Bagaimana Untuk Membangunkan Strategi Pelaburan

Individu yang ingin melabur di pasaran sering tertanya-tanya di mana hendak bermula. Persoalan yang lebih penting adalah  – di mana anda ingin berakhir dan mendapatkan strategi terbaik. Jika anda berfikir tentang pelaburan jangka pendek, satu pilihan adalah dengan memilih risiko rendah untuk mengekalkan nilai pelaburan anda.  Walau bagaimanapun, dengan strategi ini ia tidak mendatangkan pulangan besar. Pelaburan jangka panjang boleh menjadi lebih bermanfaat tetapi ia juga memerlukan kesabaran. Akhirnya, apa yang perlu diatasi ialah pedagang memerlukan strategi dagangan Forex yang sesuai dengan tujuan dan pelaburan mereka.

APAKAH STRATEGI PELABURAN?

Strategi pelaburan adalah pelan terperinci untuk dagangan. Kita boleh menganggap strategi dagangan adalah seperti resipi yang mempunyai pelbagai ramuan. Setiap “ramuan” yang membentuk strategi pelaburan anda akan membantu anda menentukan:

  • Apakah padanan matawang untuk buy atau sell (Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai perkara ini dalam artikel sebelumnya “Fokus dan Elakkan dalam Padanan Forex”);
  • Pada masa bilakah untuk buy/sell;
  • Teknik masuk dan keluar;
  • Berapa banyak untuk buy/sell;
  • Apakah jenis analisis yang digunakan: analisis teknikal atau analisis asas;
  • Pengurusan Wang;

Anda memerlukan beberapa garis panduan yang menentukan falsafah dagangan anda, jika tidak, adalah mustahil untuk menjana keuntungan daripada dagangan Forex. Semakin terperinci strategi pelaburan anda, semakin baik keuntungan yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, kami tidak mahu merumitkan dan memilih untuk menjadikan semudah yang mungkin.

3 KOMPONEN UTAMA STRATEGI BERKESAN

Terdapat tiga elemen penting dalam strategi berkesan yang anda boleh gunakan kepada mana-mana strategi pelaburan atau anda boleh menyusun strategi anda sendiri berdasarkan ketiga-tiga elemen utama ini. Akhirnya, ini adalah tiga teka-teki yang sangat penting yang membentuk strategi berkesan.

  1. Dagang Dengan Trend

Anda mesti berdagang selari dengan trend. Kita semua telah diajar mengenai perkara tersebut sebelum ini, dan semua pedagang tahu ini adalah dagangan 101, sebab mengapa majoriti pedagang gagal ialah setiap individu mempunyai idea yang berbeza bagaimana untuk membezakan trend tersebut.

Cara yang paling mudah dan berkesan untuk menentukan arah aliran keseluruhan adalah dengan menjumlahkan 50-tempoh purata pergerakan (50MA). Kemudian tanya diri anda di mana harga semasa berhubung dengan 50MA. Sekiranya harga melebihi 50MA, kita berada pada uptrend dan anda hanya perlu mencari setup belian.  Sekiranya harga berada di bawah 50MA, kita berada pada downtrend, dan pedagang hanya perlu mencari setup jualan.

  1. Corak Bar Harga

Pedagang harus mencari corak bar harga dalam setiap setup yang anda bercadang untuk berdagang, tanpa mengira strategi yang sedang anda dagangkan. Corak bar adalah formasi tersendiri yang dihasilkan oleh pergerakan harga. Setiap pedagang harus memperdagangkan corak bar yang mereka amati melalui penyelidikan peribadi yang luas dan masa yang digunakan di pasaran. Dengan sedikit masa anda akan perhatikan kecenderungan padanan matawang untuk mempamerkan corak tertentu –corak yang hanya diketahui oleh anda dan untuk mencari keuntungan.

  1. Teknik Kemasukan

Jangan bertindak melulu dengan memasuki dagangan pada harga pasaran, sebaiknya tunggu akan pengesahan. Teknik kemasukan mudah ialah dengan menggunakan penampan antara 5 hingga 15 pip di atas/bawah harga kemasukan awal yang dihasilkan oleh corak bar harga anda. Teknik kemasukan ini akan membantu anda membuat keputusan lebih tepat dan mengelakkan terperangkap dengan ramalan palsu. Banyak kali individu dan pedagang mengalami kerugian bukan kerana mereka mempunyai idea yang salah, tetapi kerana teknik kemasukan mereka salah dan mereka memasuki pada masa yang tidak sesuai.

Teknik kemasukan kedua adalah dengan memasuki pasaran hanya semasa sesi utama Forex untuk mengelak daripada memasuki pada masa yang salah dan terperangkap dalam kisaran pasaran dengan padanan matawang tanpa keuntungan.

KESIMPULAN

Adalah penting untuk membangunkan strategi pelaburan yang sesuai untuk anda, dan kemudian melaksanakan pelan tersebut dengan minda yang betul. Sekiranya anda ingin mencapai kejayaan yang konsisten, anda perlu memahami bahawa dagangan adalah aktiviti berasaskan peraturan. Kita perlu mempunyai peraturan yang mengawal apa yang kita lakukan dan keputusan yang dibuat sekiranya berjaya. Strategi pelaburan tidak lebih daripada kompilasi peraturan dagangan anda dan saya yakin bahawa peraturan dagangan direka untuk melindungi anda dan mengelakkan anda daripada membuat keputusan secara tidak sengaja dari masa ke semasa.

Trading Forex and CFDs is not suitable for all investors and comes with a high risk of losing money rapidly due to leverage. 75-90% of retail investors lose money trading these products. You should consider whether you understand how CFDs work and whether you can afford to take the high risk of losing your money.
+ +