumat tentang cara kami menilai setiap kategori ini boleh didapati di laman Laporan Keadaan Pasaran.

Direktori Broker

Direktori broker termasuk broker yang belum diulas oleh kami, namun boleh menjadi pilihan untuk pedagang. Beberapa broker dalam direktori kami tidak disarankan kepada pedagang. Direktori kami dihasratkan sebagai alat penyelidikan untuk sesiapa yang mencari pendapat profesional; jika broker anda masih belum dinilai oleh kami, kami harap pilihan dari broker yang telah dinilai akan menawarkan alternatif yang bermutu dan terkawal selia baik.

Bagaimana anda boleh membantu kami?

Dagangan Forex mempunyai reputasi sebagai industri yang banyak penyelewengan. Kami minta sesiapa yang merasakan mereka telah menjadi mangsa kepada jenayah dan perbuatan tidak bermoral broker untuk melengkapkan laporan komplot broker supaya kami boleh menyimpan rekod tentangnya.

Kami kerap menerima e-mel dari individu-individu yang mempunyai soalan tentang cara mendapatkan semula wang mereka dari broker, atau pedagang Forex penipu yang menggelar diri mereka sebagai profesional, akibat ditipu oleh mereka ini.

Pendedahan Sekutu

Forex-Malaysia adalah majalah biayaan-pembaca. Apabila anda mendaftar akaun melalui pautan kami, kadangkala kami mendapat komisyen, yang membolehkan kami untuk meneruskan kerja kami dalam membuat laman web kami lebih baik untuk anda.

Kami berbangga atas saranan kami.

Kami tidak pernah bersekutu dengan broker tidak baik.

Kami sentiasa mengutamakan anda.

Model perniagaan kami tidak pernah mempengaruhi pendapat kami tentang mana-mana rakan sekutu, dan dimana pemilihan sekutu kami adalah terpisah dari proses penilaian. Pampasan yang kami terima dari rakan sekutu mungkin mempengaruhi cara senarai disusun, namun ulasan adalah telus, dan data adalah tepat. Pendapat kami tidak boleh dibeli, kami sentiasa meletakkan pembaca dan kewangan mereka sebagai keutamaan.

Untuk baca lebih lanjut tentang kami, dan proses editorial kami, baca laman tentang kami.

Kongsi pengetahuan anda

Ikuti Perkembangan

Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.

Broker Tersenarai

Berdagang Forex dan CFD tidak sesuai untuk semua pelabur dan berisiko tinggi untuk kerugian yang cepat disebabkan leveraj. 75-90% pelabur runcit kerugian wang berdagang dalam produk ini. Anda perlu mempertimbangkan jika anda fahami tentang CFD dan jika anda mampu menanggung risiko kehilangan wang anda.

Tutup
>