Utama / Belajar Forex / Fokus Dan Hindari Pada Padanan Forex

Fokus Dan Hindari Pada Padanan Forex

FX Scouts Oleh Jeffrey Cammack Dikemaskini: 2 September 2019

Soalan lazim yang sering pedagang ajukan adalah bagaimana untuk mengetahui padanan matawang Forex yang terbaik untuk didagangkan dan yang mana harus dihindari.  Terdapat banyak padanan matawang Forex untuk dipilih yang bermaksud bahawa lebih banyak peluang dagangan. Walau bagaimanapun, pedagang perlu menghadkan diri dan hanya fokus kepada padanan matawang yang menunjukkan pergerakan dan ciri-ciri tertentu. symbols Terdapat ciri-ciri tertentu padanan matawang yang anda perlu fokuskan untuk memberi anda idea tentang padanan mana yang hendak didagangkan, dan perlu dihindari.

Padanan Matawang Utama Vs. Padanan Matawang Exotic

Padanan matawang utama adalah matawang paling penting di dunia berikutan jumlah dagangan dan kerap didagangkan. Padanan EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, USD/CAD, AUD/USD dianggap sebagai “utama” dan mewakili ekonomi terpenting di dunia. Lebih banyak jumlah dagangan padanan matawang, dan lebih banyak pedagang yang berdagang matawang di pasaran, lebih tinggi kecairannya. 

Dengan kecairan yang lebih tinggi ini, kos transaksi untuk dagangan anda akan menjadi lebih rendah.  Ini bermakna pedagang boleh membuat banyak dagangan dan keluar dari kedudukan tersebut dengan segera, tanpa memerlukan kos berlebihan.  Sebaliknya, jika anda berdagang padanan matawang yang tidak jelas, anda lebih cenderung untuk mendapatkan harga yang mahal dan akan menyebabkan lebih banyak pembiayaan untuk anda melakukan jumlah dagangan yang sama.

Dagangan Padanan Matawang Vs. Julat Padanan Matawang

Trend adalah rakan anda dan merupakan pepatah lama yang tepat apabila memilih padanan matawang untuk didagangkan.  Apabila memilih padanan matawang dagangan, anda harus memilih padanan yang bergerak dalam arah trend yang jelas berbanding memilih padanan matawang yang bergerak berjulat di pasaran. Padanan matawang yang sedang trend bermakna lebih banyak peluang untuk anda membeli dan menjual kedudukan.

Rajah di atas menunjukkan perbezaan antara padanan Forex yang sedang trend dan julat padanan Forex. Jika anda mahukan rujukan pada pelbagai jenis carta Forex, baca artikel kami sebelumnya mengenai Memahami Carta Forex. Untuk berjaya, anda perlu berdagang volatiliti tinggi dan padanan yang trending. 

Musuh bagi mana-mana pedagang Forex adalah volatiliti yang rendah dan pengukuhan ke belakang. Kadang-kadang padanan utama akan menawarkan anda trend terbaik, dan kadang kala tidak dan anda akan melakukan dagangan pada padanan matawang bersilang seperti EUR/GBP, GBP/JPY, EUR/JPY dll.  Hanya kerana ia merupakan padanan utama tidak bermakna ia perlu didagangkan – sentiasa lihat volatiliti dan trend sebelum berdagang.

Waktu Dan Padanan Matawang

Waktu hari di mana anda berdagang padanan matawang tertentu juga adalah penting.  Padanan matawang yang berbeza didagangkan pada waktu berlainan dan mungkin tidak bertepatan dengan masa anda berdagang secara manual di hadapan komputer anda. Sebagai contoh, masa yang paling menguntungkan untuk berdagang US Dollar ialah apabila New York Stock Exchange dibuka. 

Maklumat ini mempunyai impak apabila anda membuat keputusan untuk menukar padanan matawang tertentu. Semasa sesi dagangan Asia, anda disarankan untuk menumpukan kepada AUD/USD, NZD/USD atau USD/JPY dan mengelakkan padanan matawang lain. Contoh lain, semasa sesi dagangan London, anda dinasihatkan agar memberi lebih tumpuan kepada GBP/USD dan EUR/USD semasa sesi dagangan New York. 

Apabila kedua-dua dagangan London dan New York dibuka, anda harus memberi tumpuan kepada semua padanan utama kerana terdapat banyak volatiliti dan peluang dagangan pada waktu ini.

Kesimpulan

Adalah enting untuk memilih padanan matawang yang sesuai dengan cara anda ingin berdagang. Perkara paling penting untuk diingati ialah padanan matawang terbaik untuk dagangan hari ini boleh berubah dengan mudah pada keesokkan hari. 

Mungkin kerana banyak perkara telah berubah dan adalah langkah bijak mengelakkan dagangan padanan matawang tertentu dan sebaliknya berdagang padanan matawang lain.

Cuba elakkan berdagang pada padanan matawang exotic (USD/TRY, USD/HUF), spread besar dan padanan Forex dengan kecairan rendah (EUR/PNL, GBP/ZAR) serta padanan yang bergerak di pasaran yang luas.

Ikuti Perkembangan

Borang ini dibolehkan dengan pilihan masuk berkembar. Anda perlu mengesahkan alamat e-mel sebelum ditambahkan ke senarai.

Berdagang Forex dan CFD tidak sesuai untuk semua pelabur dan berisiko tinggi untuk kerugian yang cepat disebabkan leveraj. 75-90% pelabur runcit kerugian wang berdagang dalam produk ini. Anda perlu mempertimbangkan jika anda fahami tentang CFD dan jika anda mampu menanggung risiko kehilangan wang anda.