Utama / Belajar Forex / Alat Forex Terbaik Untuk Dagangan

Alat Forex Terbaik Untuk Dagangan

FX Scouts Oleh Jeffrey Cammack Dikemaskini: 3 September 2019

Trader Forex mempunyai pelbagai pilihan alat Forex yang boleh digunakan, dengan alat-alat baru yang dibangunkan sepanjang masa. Ini berita menggembirakan bagi trader baru, dan adalah penting untuk hanya menggunakan alat dagangan yang lebih sesuai dengan keperluan anda sebagai trader, dan anda dapat melihat bagaimana anda mendapat manfaat daripadanya.

Dalam panduan ini, saya akan menunjukkan tujuh kategori alat dagangan terbaik yang mungkin anda ingin pelajari sebagai sebahagian daripada rutin perdagangan anda dan memberi contoh bagaimana setiap alat boleh digunakan.

Memilih alat dagangan adalah bergantung kepada kategori anda sebagai trader, sebagai trader teknikal mungkin memerlukan alat yang berbeza daripada trader asas.

Kalendar Ekonomi

Tidak kira sama ada anda trader asas atau trader teknikal, adalah penting untuk mengetahui bila peristiwa risiko utama dijadualkan pada kalendar ekonomi. Ini mungkin merupakan alat biasa yang semua trader Forex akan gunakan, kerana ia menetapkan struktur sepanjang hari.  Dagangan tanpa maklumat ini adalah langkah yang kurang bijak.

Siaran berita ekonomi biasanya menjadi pemangkin volatiliti dalam pasaran. Adalah penting untuk mengetahui bila jangkaan volatiliti yang lebih tinggi kerana ketika pasaran tidak menentu trader berpeluang untuk memperoleh keuntungan.

Di atas adalah contoh kalendar Ekonomi tradisional.  Setiap peristiwa yang disenaraikan di sini akan memberi kesan ke atas pasaran, di mana peristiwa berita impak yang tinggi ditandai dengan warna merah manakala peristiwa berita impak yang rendah ditandakan dengan warna kuning. Berikut adalah contoh bagaimana kalendar ekonomi digunakan dalam perdagangan anda.

Contoh: Trader asas yang memberi perhatian kepada kalendar ekonomi boleh membuat keuntungan yang besar dalam peristiwa berisiko – laporan NFP atau Non-Farm Payroll diterbitkan. Berdasarkan konsensus pasaran trader mengharapkan ekonomi Amerika Syarikat menambah pekerjaan baru sebanyak 181k lebih tinggi daripada bacaan sebelumnya iaitu 160k.

Berdasarkan statistik ini kita menjangkakan bahawa dolar Amerika Syarikat akan mengukuh. Dalam contoh ini, NFP diterbitkan dan menepis jangkaan pasaran dengan menyiarkan 200k pekerjaan baru, yang mana bullish dan lonjakan USD/JPY lebih tinggi. Ini adalah contoh terbaik tentang bagaimana cara menggunakan berita peristiwa untuk menjana keuntungan yang cepat.

Perisian Pengenalan Corak

Mengenal pasti corak carta adalah sedikit mencabar, tetapi  lot dapat diperoleh dengan mengenal pastinya. Alat pengenalan corak adalah lanjutan dan boleh digunakan dalam masa nyata untuk mencari corak pilihan.

Autochartist mungkin merupakan perisian yang paling dikenali. Apabila menjalankan perisian ini, trader akan menerima makluman apabila corak kegemaran berkembang agar trader tidak perlu terpaku pada skrin dan boleh memantau dagangan lain atau melakukan perancangan.

Contoh:  Dalam contoh di bawah, kita dapat melihat perisian Autochartist beroperasi dan betapa mudahnya menjana keuntungan dari alat ini. Kami mempunyai dua padanan matawang GBP/CAD dan EUR/CAD serta dua corak carta tersendiri yang mana perisian Autochartist telah mengenal pasti kedua-duanya.

Pada GBP/CAD kami mempunyai formasi harga segitiga dengan kebarangkalian menang 61% dan potensi sasaran keuntungan adalah 1.7739. Pada EUR/CAD, Autochartist telah mengenal pasti peningkatan formasi wedge dan telah memberikan isyarat short dengan sasaran 1.5304 dan kebarangkalian menang yang lebih tinggi sebanyak 66%.

Alat ini tidak meletakkan dagangan untuk anda secara automatik, memastikan trader tetap terkawal, tetapi ia berfungsi dengan baik dalam mengenal pasti corak carta.

Perisian Corak Harmonik

Dagangan harmonik adalah cara terbaik untuk melihat struktur harga di pasaran. Terdapat lima corak harmonik berbeza yang dibina oleh empat peringkat swing dan yang mengikuti nisbah Fibonacci tertentu.

Formationseeker membantu trader mengenali corak harmonik dengan lebih cepat. FormationSeeker adalah perisian pengenalan corak proprietari yang didedikasikan untuk mencari corak harmonik dalam pelbagai jenis pasaran dari matawang Forex kepada saham dan matawang crypto.

Tanpa alat ini, anda perlu melatih mata anda untuk dapat mengenal pasti corak harmoni masa nyata.  Bagaimanapun, dengan bantuan perisian FormationSeeker, kerja penyelidikan trader boleh dilakukan secara automatik.  Formationseeker boleh didapati pada langganan termasuk percubaan percuma tersedia pada langganan termasuk percubaan percuma di sini.

Jika anda merupakan trader harmonik, ini adalah alat yang baik untuk anda kerana ia memudahkan anda untuk sentiasa memperoleh nisbah Fibonacci yang betul. Dalam contoh di bawah, anda boleh melihat perisian Formationseeker beropersi.

Contoh: Corak bullish harmonic Crab dikenal pasti pada carta AUD/USD carta 1-jam. Point kemasukan anda, stop loss dan sasaran keuntungan berganda secara automatik dihasilkan oleh alat ini.  Ia boleh diimport terus ke dalam perisian dagangan anda.

Mt4 Supreme

MT4 Supreme adalah plugin percuma yang dapat meningkatkan pengalaman anda dengan platform MetaTrader 4 yang meningkatkan prestasi dagangan dan memperlihatkan maklumat yang tepat dengan segera. Platform MT4 adalah platform dagangan runcit yang paling banyak digunakan, dan plugin MT4 Supreme adalah peningkatan yang baik.

MT4 Supreme mempunyai pelbagai faedah tambahan, tetapi ciri-ciri utama adalah seperti berikut:

  • Terminal Mini memberikan anda pelaksanaan dagangan yang lebih cepat.
  • Terminal Perdagangan dilengkapi dengan pelbagai alat berguna yang memudahkan pemantauan semua dagangan anda di satu tempat.
  • Peta Sesi memberi anda maklumat mengenai setiap sesi perdagangan secara individu dan peristiwa berita yang sesuai dari setiap sesi dagangan.

MT4 Supreme pastinya alat yang harus anda miliki jika anda berdagang melalui MetaTrader 4 untuk memastikan pengalaman dagangan anda lebih mudah dan bermaklumat.

Alat Sentimen Pasaran

Ini adalah alat yang sangat berguna, tetapi hanya jika digunakan dengan betul. Hanya gunakan alat ini untuk mencari ukuran sentimen yang melampau di pasaran kerana pembalikan trend utama berlaku apabila bacaan melampau berlaku di pasaran.

Nisbah Kedudukan Terbuka Forex

Ringkasan kedudukan terbuka yang dipegang oleh klien OANDA Grafik ini menunjukkan huraian dari buku OANDA bagi kedudukan terbuka semasa untuk padanan matawang utama. Maklumat ini ditinjau setiap 20 minit. Nisbah Long-Short

Majoriti broker Forex mempunyai alat analisis sentimen yang akan memberikan anda ringkasan kedudukan terbuka yang dipegang oleh klien mereka.

Contoh:  Trader profesional menggunakan analisis sentimen sebagai penunjuk bertentangan. Oleh itu, jika GBP/CHF menunjukkan bahawa majoriti trader runcit adalah long maka anda perlu mencari peluang short di kawasan tentangan utama seperti dalam contoh di bawah:

Analitis Forex – Pitview

Pitview adalah alat perdagangan yang membawa dagangan anda ke peringkat seterusnya kerana ia membolehkan anda berdagang dengan bank. Pitview Analytics membolehkan trader melihat kecairan dalam Bid dan Ask yang merupakan pesanan buy dan sell penyedia kecairan dan peserta pasaran utama.  Ini sangat besar untuk diperdagangkan.

Pitview juga menjejaki sentimen FX bagi semua matawang, dan ia menyediakan anda dengan peta supaya anda tahu apakah matawang yang bank-bank labur, atau jual.  Pitview boleh didapati pada langganan dengan percubaan percuma di sini.

Contoh: Cara yang baik untuk memanfaatkan alat Pitview ialah dengan menggunakan tetingkap FX TotalView yang menunjukkan betapa kukuhnya matawang utama berbanding setiap matawang utama lain.

Sebagai contoh, jika analisis teknikal memberitahu anda bahawa dolar AS akan mengukuh maka anda perlu berdagang terhadap matawang yang paling lemah jika anda ingin memaksimumkan potensi keuntungan anda. Dari tetingkap FX TotalView, kita boleh perhatikan bahawa matawang yang paling lemah berbanding dolar AS ialah Yen Jepun. Jadi anda perlu berdagang long pada USD/JPY untuk memaksimumkan keuntungan anda.

Alat Kolerasi Forex

Alat korelasi Forex membantu trader menghindari dagangan pada matawang yang berkorelasi dan akan bergerak dalam pasaran yang jauh dari peluang perdagangan. Alat korelasi akan menunjukkan kepada anda jika satu padanan matawang bergerak dengan cara yang sama atau bertentangan jika ia bergerak ke arah yang bertentangan.

Sekiranya anda memasukkan dua dagangan dengan dua padanan matawang yang sangat berkorelasi maka ia pada dasarnya adalah sama seperti menggandakan risiko anda kerana anda akhirnya berdagang padanan yang sama kerana ia bergerak serentak.

Contoh: Sekiranya anda memilih long EUR/USD dan pada masa yang sama anda mempunyai isyarat dagangan pada USD/JPY, dengan hanya memeriksa korelasi antara kedua-dua padanan matawang ini, anda dapat melihat bahawa memilih short USD/JPY adalah hampir sama dengan long EUR/USD kerana korelasi -86.2. Berdasarkan pemeriksaan ini, anda boleh memilih untuk tidak mengambil dagangan kedua.

Alat ini boleh membantu anda untuk memastikan risiko anda terkawal dengan tidak terdedah kepada pelbagai matawang yang bergerak ke arah yang sama. Namun, anda juga boleh menggunakannya sebagai alat lindung nilai kerana anda dapat melihat hubungan trend.

Kesimpulan

Alat dagangan Forex ini bukanlah Holy Grail dan ia tidak mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk meramal setiap pergerakan harga di pasaran. Tetapi ini adalah alat yang boleh membantu merangka pelan dagangan yang baik.

Ingat, anda hanya perlu menggunakan alat dagangan yang sesuai dengan keperluan, dan yang dapat meningkatkan dagangan anda. Mahirkan diri dalam menggunakan apa sahaja alat perdagangan yang anda gunakan, dan peluang anda untuk menjadi trader yang berjaya akan meningkat.

Ikuti Perkembangan

Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.

Berdagang Forex dan CFD tidak sesuai untuk semua pelabur dan berisiko tinggi untuk kerugian yang cepat disebabkan leveraj. 75-90% pelabur runcit kerugian wang berdagang dalam produk ini. Anda perlu mempertimbangkan jika anda fahami tentang CFD dan jika anda mampu menanggung risiko kehilangan wang anda.